Buat anda khususnya peminat setia siri animasi kartun Spongebob Squarepants pasti akan sukakan idea hiasan akuarium ikan seperti ini. Mana tidaknya, lihat sahaja lah set replika bertemakan siri animasi kartun hidupan laut ini jika dijadikan sebagai hiasan akuarium ikan di rumah anda.
Dengan adanya set replika kediaman milik watak karakter Spongebob yang berbentuk buah Nanas serta kediaman rakannya iaitu Squidward sebagai hiasan akuarium ikan, pastinya peminat setia siri animasi kartun ini berasa amat teruja dan gembira.
Bukan itu sahaja, turut terdapat juga set replika yang berbentuk restoran Krusty Krab serta patung watak karakter yang lain seperti Mr.Krab, Sandy, Patrick Star dan Gary! Menarik kan?!
Jika anda mahu mendapatkan set replika yang bertemakan siri animasi kartun Spongebob Squarepants untuk hiasan akuarium ikan di rumah, anda boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian.
Ads
Caranya, mudah sahaja! Anda cuma perlu membuat pembelian menerusi aplikasi Shopee sekarang!
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Pernah atau tidak anda melihat dekorasi ruang dalaman rumah yang bertemakan daripada pelbagai makanan manisan seperti ais krim, donut, gula-gula getah dan sebagainya? Jarang-jarang kan kita dapat melihat dekorasi seperti ini ada di kediaman kenalan keluarga atau pun rakan-rakan di sekeliling kita, betul tak?
Jangan ada yang tidak tahu, sebenarnya ada terdapat sebuah tempat penginapan atau Airbnb dengan dekorasi ruang dalaman yang berkonsepkan daripada pelbagai makanan manisan.
Mesti ramai yang sudah tidak sabar ingin melihat dekorasi ruang dalaman tersebut. Jadi oleh itu, MPIANA mahu kongsikan beberapa keping foto yang memaparkan dekorasi di setiap ruang sudut yang ada bersama anda.
Jika kita dapat lihat, terdapat pelbagai elemen makanan manisan telah dijadikan sebagai pilihan dekorasi ruang dalaman tempat penginapan ini. Antaranya Donut, Ais Krim, Gula-Gula Kapas, Lolipop dan macam-macam lagi.
Bukan sahaja tampak menarik, dekorasi yang telah dihasilkan nyata sememangnya tampak unik dan lain daripada yang lain!
Untuk maklumat anda, tempat penginapan atau Airbnb ini telah diberi nama dan dikenali sebagai ‘Sweet Party’ ini terletak D’ Pristine Medini By OOOU, Lebuh Medini Utara, Bandar Medini Iskandar Puteri, Johor.
Jadi tunggu apa lagi, jika anda ingin merasai sendiri pengalaman menginap di Airbnb ini boleh membuat tempahan dengan kadar segera!
Ergoworks, penyedia ergonomik yang memenangi anugerah, membawakan sains kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur ke pasaran Malaysia menerusi pelancaran kedai flagshipnya yang pertama di Pavilion Bukit Jalil.
Mula ditubuhkan pada tahun 2005 di Singapura, Ergoworks berusaha ke arah mengubah dan menerajui industri ergonomik holistik dan profesional dan sejak itu telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 500 PKS Berpotensi Terbaik di Singapura. Berazam untuk mengembangkan portfolionya dan memupuk kesedaran mengenai kepentingan sokongan lumbar dan penjagaan postur, kedai flagship Ergoworks yang baru dilancarkan ini akan berfungsi sebagai sebuah pusat sehenti yang menyediakan penyelesaian holistik kesihatan ergonomik dan postur untuk semua peringkat usia dengan produk dan perkhidmatan yang tiada tolok bandingannya.
“Kami gembira kerana dapat mengembangkan operasi kami ke pasaran Malaysia. Di Ergoworks, kami yakin dalam menyediakan sebuah syurga untuk para eksekutif dan pemilik rumah menjaga kesihatan tulang belakang dan postur mereka, dan kami berazam untuk menyediakan sebuah pusat sehenti penyelesaian holistik kesihatan ergonomik dan postur kepada rakyat Malaysia, yang boleh didapati mengikut keselesaan mereka sendiri. Dengan kehadiran Ergoworks di Malaysia, kami berhasrat untuk membuka jalan ke arah sokongan lumbar, kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur yang optimum di samping memperjuangkan keselesaan dalam melakukan aktiviti harian menerusi sains,” ujar Pengasas Ergoworks, Joseph Tan.
Sebagai jenama ergonomik terkemuka dan terawal di Asia, Ergoworks menawarkan rangkaian luas keperluan dan produk ergonomik yang menggalakkan kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur lebih baik secara keseluruhannya. Yang mana kesemuanya telah mendapat pengiktirafan dan disyorkan secara profesional oleh Persatuan Kiropraktik (Singapura) dan Persatuan Fisioterapi Singapura.
Menerusi produknya, Ergoworks menyasarkan untuk membantu semua rakyat Malaysia mempunyai pengalaman yang lebih sihat dan selesa dalam melakukan aktiviti seharian mereka.
Bagi meraikan pelancaran kedai flagship pertama mereka, Ergoworks telah menganjurkan majlis perasmian besar-besaran yang dihadiri oleh, Joseph Tan, Pengasas Ergoworks bersama tetamu kehormat, Rennie Pan, pengasas bersama Ergoworks dan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh.
Beberapa rakan media dan pemimpin pendapat utama (KOL) terpilih juga dijemput ke majlis pelancaran tersebut bagi menjadi antara yang pertama melihat secara eksklusif produk terkini Ergoworks dan melawat kedai baharu itu bersama-sama pengasas Ergoworks, En. Joseph Tan bagi mempelajari lebih lanjut mengenai jenama itu.
Dengan beberapa produk baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk datang sendiri ke Ergoworks di Pavilion Bukit Jalil atau IOI City Mall dan serahkan kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur anda kepada mereka yang pakar.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Ergoworks dan pelbagai produk yang ditawarkan, sila kunjungi laman sesawang mereka di https://ergoworks.com.my
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Bagi anda yang gemarkan dekorasi ruang dalaman rumah yang bertemakan rona putih serta sentuhan elemen corak kayu-kayuan, dekorasi yang berkonsepkan Wabi-Sabi ini sememangnya yang paling sesuai buat anda.
Dekorasi yang berkonsepkan Wabi-Sabi ini tidak begitu popular dan jarang menjadi pilihan di kalangan masyarakat kita, jadi mungkin ada di kalangan anda yang masih belum mengenali dengan konsep dekorasi yang dipelopori dari negara Jepun ini.
Meski ia tidak begitu popular di kalangan masyarakat tempatan, namun dekorasi yang berkonsepkan seperti ini sentiasa mendapat tempat di hati peminat rona putih dan elemen kayuan.
Jika kita dapat lihat, dekorasi yang berkonsepkan Wabi-Sabi ini, sememangnya boleh membuatkan dekorasi hiasan ruang dalaman rumah tampak lebih kemas, teratur dan bersih.
Meski dekorasi yang berkonsepkan Wabi-Sabi ini kebiasaannya dipadankan elemen kayuan dengan rona putih, namun dengan sedikit suntikan warna kelabu atau hijau gelap boleh membuatkan dekorasi ruang dalaman rumah anda tampak lebih menarik.
Bukan sahaja membolehkan dekorasi ruang dalaman rumah kelihatan tampak lebih menarik, ia juga boleh mewujudkan suasana yang tenang serta nyaman.
Foto: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!