Masalah jubin atau mozek yang tertanggal pada permukaan ‘table top’ di dapur atau ruang makan adalah perkara biasa, terutama selepas penggunaan jangka panjang. Namun, perkara ini tidak perlu dirisaukan kerana ia boleh diselesaikan dengan mudah melalui projek DIY yang boleh dilakukan sendiri di rumah.
Caranya cuma tampal jubin atau mozek yang tercabut ini (jika masih elok) guna gam khusus untuk jubin. Gam jenis ini boleh beli di kedai hardware atau beli online saja.
1. Guna X Bond
Cara menggunakan construction adhesive sealant ini cuma letakkan saja gam ini pada satu bahagian sama ada pada jubin atau simen. Kemudian tepek saja. Untuk memastikan gam lekat elok, tampal pemukaan jubin dengan masking tape. Biar sehingga kering.
Boleh juga guna gam jenis ini. Cararanya bersihkan bahagian simen, pecahkan saki baki simen supaya permukaan rata. Pastikan tiada habuk, minyak dan sebagainya.
Kemudian letak gam jubin ini pada kedua-dua bahagian, simen dan jubin. Pastikan jubin dalam keadaan kering.Tampal dengan masking tape supaya kedudukan tak berubah, biarkan hingga kering.
Hujan lebat dan fenomena air pasang besar bertembung menjadi punca berlakunya banjir besar yang kini sedang berlaku di utara Malaysia terutama di Kedah.
Malah, mengikut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 9 pagi tadi, sebanyak 29 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Kedah yang menempatkan 4,816 mangsa termasuk 95 bayi membabitkan 1,535 keluarga.
Ini antara tip keselamatan elektrik semasa dan selepas banjir yang perlu kita praktikkan jika kediaman ditenggelami air.
-SIMPAN kelengkapan elektrik di tempat yang tinggi dan selamat daripada ditenggelami atau terkena air banjir.
-LAPORKAN segera kepada TNB jika air telah mula naik untuk pemantauan atau pemotongan bekalan elektrik bagi mencegah bahaya.
-PASTIKAN menyimpan nombor telefon untuk hal-hal kecemasan seperti nombor balai polis, bomba, hospital, pejabat TNB yang berdekatan, dan pastikan nombor tersebut mudah diakses semasa kecemasan
-ELAKKAN berenang atau meredah air di kawasan yang mempunyai talian elektrik, kerana paras air yang tinggi akan menyebabkan talian tersebut mudah disentuh, terutamanya pada waktu malam di mana kadar penglihatan tidak begitu jelas.
Sekiranya paras air meningkat dan bersentuh dengan talian hidup tanpa pengetahuan anda, renjatan berlaku pada sesiapa yang berada dalam air.
-JAUHKAN diri daripada lokasi yang terdapat talian elektrik jatuh atau putus, bagi mengelak daripada renjatan elektrik akibat talian yang masih berarus elektrik.
-JANGAN menghampiri atau pegang tiang elektrik atau dawai umbang (stay wire) semasa banjir atau hujan kerana kemungkinan terdapat arus bocor.
-DILARANG menggunakan tiang elektrik dan dawai umbang sebagai tiang ampaian.
-JANGAN hampiri pepasangan elektrik seperti pencawang atau bilik suis elektrik yang ditenggelami air.
-JANGAN mengalih atau membaiki tiang elektrik tumbang atau talian elektrik putus atau jatuh ke tanah dan hendaklah laporkan segera kepada pihak pemegang lesen/utiliti (TNB) sekiranya terdapat kejadian tersebut.
-JANGAN menggendalikan peralatan elektrik atau memetik suis elektrik dengan tangan yang basah atau semasa berdiri dalam air.
-SEKIRANYA ternampak individu terkena renjatan elektrik akibat terkena talian elektrik, jangan sekali-kali menyentuhnya atau cuba membantu mengalihkan talian elektrik tersebut.
– AWASI anak-anak. Usah biarkan mereka bermain di dalam kawasan pencawang elektrik yang telah ditenggelami banjir atau berhampiran dengan tiang elektrik yang patah atau disekitar talian elektrik yang kendur atau jatuh di atas tanah.
– BERHATI-HATI apabila berada di kawasan banjir kerana kelengkapan elektrik dan pepasangan elektrik yang ditenggelami air berpotensi mendatangkan bahaya.
