BAKAL menyambut kelahiran cahaya mata pertama, pelakon Datin Intan Najuwa antara selebriti yang rajin berkongsi persiapannya membeli keperluan bayi itu.
Terbaru, bakal ibu ini sempat membidas seorang warganet yang bertindak memperlekeh usahanya menghias bilik buat anak sulungnya.
Intan Najuwa
Menerusi hantaran yang dimuat naik, dapat dilihat tangkap layar komen yang ditinggalkan seorang wargamaya terhadap video terbaharu Intan yang berkongsi ‘update’ terkini bilik anaknya di TikTok.
Menurut individu tersebut, usaha yang dibuat pelakon drama ‘Kekasih Paksa Rela’ seakan sia-sia kerana anak yang bakal dilahirkan kelak akan berada di bilik ibu dan bapanya.
Ads
Aku dulu beria hias bilik baby bukan main.
Akhirnya baby duduk dalam bilik aku sebab nak menyusu, mana boleh tinggal.
Tidak berdiam diri, pelakon berusi 27 tahun itu tampil menjawab kenyataan netizen tersebut dengan mengatakan bahawa bilik yang disediakan adalah untuk menyimpan segala barangan milik anaknya kelak.
Ye jebon, kita pun bukan nak suruh dia dalam bilik dia.
Kita hias bilik dia untuk letak barang-barang dia.
Takkan nak tumpang bilik jebon.
Terdahulu,Intan mendedahkan hamil anak pertama dan bakal menimang cahaya mata perempuan selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.
Untuk rekod, Intan selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.
IMPIANA teruja melihat dekorasi bilik bayi yang dikongsikan oleh pelakon Datin Intan Najuwa Abdul Wahid,27 ini yang berkonsep ‘Toile de Jouy ‘ inspirasi dari Paris.
Ads
Intan dikhabarkan bakal melahirkan bayi perempuan yang juga cahaya mata pertamanya tidak lama lagi.
Perkataan “toile” berasal dari perkataan Perancis untuk kain linen. Perkataan ini dipendekkan daripada nama penuh toile de Jouy, yang bermaksud linen atau kain dari bandar Jouy-en-Josas, di pinggir bandar Paris.
Secara tradisinya, Toile de Jouy ialah corak hiasan yang menampilkan pemandangan pastoral yang berulang – seperti motif bunga atau pasangan berkelah di tepi tasik – dicetak dalam satu warna (biasanya biru, hitam atau merah) pada latar belakang putih.
Memang bertuah. Cantik dekorasi bilik bayi dengan konsep ‘Toile de Jouy ‘ yang dikongsikan ini. Semoga menjadi inspirasi.
Apple, syarikat teknologi gergasi yang terkenal dengan inovasi luar biasa, sekali lagi mengejutkan dunia dengan idea baharu mereka—set televisyen pintar untuk ruang tamu.
Langkah ini dilihat sebagai satu usaha untuk memperluaskan pengaruh mereka dalam dunia peralatan rumah pintar. Dengan keupayaan teknologi terkini yang ditawarkan oleh Apple, produk ini dijangka bakal mengubah cara kita menikmati hiburan di rumah.
Melalui perkongsian Bloomberg, dilaporkan pasukan Apple sedang mempertimbangkan idea untuk hadir dengan set televisyen penuh – selari dengan sasaran Apple untuk memegang pasaran peranti di ruang tamu.
Untuk tahun 2025 sendiri, Apple dijangka akan memperkenalkan sebuah peranti khusus yang hadir dengan skrin kecil, serta boleh berinteraksi dengan pengguna melalui integrasi Apple Intelligence, selain menyokong FaceTime dan Siri.
Namun, sekiranya produk berkenaan tidak berjaya dan mendapatkan pegangan pasaran yang tinggi, Apple mungkin perlu menilai semula idea mereka untuk pasaran ruang tamu.
Pada hari ini, Apple sedia menawarkan sebuah kotak set khusus yang boleh dihubungkan ke kaca televisyen sedia ada, dan membolehkan pengguna menikmati sejumlah kandungan, termasuk daripada Apple TV+.
Penawaran set kaca televisyen penuh mungkin hanya menyasarkan sejumlah kecil pengguna sahaja – sekali gus mungkin membuatkan Apple tidak meneruskan idea ini.
Jikalau dilihat sebagai perbandingan, Samsung dan Xiaomi pada hari ini sedia menawarkan kaca televisyen untuk pengguna mereka di bawah jenama masing-masing, yang turut menawarkan sejumlah integrasi kandungan dan perisian mereka.
Glomac Berhad antara pemaju hartanah bumiputra terkenal yang telah memenangi pelbagai anugerah bagi pelbagai pembangunan hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.
