Pernah atau tidak anda melihat dekorasi ruang dalaman rumah yang bertemakan daripada pelbagai makanan manisan seperti ais krim, donut, gula-gula getah dan sebagainya? Jarang-jarang kan kita dapat melihat dekorasi seperti ini ada di kediaman kenalan keluarga atau pun rakan-rakan di sekeliling kita, betul tak?
Jangan ada yang tidak tahu, sebenarnya ada terdapat sebuah tempat penginapan atau Airbnb dengan dekorasi ruang dalaman yang berkonsepkan daripada pelbagai makanan manisan.
Mesti ramai yang sudah tidak sabar ingin melihat dekorasi ruang dalaman tersebut. Jadi oleh itu, MPIANA mahu kongsikan beberapa keping foto yang memaparkan dekorasi di setiap ruang sudut yang ada bersama anda.
Jika kita dapat lihat, terdapat pelbagai elemen makanan manisan telah dijadikan sebagai pilihan dekorasi ruang dalaman tempat penginapan ini. Antaranya Donut, Ais Krim, Gula-Gula Kapas, Lolipop dan macam-macam lagi.
Bukan sahaja tampak menarik, dekorasi yang telah dihasilkan nyata sememangnya tampak unik dan lain daripada yang lain!
Ads
Untuk maklumat anda, tempat penginapan atau Airbnb ini telah diberi nama dan dikenali sebagai ‘Sweet Party’ ini terletak D’ Pristine Medini By OOOU, Lebuh Medini Utara, Bandar Medini Iskandar Puteri, Johor.
Jadi tunggu apa lagi, jika anda ingin merasai sendiri pengalaman menginap di Airbnb ini boleh membuat tempahan dengan kadar segera!
Bila bercakap soal warna, kita bagaikan dipukau dengan pelbagai contoh yang ada. Malah ramai juga terpengaruh dengan paparan iklan atau jiran sebelah menyebelah. Jika boleh mahu sama atau lebih dramatik daripada mereka. Namun persoalannya adakah warna yang dipilih itu sesuai untuk anda atau sekadar tempelan belaka? Jadi bagaimana helah memilih warna yang sesuai dengan diri anda dan kediamannya? 5 gosip panas diperolehi daripada pereka…
Kisah Cahaya Matahari Menerobos Masuk Ke Rumah
Lihat cahaya semula jadi ruang kediaman anda. Adakah malap kerana tidak menghala terus ke simbahan cahaya matahari atau terang benderang terutama di waktu pagi mahu pun petang? Ini penting kerana ia mempengaruhi karakter warna yang bakal anda pilih. Agar seimbang, selesa malah menyerlahkan pula pilihan tata hias anda.
Pernah saya ditanya, bolehkah kita memilih warna ruang kediaman berdasarkan warna kegemaran kita. Bayangkan jika warna kegemaran kita ungu kelam dan coklat sawo matang. Dikenakan pula pada ruang makan yang tidak dapat cahaya matahari yang cukup. Terbukakah selera anda untuk makan di situ dengan dikelilingi rona yang begitu berkecamuk dan tidak keruan? Jika seleranya masih terbuka syukurlah..bagaimana ruang kelihatan sugul, ‘kotor’ dan membuat kita resah?Lebih memburukkan keadaan, suami makan di sebelah pun kita tak perasan . Masakan tidak, semua dah teradun sama dengan warna kerusi makan , dinding belakang dan warna kulitnya…yang nampak hanya gigi jer….
Bayangkan ruang kediaman anda diterangi mentari petang, ruang akan menjadi panas dan anda pula jenis orang yang panas badan terutama apabila pulang dari kerja? Pasti tidak keruan dan tidak amali dengan gaya hidup anda bukan? Manakala segala kemasan lembut anda berwarna merah cili dan jingga. Malah dindingnya diwarnakan dengan rona terang gemilang juga. Tidakkah anda rasa seperti di dalam ketuhar?
Carilah warna yang sejuk, yang selalu digunakan oleh produk spa. Warna segar dan mampu memberi rasa nyaman apabila melihatnya. Kita sewajarnya menyesuai warna yang sesuai untuk semua kelengkapan rumah. Bukan berimaginasi tanpa melihat realitinya. Bukan apa kelak kita juga yang rugi dan sakit hati. Tambah pula jika jiran yang ‘kepoh’ datang bertandang. Mulalah dia mengata itu ii serba tak kena macam pakar warna antarabangsa lagaknya.
Bagaimana pula jika kediaman anda terlindung dek blok depan dan kelam sentiasa? Apa usaha kita dalam menjadikan suasana lebih cerah dan menyalurkan tenaga positif? Anda boleh memilih warna terang. Tetapi wajarkah mewarna setiap kamar dengan warna berbeza? Nanti orang kata tadika pula.
Jadi cari kertas dinding yang mempunyai corak meriah warna. Flora, geometri, belang atau panorama. Pilihlah yg mana sesuai. Tidak perlulah sampai kesemua dinding. Cukup feature wall sahaja. Manakala rona lain cukup diwarnakan dengan rona asas seperti kuning krim , putih magnolia atau putih gading yang cerah dan selamat. Jadi terang dan kena pada ruangnya. Kita jangan lupa warna selalunya akan lebih hidup jiak terkena pancaran cahaya yang cantik dan menarik. Sama ada pencahayaan semula jadi atau tiruan, kita perlu bijak menangani perkara ini agar ruang nampak terancang dengan cukup rapi dan memberi manfaat kepada kita.
