Syarikat pemaju perumahan, Mah Sing Group Berhad kini telah mengorak langkah untuk berkerjasama dengan platform aplikasi SofaX, sebuah kendalian aplikasi rekaan dalaman secara maya dengan teknologi ‘Virtual Reality’ (VR).
Pengumuman kolaborasi tersebut telah diumumkan secara rasmi kepada umum, pada 28 Julai lalu.
Hasil kerjasama kedua-dua jenama ini, Mah Sing Group Berhad bakal menawarkan kepada semua ahli ‘M Privilege’ dan pemilik rumah di bawah projek perumahan M Vertica dan Sensory @ Southville City berpeluang untuk menerima diskaun potongan harga bagi setiap pembelian perabot, kemasan dan pakej hiasan dalaman.
Tawaran diskaun potongan harga yang bakal diberikan oleh Mah Sing Group Berhad kepada semua pemilik rumah di bawah projek perumahan berkenaan bernilai lebih RM14.5 juta.
Ads
Selain itu, kerjasama ini juga adalah sebagai satu langkah inisiatif kedua-kedua jenama bagi memberi kemudahan kepada pemilik rumah untuk memiliki rekaan hiasan dalaman yang tepat dan bersesuaian mengikut citarasa masing-masing.
Sedikit informasi mengenai aplikasi SofaX ini telah dicipta dengan fungsi teknologi ‘Virtual Reality’ (VR) bertujuan untuk memberi input kepada para pengguna mengenai rekaan hiasan dalaman rumah yang tepat dan bersesuaian.
Ads
Dengan penggunaan aplikasi ini, anda boleh mengakses untuk melihat lebih 3000 produk daripada 150 jenama berserta 100 ‘portfolio’ pereka hiasan dalaman yang menyediakan perkhidmatan rekaan hiasan dalam. Bak kata orang, semuanya hanya di hujung jari!
Ads
Untuk maklumat lanjut mengenai kolaborasi dan tawaran ini, sila layari https://www.mahsing.com.my/ dan https://www.sofax.com/
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sekiranya anda belum pernah mengunakan mesin pengering baju dan sedang mencari barangan elektronik berkenaan, ada beberapa maklumat yang anda perlu tahu sebelum membelinya.
Mesin pengering baju atau disebut sebagai ‘Dryer’ dalam bahasa Inggeris sebenarnya memiliki tiga jenis kategori yang berbeza iaitu Vented, Condenser dan Heat Pump.
Jadi, mari kita kenali fungsi dan teknologi yang digunakan untuk setiap jenis kategori mesin pengering baju yang ada.
Jenis Vented
Untuk pengetahuan anda, mesin pengering baju jenis Vented harganyajauh lebih murah berbanding Condenser dan Heat Pump. Jika kita lihat di kedai barangan elektrik, harganya dijual sekitar dalam anggaran RM800 ke atas.
Namun, untuk jenis ni anda harus letak mesin pengering baju di kawasan luar kerana ia memerlukan aliran wap air dekat luar. Sekiranya mahu letak dalam rumah, anda kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air tu.
Jenis Condenser
Manakala untuk jenis ‘Condenser’ pula harganya agak sedikit mahal, sekitar RM1200 ke atas. Bagi jenis anda tidak ni perlu letak luar rumah kerana ia memiliki satu fungsi yang membolehkan wap akan ditukar menjadi air lalu disimpan dalam bekas yang ada pada mesin.
Cuma, setiap kali selepas keringkan baju, anda kena buang air tu secara manual. Dari segi penggunaan elektrik pula agak sedikit tinggi jadi akan ada penambahan sebanyak RM15 hingga RM20 jika anda mengunakannya setiap hari.
Jenis Heat Pump
Konsep dan fungsi jenis ‘Heat Pump’ masih sama dengan Condenser’ cuma berbeza dari segi kualiti dan ciri-ciri fungsi istimewa yang lain. Harga yang dijual sekitar RM2000 ke atas dan menjadikan mesin pengering baju jenis ‘Heat Pump’ antara yang termahal.
