5 extension plug yang bahaya jika digunakan, ramai tak tahu. Rumah mana yang tak pakai extension plug atau socket. Setiap kediaman malah pejabat pasti ada untuk memudahkan penggunaan kelengkapan elektrik.
Tapi awas ya, jangan sembarangan guna. Elak daripada membeli atau menggunakan lima jenis extension plug yang disenaraikan di bawah.
Di ruang dapur juga sering menggunakan extension plug ini, betul tak? Penggunaan yang terlalu ketara bagi memudahkan pelbagai kerja dalam satu masa yang sama. Pernah tak anda terfikir tentang bahayanya apabila anda mengunakan extension plug ini tanpa label yang betuk dan disahkan oleh pihak sirim.
Ramai diantara kita yang alpa dan leka dengan perkara ini. Asalkan mudah dan cepat, inilah yang selalu terjadi kepada kita sebagai pengguna. Betul tak siapa setuju. Kali ini IMPIANA bawakan senarai plug atau extension yang bahaya untuk anda. Ambil tahu! Jangan main guna sahaja.
Menurut laporan Hong Kong’s Electrical and Mechanical Services Department (EMSD) lalu lima jenis extension plug ini bahaya jika digunakan kerana wayar di dalamnya nipis menyebabkan ia cepat panas dan boleh jadi punca kebakaran.
Jenis Extension Plug
1. Jenama: Remax, Model: RU-S4
2. Jenama: LDNIO, Model: SC3301
3. Jenama: LDNIO, Model: SC3604
4. Jenama: Tiada, Model: ZGN-T06
5. Jenama: Tiada, Model: ZGN-T08
Sumber: World Of Buzz
Dah tahu extension plug mana yang boleh anda gunakan dan cari jika anda memerlukan. Anda perlu tahu extension plug ini tidak sesuai jika anda menggunakan tenaga dalam masa yang sama dan penggunaan elektrik yang tinggi akan membuatkan ia mudah panas dan terbakar.
Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV (KLIK DI SINI), pelbagai tip, dekorasi kediaman dikongsikan bersama anda.
Nak macam-macam info lagi? Join Channel Telegram Geng Laman IMPIANA & CHANNEL IMPIANA
Artikel Berikut: Nak Ruang Tamu Nampak Luas Pilih Gaya ‘Open Space’
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI