Rupanya antara tip supaya pokok kacang botor berbuah lebat ialah perlu buang daun, pucuk dan tunasnya di pangkal pokok.Kacang botor atau kacang kelisa ini antara tanaman yang selalu kita tanam di rumah. Sedap dijadikan ulaman atau ditumis begitu sahaja.
Kacang botor merupakan tanaman jenis jangka masa pendek yang mudah mengeluarkan hasil.Jika betul penjagaannya minggu ke 10-12 dari dari hari semai sudah pun boleh menikmati ulam kacang botor ini. Namun yang selalu menjadi masalah bila tanam kacang botor ini ialah daunnya lebat tapi tak berbuah atau dipanggil mabuk daun.
Jika hadapi masalah yang sama boleh ikut tip penanaman yang dikongsikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan juga Hashimah Mohamad Shariff untuk pastikan pokok subur elok dan kacang botor berbuah lebat tak putus-putus berbunga dan berbuah.
Berikut perkongsian tersebut;
“Alhamdulillah hasil kutipan hari ini. Berbagi rezeki dengan jiran. Ramai yang tanya kenapa kacang botor tak berbuah dan mabuk daun. Petua dia senang je, buang daun dan tunas-tunas di pangkal pokok dan letak baja organik, hasilnya dengan izin Allah.”
Batang pokok kacang botor dibuang pucuk dan tunas dipangkal pokok.
Bunga kacang botor tak putus berbunga.
Cara Penanaman:
1. Siram 2 kali sehari, pagi dan petang. Anak pokok perlukan air yang banyak untuk membesar.
Ads
2. Bila anak benih sudah naik, atau berusia 2 minggu buat junjung atau letak pancang kayu untuk bantu pokok memanjat/menjalar.
3. Kena cabut rumput untuk elakkan persaingan dengan pokok untuk dapatkan zat makanan, cahaya dan air.
4. Guna baja organik/baja asli seperti tahi ayam atau kompos. Baja boleh dibuat selepas pungut hasil atau bila lihat kesuburan pokok merosot.
Ads
5. Jika kacang botor tak berbuah dan mabuk daun boleh praktik petua ini, buang daun-daun tua dan tunas di pangkal pokok supaya cukup nutrien untuk pembentukan buah. Insya-Allah pokok akan mula berbuah lebat.
6. Biasanya kacang botor boleh dikutip hasilnya dalam tempoh 2 bulan lepas disemai. Kutip setiap 2-3 kali sehari untuk elak buah tua.
IMPIANA: Begini rupanya petua nak tanam kacang botor supaya berbuah lebat tak putus-putus. Kena buang daun, tunas dan pucuk di pangkal pokok. Boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
Tip siram pokok sayur ini penting diamalkan buat yang menanam sayur sekitar rumah menggunakan polibeg.
Tak dinafikan ramai memilih penanaman cara ini kerana lebih mudah dan tak perlu ruang yang banyak.
Tapi perlu diketahui penjagaan pokok yang ditanam dalam polibeg ada bezanya terutama dari aspek penyiraman dan ia memberi kesan kesan kepada kesuburan pokok.
Jika mengunakan polibeg untuk bercucuk tanam boleh ikut tip siraman yang dikongsi nurseri Halaman Subur
Tip siram pokok sayur tanam dalam polibeg
Jika anda menanam pokok sayur di dalam polibeg, disarankan supaya siram 1 hari 2 kali sahaja, iaitu pada waktu pagi dan petang.
2. Waktu siraman juga memainkan peranan penting. Waktu pagi sekitar pukul 9 ke bawah amat digalakkan kerana ketika itu stomata pokok terbuka.
3. Waktu petang pula seeloknya siram pokok antara pukul 4 atau 5 petang. Lewat dari itu tidak digalakkan. Sebabnya akar pokok hanya akan terendam dalam air dan itu tidak bagus bagi perkembangan akar.
4. Selain itu, putik buah juga akan membusuk sekiranya air terlebih. Pokok yang ditanam dalam polibeg mempunyai lingkaran akar yang terhad tempatnya.
Dalam bahasa mudahnya akar ada dekat situ tak ke mana pun. Berbanding pokok yang ditanam di atas tanah seperti batas, akar akan menjalar jauh untuk mencari sumber nutrien termasuk air.
Menanam cendawan kukur atau cendawan kukur kering di rumah semakin popular di kalangan penggemar tanaman organik.
Mungkin ada yang tak tahu, cendawan kukur ini sebenarnya kita boleh tanam sendiri. Tujuh hingga lapan hari sudah boleh kutip hasil. Beli saja bongkah dengan benih cendawan di kedai atas talian kemudian tanamlah mengikut langkah seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Fadhirul Fitri ini.
1. Beli bongkah benih cendawan kukur ini di kedai atas talian.
2. Bila SUdah terima bongkah, toreh plastik bongkah dengan pisau tajam secara menegak. Buatlah 4-5 torehan di sekeliling bongkah. Nanti cendawan akan keluar di bahagian yang ditoreh.
3. Letak bongkah ini di kawasan redup. Jangan bagi kena cahaya matahari secara terus. Boleh gantung pada dahan pokok mangga kemudian letak di beranda/balkoni juga.
4. Siram pagi dan petang.
5. Hari ke 7 atau 8 sudah boleh tuai. Boleh buat masak lemak atau goreng.
Idea Makeover Pagar Besi Corak Chevron Guna Aluminium Composite Panel (ACP). Memang unik dan kreatif idea makeover pagar besi standard yang pemaju sediakan, dan dah berkarat ini, menjadi seperti ‘pagar baru’ dan mewah apabila menggunakan Aluminium Composite Panel (ACP) dengan corak chevron.
Semuanya pemilik kediaman lakukan sendiri, tak perlu membazir beli pagar yang baru pun. Lebih jimat malah cantik hasilnya. Malah kediaman juga mempunyai privasi tersendiri.
Potong ACP lebih mudah dan kemas guna grinder mata besi. Gunakan self tapping screw.
ACP boleh tahan berat jika panjang sekeping macam polycarbonate. ACP ni dia tak ringan sangat sehingga pagar senang terbuai angin biasa tetapi cukup ringan supaya bracket besi tak turun melendut disebabkan keberatan.
Sebelum
Selepas
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi buat yang inginkan privasi pada kediaman, boleh makeover begini pada pagar besi standard di rumah, tak perlu tukar pagar yang baru pun. Guna Aluminium Composite Panel dengan corak chevron, lebih jimat dan cantik hasilnya nanti.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!