Ini kerana penggunaan kuasa elektrik bagi mesin pengering baju jenis ini sangat minima, sekitar 800watt sekali penggunaan.
Bukan itu sahaja, tempoh masa yang diperlukan untuk jenis ini sangat singkat dan pantas. Jadi dapat menjimatkan masa anda yang pastinya!
Jadi jenis pilihan mana yang paling berbaloi dan sesuai untuk dibeli? Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.
Meski anda perlu berbelanja lebih untuk mendapat mesin pengering baju jenis ‘Heat Pump’ yang dilengkapi dengan pelbagai kelebihan fungsi dan ciri-ciri istimewa lain maka ia boleh disifatkan sebagai satu pelaburan yang bijak. Bak kata orang, biar alah membeli, menang memakai. Tak gitu?
Sumber: Facebook Impiana Home
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tidak lama lagi musim cuti persekolahan akan tiba, sudah pasti ada di kalangan anda tidak mahu melepaskan peluang untuk meluangkan masa pergi bercuti bersama keluarga.
Bagi anda yang menetap di sekitar kawasan Lembah Klang dan sedang merancang serta mencari lokasi percutian yang tidak jauh dari kediaman anda disarankan untuk menginap di beberapa pilihan hotel yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Meski percutian di luar kawasan Lembah Klang lebih menyeronokkan, tetapi percutian dengan penginapan hotel di ibu kota pasti tidak akan menghampakan anda.
Ini kerana anda akan berpeluang untuk menikmati serta melihat pemandangan terbaik di bandar Kuala Lumpur yang kini semakin pesat membangun.
Jadi mari kita lihat senarai 10 hotel di sekitar ibu kota yang mempunyai pemandangan terbaik beberapa menara mercu tanda negara seperti Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara KL dan Merdeka 118.
IMPIANA KLCC HOTEL
GRAND HYATT HOTEL
TRADERS HOTEL
W HOTEL
BANYAN TREE HOTEL
EQ HOTEL
MANDARIN ORIENTAL
THE RUMA HOTEL & RESIDENCE
SHANGRI-LA HOTEL
HOTEL STRIPES KUALA LUMPUR
Menarik bukan? Jadi tunggu apa lagi, bagi anda yang belum merasai pengalaman menginap hotel di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, sila membuat tempahan hotel penginapan pilihan anda dengan segera!
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Menara jam adalah sejenis binaan menara yang dibina khusus dengan satu atau lebih buah permukaan jam yang dipertontonkan dikawasan awam. Terdapat menara jam yang berdiri bebas, dan ada juga yang menjadi bahagian bangunan seperti tempat ibadah atau dewan bandaraya.
Untuk pengetahuan anda, menara jam ini sebenarnya bukanlah sekadar dibina untuk tujuan mengetahui waktu semasa sahaja tetapi ianya adalah simbolik kepada sesuatu peristiwa penting yang akan sentiasa diingati orang ramai supaya tidak pernah melupakan peristiwa pada zaman dahulu.
Negeri Perak Darul Ridzuan misalnya merupakan antara negeri di Malaysia yang terkenal dengan mercu tanda menara ini. Jadi mari kita kenali dengan lebih dekat tentang cerita disebalik pembinaan kebanyakan menara jam yang ada dibina di sekitar pekan-pekan dalam daerah di serata negeri Perak. Antara kawasan yang terlibat adalah Kampar, Parit, Ipoh, Sungai Siput, Kuala Kangsar, Parit Buntar, Lumut dan banyak lagi.
Menara Jam Kampar
Menara jam di Kampar mempunyai reka bentuk segitiga dan jam di setiap permukaannya. Untuk makluman anda, menara jam ini sempat beroperasi pada 31 Ogos 1957 walaupun tidak siap sepenuhnya pada waktu itu.
Pada menara jam ini juga terpahat tulisan “MERDEKA 1957” pada badan bangunan menara jam ini. Mungkin anda tidak tahu, menara jam di Kampar ini dibina dengan hasil wang derma dari penduduk setempat pada waktu itu untuk menyambut hari kemerdekaan negara kita yang pertama pada tahun 1957.