Untuk mengetahu gossip berikutnya tunggu esok ya…..
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bukan sekadar sebuah konsep, JAPANDI merupakan falsafah hidup yang menggabungkan kesederhanaan gaya Jepun dengan gaya rustik Scandi. Japandi telah menjadi salah satu stail ataupun gaya yang semakin mendapat perhatian penggemar hiasan dalaman.
ELEMEN JAPANDI
Simplicity Pilih kualiti berbanding kuantiti. Konsep ini mementingkan keringkasan ataupun minimalism. Jadi anda perlu mewujudkan ruang yang kemas, luas dan lapang tanpaterlalu banyak aksesori sert aperabot yang hanya akan mengehadkan lagi ruang sedia ada.
Bahan Semulajadi Antara bahan-bahan semula jadi yang boleh digunakan bagi mewujudkan konsep Japandi ialah buluh, rotan, linen, bulu dan juga kertas. Jangan lupa, unsur semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan juga penting untuk sudut kediaman Japandi. Selain dapat menambah warna pada ruang, tumbuhan hijau juga dapat membantu membersihkan udara di dslam kediaman.
Kombinasi Dua Gaya Cuba gabungkan kedua-dua gaya ini dan jangan takut untuk bermain dengan warna terang dari perabot Scandi dan warna gelap yang elegan dari gaya Jepun.
Aksesori Dengan Fungsi Tambahkan aksesori, tetapi jangan keterlaluan. Aksesori Scandinavian menumpukan pada keselesaan, seperti permaidani lembut dan bantal besar untuk menambah suasana yang cosy ke dalam ruang. Aksesori jepun pula biasanya merupakan objek atau peralatan berfungsi seperti pasu, mangkuk atau dulang. Jadi untukmenggabungkan keduanya, keindahan aksesori perlulah seiring dengan kegunaannya.
Warna Kontra Kunci utama konsep Japandi adalah dengan menggabungkan rona neutral lembut dari konsep Scandi yang dikontrakan dengan tona lebih gelap dan malap dari gaya Jepun.
Nak Tandas Sentias Bersih Dan Cantik, Cuba Ikut 7 Tip Ni. Kebersihan tandas, mencerminkan keperibadian pemilik. Ye lah, tempat kita mencucuikan diri, takkan lah dalam keadaan kotor kan. Namun kebanyakkan kita mengambil ringan akan kebersihan tandas. Sebenarnya tak perlu kerja keras untuk pastikan tandas sentiasa cantik dan bersih. Anis Ajoy ada cara tersendiri untuk pastikan tandas kedaiamannya setiasa bersih dan cantik
1) Cuci tandas.
Boleh dilakukan setiap hari (ambil masa selama 5-10minit) atau seminggu 1x (ambil masa 30minit untuk setiap tandas bergantung pada keluasan tandas). Pastikan mangkuk tandas, sinki, cermin, dinding, lantai dan segala peralatan penyimpanan dicuci mengikut jadual.
2) Pasang cermin dan lampu yang menarik.
3) Sediakan ruang atau bekas untuk menyimpan barangan toiletries.
Anda boleh gunakan “floating shelf” atau “bakul” untuk nampak lebih menarik. Pemasangan kabinet dinding juga boleh dilakukan sekiranya mempunyai ruang yang cukup.
4) Sediakan tempat penggantung tuala dan baju.
5) Serikan ruang tandas dengan tumbuhan “Hijau” untuk Tandas Sentias Bersih dan cantik
6) Elakkan menyimpan peralatan mencuci seperti mop, berus-berus atau baldi di dalam tandas. Ini akan membuatkan ruang tandas menjadi sempit dan kelihatan tidak terurus.
7) Pastikan tandas mempunyai ruang pengudaraan yang baik (tingkap dibuka) untuk mengelakkan bau kepam dan busuk. Pengaliran udara yang baik juga dapat mengurangkan masalah kulat.
nak beli dispanser ubat gigi elegan macam ni, boleh klik link shopee yang disediakan https://invol.co/cl7z7ez
Nak Tandas Cantik Macam Hotel. Jom masuk pertandingan makeover anjuran Creative Lab dan Impiana. Anda berpeluang memenangi pekej ubah suai bilik air bernilai RM10,000. Untuk penyertaan, anda tak perlu keuarkan sebarang modal. Yang penting, kreatif untuk hasilkan video berdurasi kurang 3 minit “Kenapa ruang bilik air anda perlu di ubah suai?”
Selepas itu, muat naik video kreatif anda di instagram dengan hastag #bilikaircreativelab bersama beberapa keping gambar bilik air yang hendak diubahsuai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Hanya menggunkan langsir sahaja, pelbagai impak dan ekspresi dapat dizahirkan. Seperti contoh, rumah yang sempit kelihatan luas dengan hanya menggunkan langsir namun pada teknik yang betul.