Terbaru, pemegang saham Glomac Berhad (Glomac) meluluskan dividen akhir satu peringkat sebanyak 1.25 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan 2024.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac, Datuk Seri FD Iskandar berkata, perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Glomac ke-40 yang diadakan baru-baru ini.
Menurutnya, ini diterjemahkan kepada hasil dividen kira-kira 3.1% (berdasarkan harga penutupan 40 sen pada 30 April 2023.
“Pada tahun kewangan 2024, kumpulan mencatatkan hasil kumpulan sebanyak RM267.6 juta.
“Ini disumbangkan oleh kemajuan pembinaan di pembangunan perbandaran Saujana KLIA, Bandar Saujana Utama dan Saujana Perdana selain Plaza@Kelana Jaya dan 121 Residences merupakan dua pembangunan kediaman bertingkat tinggi di Petaling Jaya.
“Keuntungan sebelum cukai mencapai RM32.9 juta, dan keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat ialah RM23.6 juta,” katanya pada sidang akhbar di Menara Glomac.
Pertumbuhan yang lebih kukuh ini disumbang terutamanya oleh aktiviti pembinaan berterusan, termasuk projek-projek pembangunan di perbandaran Saujana KLIA, Bandar Saujana Utama and Saujana Perdana, serta Plaza@Kelana Jaya dan 121 Residences, dua pembangunan kediaman bertingkat tinggi di daerah Petaling Jaya.
Ujarnya lagi, Glomac berjaya mencapai jualan baru yang lebih memberangsangkan pada 2024 meningkat 19 peratus kepada RM360 juta berbanding RM302 juta tahun lalu didorong kejayaan perbandaran kediaman di Lakeside Residences, Saujana Perdana, serta 121 Residences dan Plaza@Kelana Jaya.
Katanya, melangkah ke hadapan Glomac bersedia memacu jualan hartanah dengan rangkaian produk baharu hartanah kediaman dan komersial bernilai RM460 juta bagi tahun kewangan 2025.
“Ia menampilkan fasa baharu rumah dua tingkat dalam pembangunan perbandaran Glomac di Serai@SBR, Saujana KLIA dan Saujana Jaya di Kulai, Johor.
“Projek ini telah dilancarkan pada akhir Ogos 2024 dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM66 juta selain menyaksikan permintaan dan pendaftaran yang tinggi,” katanya.
Pokok getah pertama Malaysia bukan sahaja mencuri tumpuan kerana usianya yang mencecah seabad, malah juga kerana nilai anggarannya yang mencecah RM750,000!
Pokok tersebut ditanam pada tahun 1877 di Taman Tasik Seremban, pokok getah dengan ukur lilit berdiameter 4.5 meter dan ketinggian lebih 25 meter.
Dipercayai tertua di Malaysia, dengan usia sekitar 100 tahun, kini pokok ini menjadi perhatian di Seremban.
Pokok getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 oleh pentadbir British, Henry Nicholas Ridley, yang dikenali sebagai “Bapa Industri Getah”.
Pada zaman itu, getah menjadi komoditi penting yang membantu pertumbuhan ekonomi negara, khususnya di negeri-negeri seperti Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Pokok getah yang kini berusia 100 tahun di Seremban ini adalah antara peninggalan sejarah yang mengingatkan kita kepada kegemilangan era industri getah di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon berkata mengikut rekod, 11 daripada benih itu ditanam di Taman Botani Singapura, sembilan di Kuala Kangsar di Perak, dan masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Melaka.
“Pokok getah yang berharga dan bersejarah ini adalah sebahagian daripada jejak warisan Seremban.
“Pengunjung terutama dari luar negeri perlu melihat pokok getah pertama dan tertua di Negeri Sembilan.
“Oleh kerana kepentingan sejarahnya, pokok itu tidak boleh ditukar ganti. Itulah sebabnya kita mesti melindungi dan memeliharanya bagi memastikan generasi akan datang dapat terus menghargai warisan penting ini,” katanya lagi.
Beliau berkata pokok itu bukan sahaja menjadi mercu tanda tempatan tetapi juga menyumbang kepada pelancongan.
Sementara itu, Datuk Bandar Seremban Datuk Masri Razali berkata Jabatan Taman dan Landskap Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bertanggungjawab memelihara pokok getah bersejarah itu, dengan usaha pembersihan setiap hari bagi mengekalkan kawasan sekitarnya.
Beliau berkata MBS juga mendapatkan kepakaran ahli arbor untuk menilai dan memantau risiko yang berkaitan dengan pokok itu.
“Ini bagi membantu kami menentukan status pokok, menyediakan inventori dan mendapatkan khidmat nasihat untuk pengurusan risiko.
“Para arborists telah mencadangkan rawatan, termasuk pemangkasan dan kawalan perosak, untuk mengekalkan daya hidup pokok dan memanjangkan jangka hayatnya,” tambahnya.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.