Teringat gobok lauk dulu-dulu nenek-nenek kita kan.

Siapa sangka, gobok yang pernah menjadi trend ini kian dilupakan dek kerana peredaran zaman, tak pun lenyap mungkin terbiar di belakang rumah di kampung atau di tepi dapur. Jangan membazir, gerobok lama ini boleh kita tukar jadi almari hiasan yang moden dan eksklusif.

Idea ini dikongsi oleh Alied Wahab yang melakukan makeover gerobok lauk yang dijumpai di tempat pelupusan sampah menjadi almari hiasan yang cantik dan moden.

Makeover gerobok lauk lama jadi almari hiasan eksklusif

Jangan Buang Gobok Lauk Nenek-Nenek, ‘Makeover’ Jadi Almari Hiasan Eksklusif

Bermula pkp 3.0, terjumpa gobok lauk di tempat pembuangan sampah. “Ini harta karun ni.” Kutip bawa balik baik pulih mana mampu. Boleh la, baru niat di hati nak cari di kedai, rezeki alhamdulillah dapat juga Allah bagi.

Jangan Buang Gobok Lauk Nenek-Nenek, ‘Makeover’ Jadi Almari Hiasan Eksklusif

Langkah makeover

IKLAN

1) Saya buang jaring hijau, bersihkan sawang yang ada.

2) Kemudian pada bahagian kayu yang berlubang dek bekas paku letak filler untuk tutup aib yang ada.

Jangan Buang Gobok Lauk Nenek-Nenek, ‘Makeover’ Jadi Almari Hiasan Eksklusif

3) Selepas itu boleh sander dengan kertas pasir supaya permukaan kayu gerobok halus.

IKLAN

4) Gerobok ini waktu jumpa tiada para jadi saya buat para rak dalam almari menggunakan kayu. Kayu papan ini saya beli di hardware panjang 12 kaki dengan harga RM45 sekeping.

5) Kemudian saya cat dengn warna hitam mati. Ini cat yang digunakan.

Jangan Buang Gobok Lauk Nenek-Nenek, ‘Makeover’ Jadi Almari Hiasan Eksklusif

Semoga bermanfaat

IKLAN

Sumber: Alied Wahab

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Jangan Buang Gobok Lauk Nenek-Nenek, ‘Makeover’ Jadi Almari Hiasan Eksklusif

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI