Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa sesetengah kawasan di Malaysia akan mengalami iklim panas yang tinggi iaitu antara 34-36 darjah casius. Bila dah musim panas ni, sudah pasti air-corn atau pendingin hawa akan digunakan secara kerap. Bila dah kerap tu, tahu je lah bil akhir bulan tiba boleh buat anda juling mata melihat angka yang dipaparkan.
Tapi, TNB ada 6 tip untuk jimatkan bil jika menggunakan aircond
Ads
Ads
Ads
Enam (6) tips jimat penggunaan elektrik aircond :
1. Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.
2. Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.
3. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.
4. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.
5. Beli unit penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana peralatan itu lebih cekap berfungsi. (Tinjauan kami mendapati ramai mengesyorkan jenis inverter)
6. Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Nak beli atau memilih ayam yang segar dengan tak segar memang susah sikit nak nampak secara zahir. Hal ini lebih sukar jika anda membeli ayam di pasar raya. Kebanyakan stok dalam keadaan sejuk beku. Namun, tidak bermakna ayam yang telah disejuk beku tak segar.
Oleh itu, seorang dietitian di sebuah hospital, yang juga menyelia makanan di bahagian dapur, Cik RuQayyah Muhd telah kongsikan beberapa tip yang boleh diikuti, dalam memilih ayam segar.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Sejak saya mula bertugas menyelia perkhidmatan makanan di dapur hospital di samping memberi rawatan terapi diet kepada pesa kit di wad, salah satu tugasan adalah memeriksa bekalan makanan yang sampai. Antaranya adalah ayam.
Setiap pagi bekalan ayam segar akan tiba ke dapur kami dan penyelia bertugas harus memastikan bekalan mentah yang sampai memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Ayam mesti segar. Tidak beku dan tidak ada bau. Dan baru disembelih pastinya.
Memastikan ayam itu elok untuk diterima pihak kami adalah satu ilmu baru yang saya tidak arif. Selalu saya main tunjuk saja ayam di pasar. Tak kisah betul segar atau tidak.
Ilmu memilih ayam ini saya belajar daripada Chef saya di dapur dan daripada penyelia perkhidmatan makanan. Mujur ada mereka yang rajin turun ilmu. Kalau tak, sampai ke tua pun tak pandai pilih ayam.
Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.
Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.
Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.
Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.
Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak dvrahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.
Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.
Sekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.
Selamat membeli ayam segar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ini Sebabnya Kenapa Kucing Suka Cakar Sofa Dan Cara Atasinya. Melihat si bulus mencakar sofa, memang terpaksa redha je lah. Awal-awal atau sekali sekala di lakukan, boleh lah nak dicegah. Lama-kelamaan, dah tak larat dibuatnya. Memang sakit mata lihat kesan cakaran kucing disofa, lebih-lebih lagi jenis fabrik kain. Berbulu-bulu dibuatnya.
Tapi, kenapa dalam banyak-banyak tempat si bulus ni suka cakar pada sofa? Ini alasannya
Dipetik dari artikel Icatecare, Sifat mencakar sofa yang dilakukan oleh si bulus atau kucing adalah bagi tujuan melatih kekuatan otot kaki hadapan yang juga digunakan untuk pertahanan dan memburu.
Ada sesetengah kucing suka mencakar dalam keadaan berbaring. Ia bukan sesuatu yang pelik kerana tujuannya sama. Kebiasaanya, permukaan yang dipilah untuk mencaakr adalah yang tidak mudah berganjak dan tetap. Seperti sofa
Mencakar juga merupakan sebagai salah satu interaksi atau komunikasi untuk teritorial. Ketika mencakar, keringat atau rembesan dari kucing akan terhasil dan melekat terus pada permukaan sofa yang dicakar. Sama seperti kucing liar. Pokok adalah tempat terbaik untuk kucing melakukan aktiviti ini.
Selain sofa, antara tempat berpotensi menjadi tempat mencakar kucing adalah seperti permukaan kayu atau perabut kayu, kain, wallpaper bertekstur dan karpet.
Kucing akan lebih gairah mencakar bila berhadapan dengan tuannya. Ia sebagai tanda teritorial. Namun, harus diingat. Jika kucing anda mencakar di merata tempat terutamanya di sekitar pintu dan jendela, Ia berkemungkinan kucing anda berasa tidak selamat di dalam rumah
Jika anda memiliki kucing dari usianya kecil, ia sebaiknya perlu dilatih atau rawat seawal usia dengan memotong kuku Namun, ia hanya sesuai untuk kucing “indoor” je ye. Sebab kalau kucing anda bebas berkelairan di luar, ia memerlukan kukunya sebagai tujuan perlindungan.
Terdapat pelbagai jenis dan rekaan papan pencakar kuku kucing ni. Nak murah, beli je dekat sini https://invol.co/cl9jai3
Namun, potong kuku bukanlah satu-satunya solusi. Jika permukaan sofa mula rosak akibat dicakar. Cuba tawarkan sesuatu yang mempunyai tekstur yang lebih kurang seperti papan atau tiang pencakar khas. Sebelum tu, perhatikan postur kucing mencakar.
