Uniqbe (M) Sdn. Bhd, selaku pengedar sah penyedut hampagas jenama Dreame telah melancarkan dan memperkenalkan dua model terbaharu iaitu Dreame H12 Wet & Dry dan Dreame Bot W10 Pro Self-Cleaning Vacuum & Mop yang dilengkapi dengan teknologi inovasi terkini. 

Majlis pelancaran kedua-dua model ‘vacuum’ terbaharu ini telah berlansung di East Atrium, Mid Valley Megamall pada 3 Ogos lalu. 

Kerja Rumah Bertambah Mudah Dengan ‘Vacuum Cleaner’ Dwifungsi Jenama Dreame Kerja Rumah Bertambah Mudah Dengan ‘Vacuum Cleaner’ Dwifungsi Jenama Dreame

Kedua-dua model terbaharu ini telah direka khas dengan dwi-fungsi istimewa seperti membersih dan mengemop lantai pada masa yang sama. 

Selain itu, dua model ‘vacuum cleaner’ terbaharu jenama Dreame ini dilengkapi dengan fungsi teknologi ‘self-cleaning’ yang sememangnya canggih berbanding dengan penyedut hampagas jenama lain yang ada di pasaran luar. 

IKLAN

Teknologi inovasi terbaharu ini dicipta dengan bertujuan bagi meringankan beban dan memudahkan kerja rumah para isteri dan suri rumah tangga di luar sana. 

Ini kerana, dengan penggunaan dua model ‘vacuum cleaner’ terbaharu jenama Dreame ini dapat menjimatkan masa kerja pembersihan di rumah anda. Menarik bukan?

IKLAN

Kerja Rumah Bertambah Mudah Dengan ‘Vacuum Cleaner’ Dwifungsi Jenama Dreame Kerja Rumah Bertambah Mudah Dengan ‘Vacuum Cleaner’ Dwifungsi Jenama Dreame

Dreame H12 Wet & Dry Vacuum Cleaner dijual dengan harga RM2,599 manakala Dreame Bot W10 Pro Self-Cleaning Robot Vacuum & Mop berharga RM4,799. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘vacuum cleaners’ jenama Dreame, sila layari laman sesawang rasmi Dreame di www.dreame.my. 

IKLAN

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Kerja Rumah Bertambah Mudah Dengan ‘Vacuum Cleaner’ Dwifungsi Jenama Dreame

Baca artikel berikutnya: Nak Beli ‘Wing Chair’ Tapi Tak Tahu Nak Pilih Mana Yang Sesuai? Ini Tips Untuk Anda!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI