Selain susun atur perabot dan konsep sesebuah rumah, elemen marmar juga menjadi lambang kemewahan bercita rasa klasik.

Seiring perkembangan zaman, konsep dekorasi rumah semakin meluas dan kreatif. Ada yang berpendapat sesebuah kediaman itu masih belum boleh dianggap mewah jika tiada elemen marmar. Cipta Sudut ‘Favourite’ Di Rumah Dengan Elemen Marmar DIY. Memang Jimat Bajet!

Disebabkan harganya yang agak mahal kini terdapat berbagai cara untuk memilikinya dengan mudah seperti teknik pengecatan bagi menimbulkan motif marmar.

Berikut adalah salah satu cara pengecatan dengan efek marmar yang paling mudah untuk diaplikasikan.

IKLAN

Cipta Sudut ‘Favourite’ Di Rumah Dengan Elemen Marmar DIY. Memang Jimat Bajet!

PERSIAPAN DINDING

  1. Terlebih dahulu dinding dicat dengan cat semi-gloss agar kelihatan berkilat.
  2. Pastikan dinding bersih daripada habuk dan kotoran.

ALAT DAN BAHAN

IKLAN
  • Cat acrylic untuk dinding
  • Air (sebagai pencair)
  • Berus cat berukuran kecil dan besar
  • Berus lukisan kecil
  • Kain lap mikrofiber
  • Cat dengan warna senada bermula daripada yang paling cerah, agak gelap sehingga yang gelap. Contohnya cat warna krim, krim kecoklatan serta coklat.

CARA MENGECAT

  1. Sediakan semua cat. Cairkan mengikut kesesuaian komposisi yang disarankan pada bekas cat.
  2. Sapukan warna asas iaitu warna paling cerah secara menyenget. Sapukan secara rawak ke berbagai sisi dinding tetapi jangan sampai memenuhi dinding. Jika tidak, anda hanya mengecat ulang ruang dinding dengan warna polos dan bukannya motif marmar.
  3. Buat motif bervariasi dengan sapuan dari sudut berus yang berbeza.
  4. Sapukan warna tona agak gelap secara diagonal. Arah sengetnya mestilah sama dengan warna sebelumnya. Contohnya senget ke kanan atau ke kiri saja. Kemudian sapukan cat warna gelap ke beberapa bahagian.
  5. Gunakan berus cat berukuran kecil untuk langkah kedua dan ketiga.
  6. Ketika cat masih basah, segera lap perlahan-lahan bagi meratakan motif cat yang disapu sehingga kelihatan natural.
  7. Kemudian ketika masih basah segera gunakan berus besar berbulu halus untuk menghaluskan permukaan dinding dan menyamarkan bekas sapuan.
  8. Dengan berus lukisan berukuran kecil buat garis cat warna gelap di sisi tepi sapuan warna.

TIP

IKLAN
  • Lakukan pengecatan pada waktu malam agar cat tidak mudah kering.
  • Pengecatan mestilah dilakukan dengan cepat dan terus jadi kerana ia tidak boleh diubah lagi.
  • Nampak seperti mudah tetapi ia memerlukan daya seni dan imaginasi untuk membuat motif yang kelihatan natural seperti marmar asli.

Selamat mencuba!

Kredit : AMY MOHD

https://www.youtube.com/watch?v=I2i-4bsXu3E&t=90s

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI