
Bagi kebanyakkan orang, pisau merupakan salah satu item paling penting untuk digunakan ketika memasak di dapur. Tetapi akibat dari reaksi kimia antara iron (besi) dengan air dan udara, pisau boleh berkarat dan mungkin membahayakan kesihatan.
Mengikuti perkongsian dari saudara Abdul Rashid Abdul Manaf di akaun Facebooknya, ini langkah paling mudah untuk menghilangkan karat. Hanya dengan bahan yang boleh didapati di dapurini, pisau berkarat akan kembali bersinar seperti baru. Selamat mencuba!
Tip Membersihkan Karat
Apa yang anda perlukan :
1. Sebotol cuka makanan
2. Minyak masak/minyak pelincir
Caranya :
- Rendam pisau yang berkarat kedalam cuka makanan selama 24 jam
- Kemudian bilas dengan air sehingga yakin bersih
- Akhir sekali, sadur pisau dengan minyak masak atau minyak pelincir
Langsir Warna Ungu Naikkan ‘Seri’ Kediaman Tona Warna Kelabu, Nampak Classy, Moden & Luas

Langsir warna ungu naikkan ‘seri’ kediaman tema warna kelabu, nampak classy, moden dan luas. Gabungan dua warna pada satu langsir adalah salah satu kaedah yang berkesan untuk menaikkan seri sesebuah kediaman. Cara ini juga dapat meneutralkan warna utama yang menjadi pilihan untuk segenap ruang kediaman.
Langsir menjadi titik tumpuan sesebuah kediaman. Maka sebab itulah amat penting untuk pemilik kediaman memilih warna langsir yang tepat agar dapat disesuaikan dengan warna cat dinding dan warna perabot.
Pemilihan warna langsir dipengaruhi oleh tona dinding serta keluasan kediaman. Elakkan penggunaan warna gelap seperti coklat dan hitam sekiranya menghuni rumah yang sederhana atau kecil. Hal ini akan menjadikan ruangan kediaman anda tampak lebih sempit dan serabut. Sebaliknya, warna langsir yang gelap sangat sesuai untuk rumah yang besar dan luas.
Kali ini IMPIANA mengetengahkan dekorasi sebuah rumah teres dua tingkat lot tepi yang mengadunkan langsir warna ungu. Warna ungu merupakan warna kegemaran pemilik kediaman.
Dekorasi kediaman tampak lebih ‘berseri’ apabila warna ungu pada langsir ‘disebatikan’ dengan warna kelabu cerah (light grey) yang melatari segenap ruang kediaman. Hasilnya ruang kediaman nampak lebih classy, moden dan luas.
Pemilihan design, susun atur ruang dan warna amat memainkan peranan bagi menaikkan seri ruang sesebuah kediaman.
Jom kita ‘cuci mata’ hasil dekorasi rumah teres dua tingkat ini. Moga dapat memberi inspirasi buat anda yang ingin dan sedang mendekorasikan kediaman!
Sumber: Ziwani Home Deco
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Aksesori Perabot Daripada Simen, Estetik Dan Mampu ‘Sejukkan’ Kediaman

Aksesori perabot daripada simen, nampak estetik dan mampu ‘sejukkan’ kediaman. Seni penataan berasaskan konkrit atau simen mempunyai tafsiran dan keindahan tersendiri yang mampu mewujudkan persekitaran segar dekorasi.
Secara asasnya digunakan untuk menggantikan kayu untuk mendirikan kediaman. Bagaimanapun kini fungsi dan rekaannya dipelbagaikan dari binaan, rekaan perabot sehinggalah aksesori perhiasan kediaman.
Konkrit yang diadun daripada simen bersama air dan kemudian digaul menjadi seperti doh kini digunakan bahan elternatif bagi proses pembuatan perabot serta perkakasan kreatif. Kelebihan yang terdapat pada konkrit terletak pada ketahanan. Ia juga mampu mengekalkan imej moden klasik yang boleh digayakan bagi penataan formal dan tidak formal dalam sesebuah dekorasi.
Jika dulu kita dapat lihat bahawa simen konkrit ini banyak digunakan untuk menghasilkan bangku mahupun taman mini di luar kediaman. Ada juga yang membentuk menjadi tumbuhan seperti cendawan, titi kecil serta kolam ikan.
Penggunaannya kini lebih meluas apabila ada pereka seni dekorasi yang menghasilkan pasu kecil untuk pokok kaktus, lampu perhiasan, kabinet, sinki dan macam-macam lagi. Anda tidak perlu berbelanja besar, luangkan sedikit masa dan gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan aksesori daripada bahan binaan ini. Hasilnya bukan sahaja berbeza, unik tetapi juga dapat menyerlahkan konsep dekorasi rustik dan industrial yang ingin anda tonjolakan di dalam kediaman.
TIP IMPIANA
- Usah gentar untuk mengekalkan warna asa konkrit pada kediaman anda kerana ia akan menyerlahkan keunikkan serta mempunyai tarikan tersendiri. Gabungan elemen konkrit dan tumbuhan hijau apada sesebuah kediaman mampu memberi impak natural dan segar.
- Produk yang berasaskan konkrit init sememangnya mempunyai isipadu sangat berat dan kedudukan kekal. Maka anda perlu merancang dahulu sebelum mengenakan elemen ini pada dekorasi kediaman.

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Cara Mudah Bersihkan Mangkuk Tandas Berkerak, Hasilnya Pasti Mengejutkan Anda
