Rekaan corak kertas dinding ataupun wallpaper memang boleh menambah seri pada hiasan kediaman rumah seseorang.
Kertas dinding bukan hanya terhad pada dinding sahaja. Kalau anda kreatif kertas dinding itu boleh dibalut pada pelbagai permukaan barangan termasuk memberi wajah baru bagi ruang, perabot dan perkakasan anda. Itulah antara cara-cara menghias yang menarik sebagaimana ditonjolkan oleh sesetengah pengemar hiasan rumah. Cuma, persoalannya adakah ia bahaya atau tidak?
Sumber Gmabar : Public Health Malaysia
Meskipun begitu, menurut perkongsian Public Health Malaysia, perbuatan ini sebenarnya tidak sihat untuk anda sebagai pengguna tandas tersebut.
“Persekitaran lembab di dalam tandas menyebabkan risiko pertumbuhan kulat di dinding termasuk di belakang kertas dinding.
“Kulat ini membebaskan spora iaitu debu debu halus yang boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan iritasi.
Ads
“Kesannya, anda akan alami batuk, selsema, tekak kering, mata berair dan gatal gatal kulit.
“Lebih teruk lagi, pendedahan secara berterusan boleh memberi kesan lebih buruk kepada paru-paru seperti asma dan radang paru-paru.”
Ads
Selain di tandas, wallpaper juga tidak sesuai dan bahaya ditampal dibeberapa tempat ini:
1. Peti sejuk – haba tidak dapat dibebaskan dengan baik dan boleh meningkatkan risiko kebakaran.Ia juga mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
2. Di dapur basah – Menyediakan bahan masakan, memasak, menggoreng, mengukus dan memanggang adalah aktiviti biasa dalam dapur basah.
Selain haba, minyak dan wap juga terhasil semasa memasak. Keadaan terlalu panas, lembap dan berminyak adalah tidak sesuai untuk pemasangan kertas dinding.
Pastinya ramai diluar sana terkejutkan dengan kenyataan ini bukan, kalau takut akan keselamatan nyawa. maka janganlah memasang kertas hiasan dinding pada tempat dan alatan-alatan ini.
Moga bermanfaat kepada semua!
Sumber: Public Health Malaysia
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Memang tak selesa pijak kalau lantai berminyak dan melekit.
Lantai berminyak memang memerlukan cara dan teknik yang teliti. Walaupun sudah dimop dengan pencuci lantai namun kesan minyak akibat proses memasak sememangnya sukar untuk ditanggalkan.
Selain cara mop yang salah mungkin juga anda terlupa untuk melakukan empat langkah ini ketika mengemop lantai. Empat cara ini anda kena tahu bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini. Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang lama.
Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.
Langkah 1 -Air Panas & Cuka
Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.
Langkah 2 – Cecair Peluntur
Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.
Langkah 3 – Pencuci Harum
Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau bungaan seperti ros atau lemon. Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa. Mopkan keseluruhan lantai dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.
Langkah 4 – Air Bersih
Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.
Tip
* Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
* Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
* Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
* Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.
Okay dah tahu tip ni boleh la cuba, jangan malas-malas okay!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sejak kebelakangan ini, panas sungguh cuaca di luarkan. Walaupun berada di dalam rumah, bahangnya tetap boleh dirasai di dalam kediaman. Walaupun boleh disejukkan dengan bantuan penghawa dingin, tetapi tak semua dari kita mampu untuk memiliki sebuah penghawa dingin.
Jadi apa yang boleh kita buat untuk sejukkan kediaman tanpa aircond Jom ikuti beberapa tip dan taktik berikut:
1. Penyekat Cahaya dan Panas Matahari
Penggunaan tirai tebal atau langsir gelap pada tingkap dan pintu akan membantu mengurangkan masuknya cahaya matahari dan panas ke dalam rumah. Ini dapat menjadikan rumah anda lebih sejuk.
2. Gunakan Kipas Angin
Kipas angin dapat membantu mengedarkan udara dalam rumah dan memberikan rasa sejuk. Pastikan anda menetapkan kipas angin untuk mengedarkan udara sejuk, bukan meniupkan udara panas.
3. Ventilasi yang Baik
Pastikan rumah anda mempunyai ventilasi yang baik. Buka tingkap dan pintu untuk membiarkan aliran udara segar masuk. Pilih waktu yang sesuai, seperti waktu pagi atau petang, untuk menghadkan masuknya udara panas.
4. Gunakan Kain atau Selimut Sejuk
Gunakan kain atau selimut yang sejuk dan ‘breathable’ pada perabot atau tempat tidur anda. Ini dapat membantu anda tidur dengan lebih selesa di malam hari.
5. Kurangkan Penggunaan Alat Elektrik
Alat elektrik seperti komputer, televisyen, dan lampu boleh menghasilkan haba. Kurangkan penggunaan alat ini apabila tidak digunakan.
6. Hindari Memasak pada Waktu Panas
Jika mungkin, hindari memasak di dapur pada waktu panas. Ini akan membantu mengurangkan peningkatan suhu dalam rumah.
7. Air Berasaskan Spray
Menyemprotkan air ke dalam udara dapat membantu menurunkan suhu sekeliling. Anda boleh menggunakan botol semburan air atau memasang sistem semburan air di luar rumah.
8. Berikan Tumpuan kepada Zon Teduh
Banyakkan masa untuk berada di zon teduh dalam rumah anda, seperti ruang tamu yang teduh atau balkoni yang berselindung dari matahari.
9. Gunakan Alat Penghilang Panas
Gunakan alat penghilang panas seperti loyang berisi ais di depan kipas angin untuk menghasilkan udara yang lebih sejuk.
10. Isolasi dan Penebatan
Pastikan rumah anda mempunyai isolasi yang baik dan penebatan yang sesuai untuk mengurangkan kehilangan haba.
Menggunakan kombinasi tip ini dapat membantu anda menjadikan rumah anda lebih sejuk tanpa perlu mengandalkan sistem pendingin hawa. Selain itu, ini juga dapat membantu anda mengurangkan penggunaan tenaga, yang baik untuk alam sekitar dan baki akaun elektrik anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Awning kediaman merujuk kepada sejenis perlindungan atau teduhan yang ditempatkan di luar bangunan, biasanya di atas tingkap, pintu, atau bahagian luar lain untuk melindungi dari matahari, hujan, atau elemen cuaca lain. Awning biasanya diperbuat daripada kain, plastik, logam, atau bahan lain yang direka khusus untuk tahan lasak.
Fungsi utama awning termasuk:
Sewaktu memilih awning, penting untuk mempertimbangkan bahan, reka bentuk, dan keperluan khusus anda. Ada awning yang boleh dilipat atau digulung untuk membolehkan cahaya masuk bila diperlukan dan dilindung semula bila perlu perlindungan dari matahari atau hujan.
Bagi yang bercadang nak membina awning di rumah info yang dikongsi oleh Lee Wai Wan boleh dijadikan rujukan.
Sengkuap adalah merupakan atap yang dipasang di rusuk atau di belakang rumah (sebagai tambahan sahaja): malam hari, bukan tidur di lepau atau di dalam rumah (Kamus Dewan).
Sengkuap ini boleh dibuat menggunakan pelbagai jenis bahan bergantung pada bajet serta selera tuan rumah. Berikut adalah jenis-jenis awning:-
Awning jenis ini adalah diperbuat menggunakan PPGI, Zincalume ataupun Aluzinc dengan ketebalan yang berlainan. Lagi tebal, lagi tahan lama serta tahan kemek apabila seseorang naik ke atas untuk kerja ataupun melakukan kerja penyelenggaraan seperti servis compressor pendingin hawa. Ia lebih bising apabila hujan. Sebaiknya dipasang satu keping panjang tanpa sambungan untuk elakkan bocor.
Ia diperbuat dari PPGI, Zincalume ataupun Alurzinc di mana ia tidak mempunyai sebarang skru di bahagian atas. Ia mempunyai klip yang terletak di bawahnya dan dipasang dengan meletak kepingan bumbung ini atas klip dan ia akan memegang bumbung itu dengan kukuh. Bumbung ini sesuai untuk kadar kecerunan yang rendah. Ia tidak sesuai untuk dibuat sambungan secara memanjang.
Ia mempunyai pelbagai jenis kombinasi seperti PU PVC, PU Metal serta PU Aluminium. Jenis ini kurang sikit bising semasa hujan berbanding dengan metal deck biasa.
Polycarbonate mempunyai 2 jenis iaitu jenis hollow dan solid. Ia diperbuat dari plastik. Jangka hayat polycarbonate adalah lebih kurang 5 tahun. Apabila ia mula rosak, ia akan reput disebabkan oleh kesan UV dan jatuh sedikit demi sedikit. Semasa petang, anda akan dengar bunyi klik klak sebab ia sedang mengembang dan mengecut. Ia mempunyai jenis yang panas dan ada juga jenis yang tidak terlalu panas.
Ia adalah jenis bahan lama yang datang dalam kepingan yang besar. Kebaikannya adalah ia tidak bising semasa hujan tetapi apabila ditiup angin, ia akan terangkat sedikit demi sedikit kerana tukang menggunakan paku untuk memaku pada rangka kayu menyebabkan bahagian paku akan bocor. Perlu berhati-hati semasa berjalan di atasnya terutamanya bumbung yang telah lama dipasang. Ia rapuh dan silap pijak, akan jatuh ke bawah.
Kebiasaan digunakan apabila menginginkan kadar cahaya yang banyak. Sesuai sekiranya anda ingin menjadikannya tempat menyidai kain kerana ia amat panas. Cuma ia tidak tahan lama. Lebih kurang 3 tahun akan mula rapuh. Lagi teruk sekiranya terdapat kucing atau musang yang suka bersantai di atasnya, maka kemungkinan ia akan retak adalah lebih tinggi.
Kaca jenis tempered kebiasaan digunakan serta jenis yang double layer. Ia dipasang kerana Tuan rumah ingin menikmati kadar cahaya yang cukup, nampak lebih kelas serta boleh menikmati keadaan sekeliling yang indah. Kekurangannya adalah ia mudah kelihatan sekiranya terdapat kotoran di atasnya serta amat panas. Selain cahaya, ia juga akan menyebabkan kawasan di bawahnya panas.
Ia boleh diperbuat dari pelbagai jenis bahan. Ada yang diperbuat dari kain dan ada yang diperbuat dari PU polyester. Ada jenis yang diikat pada cangkuk khas manakala ada jenis yang boleh dilipat menggunakan kawalan remote ataupun dipasang pada rangka khas. Cuma jenis ini akan berlubang di sana sini selepas satu ketika bergantung pada kualiti bahan yang digunakan.
ACP diperbuat dari kepingan Aluminium dan dibahagian tengahnya adalah low density polythene. Ia tahan dengan keadaan cuaca. Ia tidak sebising seperti Metal deck semasa hujan.
NOTA: Dalam semua jenis sengkuap yang dipasang, sering kali kami jumpa satu masalah yang sama iaitu masalah bocor di bahagian sambungan di antara dinding dengan awning kerana tidak diletak sebarang flashing tetapi hanya letak silikon ataupun jika letak pun hanyalah paku pada dinding dan letak silikon.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.