lepas wainscoting, hadir pula fenomena shiplap wall. Walaupun ia bukan lah elemen dekor yang baru, akan tetapi olahan yang diberikan menyuntik kesegaran dalam dekorasi sesebuah kediaman. Kali ini, impiana nak kongsikan pula idea wall paneling yang banyak digunakan untuk kediaman berkonsepkan moden kontemporari iaitu slat wall.
Penggunaan slat wall secara vertikal menghasilkan sesuatu ruang itu lebih besar. Kaedah pemasanggan masih sama seperti wainscoting dan shiplap wall.
Hiasan dinding besi (iron wall decor) memamg ramai yang minat. Tapi harganya boleh tahan mahal juga. Kalau beli online pun, harganya cecah lebih seratus bergantung kepada saiz dan design. Tapi hisan ini hanya bermusim. Nanti nak tukar konsep dekor lain, mungkin iron wall decor ni dah tak sesuai.
Teringin tapi taknak berapa nak ada bajet atau membazir, apa kata DIY sendiri je macam perkongsian youtube chenal Kuti Bari
Bahan-bahan:
Kepingan foam
Kertas surat khabar
Gam kraf
Gam panas
Warna metalik
Gunting
Pisau
Pernah tak jumpa serangga yang mempunyai kelongsong seperti kuaci tapi permukaannya bertektur pasir? serangga perosak ini bila tiba tempoh dewasanya akan bertukar menjadi kupu-kupu. Kelihatan menarik, namun serangga ini bahaya kepada anda.
Nama saintifiknya adalah Phereoeca Uterella atau lebih dikenali dengan nama kemitep. serangga ini dianggap bahaya disebabkan ia pemakan fabrik untuk meneruskan kehidupan. Sebab itu, kebiasanya serangga ini dijumpi di dalam almari atau timbunan pakaian lama. Untuk membentuk kepompom, serangga ini memerlukan debu, tanah atau pasir. adakalanya, kepomponya terbentuk dari kulit kayu yang lembut. Sebab itu, ia juga dikenali sebagai plaster bageorm.
Serangga ini memerlukan habitat yang lembab. Jenis fabrik yang menjadi ancaman utama untuk dimakan oleh serangga kecil ini adalah seperti sutera, fabrik berbulu dan adakalanya rambut manusia.
UNTUK MENGATASINYA, INI YANG WAJIB ANDA LAKUKAN 1. pastikan almari atau ruang simpanan baju anda tidak lembap 2. Jaga kebersihan rumah terutamanya dari longgokkan habuk dan barang-barnag yang tidak digunakan. 3. Pastikan pakaian betul-betul kering sebelum disimpan di dalam almari
Jika anda mengesan kehadiran kemitep, segera lakukan penyelenggaraan pada keseluruhan ruang dan musnahkan serangga yang dijumpai
Apakah nama dia? Stressful sebab selama ni ingat tak bahaya. Sekali dia menggigit plak..Update : Already found out. It is Kamitetep / Phereoeca Uterella
Salah satu aksesori wajib di ruang tamu tentulah televisyen, bukan? Tanpa sebuah TV rasanya bagai tidak lengkap ruang ini.
Terdapat pelbagai cara nak “display” televisyen bagi melengkapi ruang tamu kediaman tetapi tidak semua cara sesuai. Jika tak kena gayanya, mungkin akan tampak bersepah dan serabut dengan wayar yang berselirat dan perhiasan yang berhabuk.
Jadi kali ini IMPIANA ada himpunkan beberapa idea kabinet tv dengan ruang penstoran agar sudut ini akan sentiasa tampil kemas dan menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...