Jika ia suka mencakar secara vertikal, maksudnya sambil berdiri, sediakan tempat mencakar jenis vertikal seperti tiang. Jika ia cenderung mencakar secara mendatar, boleh gunakan papan. Ini Sebabnya Kenapa Kucing Suka Cakar Sofa Dan Cara Atasinya
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Modal Tak Sampai RM 4000 Nak Cantikkan Dekor Rumah Ni. Ramai cakap nak rumah cantik perlu kos yang tinggi. tapi, Atam Ayu buktikan hanya dengan kos tak Sampai RM 4,000 pun dia berjaya hasilakan sebuah dekorasi kediaman jenis flat cantik.
Assalamualaikum harini maktam nak share kos keseluruhan maktam masuk rumah ni dari hari dapat kunci dan install lampu kipas semua sehingga selesai deko sebuah rumah.
Ok pertama sekali rumah maktam ni apartmen 5 tingkat dan maktam berada di tingkat paling atas.
Puncak kayangan la.. kluster kayangan versi rumah mampu milik
rumah ni maktam beli dengan harga 145K menggunakan sepenuhnya loan perumahan kerajaan rumah 900 kaki persegi dilengkapi dengan 3 buah bilik dan 2 bilik air dan sebuah laundry tempat menjemur pakaian dengan saiz hanya boleh memuatkan sebuah mesin basuh, juga tanpa balkoni di ruang tamu
Standard rumah mampu milik kan…
ok berbalik pada tujuan asal..maktam and paktam tiada buat pinjaman apa-apa untuk masuk rumah ni
hebat kan bunyi nya…hahaha.. TIDAKK.. sebab kami memang taknak buat .. taknak tambah hutang loan peribadi.
tujuan utama rumah ni kami nak buat aset je. so setakat nak install lampu kipas+ grill masih berkemampuan dengan simpanan dan gaji..
so paktam yang berkemahiran dalam bidang wiring, gunakan kepakaran dia sepenuhnya install lampu kipas.. kami save pada upah wiring..
so kos pada material 19 unit point lampu + 5 unit kos kipas kami anggaran 1000.00 rasanya kurang sebab kami beli kat shopee je barang2 semua..kipas pun beli paling murah antara 130-150 seunit.
.
grill kami pasang pintu utama dan yard sahaja . semua tingkap tiada grill kos 650.. rumah tinggi kan..
jimat tang sini ( inshallah akan pasang kemudian bila anak dah start boleh memanjat atau ternampak lebih cerdik ) kikiki..setakat ni tiada perabot berhampiran tingkap yang boleh dorang akses untuk jenguk ke bawah..
so kami lengkapkan dengan langsir yang telah kami guna seusia 7 tahun yang masih di simpan rapi
so kami open sewa.. dengan PARTLY furniture.. boleh rujuk pos2 kami cari penyewa..boleh tengok kami bagi rumah macam mana .. selepas dapat 3 jenis penyewa kami decide buat masa sekarang kami tak mau dah sewakan. PENING hoiii ..sekarang penyewa lebih dari tuan umah.. macam umah dia pula. nak duk free.. kita pun bayar loan…. hahahaha.
so disini la bermula.. terima kasih pada tok din bagi moratarium.. bermula PKPB kami install barang-barang lain step by step mengguna duit tersebut
kami cari barang second hand yang masih elok– tips cari di group-group kejiranan.
lepas tu kami cari sofa 3 seater. cari prelove tak jumpa, dah jumpa takde transport. so kawan kami bagitau ada sales 399 so kami beli sofa
kaunter bar kami DIY
Penyangkut Kuali bawah table top
Langsir bawah table top
Meja makan
Hexagon wall deko
segala aksesori hiasan kami beli kat shopee, eco , MR DIY,ikea dan Kaison yang mana semua kedai kedai ni kedai yang kita inshallah mampu milik
beli barang yang ada defect sikit-sikit dan reject sikit seperti bunga-bungaan.. JIMAT banyak tang ni
ok so KOS keseluruhan termasuk lampu kipas, dan katil alhamdullilah maktam simpan resit dan perjalanan dekorasi rumah ni berjumlah
3438.50 +_ ( dah termasuk kos postage dan barang-barang runcit ikat tepi..) hahahaha
maksudnya p eco nak beli raga terbawak balik sudip..hahahaha… gitu la… janji nak belanja 50 terkeluar 60.. hahahaha.
PENAFIAN SESIAP SEBELUM KENA KECAM:-
KAMI CUMA NAK KONGSI.. KORANG MUNGKIN AKAN LEBIH SEDIKIT PERBELANJAAN ATAS FAKTOR -FAKTOR LAIN,
RUMAH KAMI 100 PERATUS KAMI BERDUA BUAT SENDIRI TIADA PERLIBATAN ORANG LUAR KECUALI PEMASANGAN GRILL , KALAU PAKTAM ADA ALAT RASANYA DIA PUN BUAT SENDIRI.. HAHAHA..
ok leh sambung pertanyaan dan tips.. kami akan share inshallah kalau nak tanya… kome jangan suh kami beli hat mahal-mahal sebab kami memang tak berduit. harap maklum..Modal Tak Sampai RM 4000 Nak Cantikkan Dekor Rumah Ni
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!