Ia boleh mengalirkan arus elektrik di kawasan persekitarannya dan boleh membawa kepada kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.
-JANGAN gunakan kelengkapan elektrik yang terendam di dalam air atau pastikan semuanya diperiksa dan berkeadaan kering sebelum menggunakannya.
-ELAKKAN mengguna kelengkapan elektrik yang diragui keselamatannya.
Sebelum menghidupkan suis utama, PERIKSA semua pendawaian rumah dan kelengkapan elektrik yang terdapat di dalam rumah.
Pemeriksaan ini hendaklah dilakukan oleh kontraktor elektrik yang bertauliah atau berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
Masalah kelkatu dan serangga hurung lampu sering menjadi gangguan di dalam rumah, terutama pada musim hujan. Namun, tahukah anda bahawa warna lampu yang digunakan boleh mempengaruhi jumlah serangga yang tertarik ke arah cahaya tersebut?
Perkara ini dijelaskan dalam satu hantaran saudara Muhd Hisyam yang mendapat lebih dari 5k perkongsian selain info berguna tentang lampu dan pencahayaan daripada komen warga netizen.
Lampu kuning rumah jiran, lampu putih rumah saya, bila perati cicak suka dengan lampu putih, penuh tahi cicak bawah tu. Rumah jiran takde pula cicak sebab tak suka lampu kuning atau natang terbang makanan dia tu yang tak suka.
Dari hantaran ini pelbagai komen diberikan netizen dan antara yang menarik yang penuh info berguna adalah dari penjelasan Khir Itam yang juga seorang bekas profesor madya sebuah universiti tempatan.
Teknologinya:
– Lampu pijar & pendafluor beri cahaya putih puncak, bersama-sama warna-warna lain pada kadar rendah.
– Lampu led putih sebenarnya terdiri daripada 3 jenis led (merah, hijau, biru) di mana 3 cahaya led bergabung jadi satu (putih).
– Lampu led beri cahaya puncak putih dalam kelompok warna terhad (narrow band) warna lain.
Biologinya:
– Serangga lebih tertarik kepada cahaya putih, menghala ke gelombang biru UV (band warna 6k~10k). Sebab mata serangga lebih nampak dalam pencahayaan itu.
– Maka lebih banyak lah serangga terbang ke arah cahaya seperti itu, berbanding cahaya led kuning (band warna 3k~5k).
-Serangga ialah makanan cicak.
-Maka tentulah cicak akan berkumpul di tempat yang banyak makanan nya.
-Tentulah lebih banyak cicak ke pencahayaan putih led.
Di rumah saya, lampu-lampu led di sekeliling luar rumah saya pakai warna putih (warna band 6500), manakala lampu-lampu led dalam rumah jenis kekuningan (warna band 4000).
Alhamdulillah, sedikit je serangga masuk ke dalam rumah. Sejak pasang begini saya belum jumpa cicak di dalam rumah, manakala tahi cicak bertaburan di bawah lampu putih di luar rumah.
Info Tambahan : Kenapa Serangga Tertarik Kepada Lampu?
Serangga seperti kelkatu, rama-rama, dan pelbagai jenis serangga kecil lain cenderung tertarik kepada cahaya kerana fenomena yang dikenali sebagai phototaxis. Kebanyakan serangga adalah phototaxis positif, yang bermaksud mereka bergerak ke arah cahaya, terutamanya cahaya yang mempunyai panjang gelombang tertentu seperti cahaya ultraviolet (UV), biru, atau putih terang.
Serangga ini menggunakan cahaya sebagai panduan untuk navigasi, terutamanya pada waktu malam. Cahaya lampu yang memancarkan gelombang UV atau panjang gelombang pendek seperti biru akan menarik lebih banyak serangga. Oleh sebab itu, jenis dan warna lampu yang digunakan di rumah anda boleh mempengaruhi berapa banyak serangga yang tertarik kepada cahaya tersebut.
Adakah anda mengalami masalah dengan laci yang susah untuk dibuka dan ditutup? Mungkin rail laci anda sudah rosak atau haus akibat penggunaan bertahun-tahun.
Jangan risau, anda boleh membaiki laci anda dengan mudah tanpa perlu mengupah tukang dengan beberapa langkah DIY yang ringkas ini.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!