Menara Jam Parit
Parit adalah sebuah pekan kecil yang amat gah pada satu ketika dahulu menjadi persinggahan jalan utama antara pekan Beruas dan Kuala Kangsar untuk ke Siputeh, Pusing, Batu Gajah dan ke Ipoh. Menara jam ini telah dibina dengan kos sebanyak 3,370 USD daripada wang yang dikumpulkan hasil derma penduduk tempatan.
Rekaan dengan senibina Moor dan inskripsi “Amaran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu,” telah dirasmikan pada 20 Januari 1963 oleh Tun Abdul Razak yang ketika itu berjawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sehingga ke hari ini, menara jam ini menjadi simbol kebanggaan dan kemerdekaan penduduk tempatan dan menjadi mercu tanda utama pekan Parit.
Menara Jam Kuala Kangsar
Dengan menggunakan dana kerajaan negeri Perak bersama sumbangan rakyat di Kuala Kangsar, menara jam Kuala Kangsar siap dibina pada tahun 1939 yang pada asalnya untuk memperingati sambutan pertabalan King George Vi di England.
Kemudian, pada tanggal 31 Ogos 1957, simbolik peringatan menara jam ini diubah ke sambutan kemerdekaan negera dan sejak dari tarikh tersebut, menara jam di Kuala Kangsar ini secara tidak langsung menjadi simbol kebanggaan pembebasan negara dari penjajah.
Menara Jam Dataran Ipoh
Menara jam Dataran Ipoh ini sering menjadi tumpuan setiap anak Perak pada 30 Ogos saban tahun sejak tahun 1957 lagi. Penantian detik 12 malam setiap tahun disini memberi makna untuk simbolik pada pembinaannya sejak tahun 1957 lagi apabila negara kita mencapai kemerdekaan.
Ia juga dibina dengan struktur reka bentuk tiang besar yang melengkung berbentuk segitiga dan mempunyai jam di setiap permukaan pada badan bangunan menara jam ini.
Menara Jam Parit Buntar
Pembinaan menara jam di Parit Buntar sedikit terlewat dari menara jam lain seperti yang telah disenaraikan. Dua tahun selepas negara mendapat kemerdekaan iaitu pada tahun 1959, barulah menara jam ini siap dibina.
Bapa kemerdekaan negara kita iaitu Tunku Abdul Rahman telah merasmikan menara jam ini pada 24 Ogos 1961 dan menara jam di Parit Buntar ini adalah simbolik untuk kemakmuran dan kemerdekaan negara Malaysia yang telah bebas dari penjajah.
Rekaan umpama seperti sebuah menara masjid ini sangat mengagumkan. Terdapat 4 buah jam besar di letakkan di setiap permukaan badan atas menara ini.
Menara Jam Sungai Siput
Menara jam di Sungai Siput ini terletak di jalan besar dan jelas tertera perkataan “MERDEKA 1957” pada badan jam tersebut. Sama seperti menara jam Kampar, pembinaan jam di Sungai Siput ini adalah bukti perpaduan penduduk disana yang turut sama-sama berganding bahu mengeluarkan dana untuk membinanya.
Pada 20 Januari 1958, perdana menteri Malaysia yang pertama pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman telah merasmikan menara jam Sungai Siput. Menara jam ini adalah satu simbolik warisan sejarah untuk tatapan generasi akan datang dan menjadi kebanggaan penduduk Sungai Siput.
Menara Jam Lumut
Menara jam di Lumut sedikit berbeza dari menara jam lain yang sedia ada di serata negeri Perak. Sedih untuk diceritakan, namun kita harus terus menerima hakikat ini kerana ianya sudah pun berlalu.
Menara Jam Lumut yang menjadi lambang kemerdekaan negara 1957 sebenarnya sudah dimusnahkan kerana pembangunan Pelabuhan Lumut suatu ketika dulu. Maka hilanglah satu monumen sejarah yang menjadi lambang kemerdekaan negara Malaysia di kawasan Lumut
Sumber: www.orangperak.com
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!