Sebelum ini, LAMAN Impiana pernah memaparkan cara untuk tanam Fennel atau bawang adas untuk iklim Malaysia [klik sini untuk artikel lengkap]. Sebenarnya, Fennel ini bukan hanya tanaman yang mempunyai aroma yang harum dan sedap, ia juga banyak khasiat. Khasiatnya telah diperakui dan terbukti berkesan untuk merawat beberapa penyakit sejak zaman kewujudan Rome lagi. Namun, bagi masyarakat di Pulau Jawa dan India penggunaan fennel sebagai remedi untuk merawat penyakit tertentu tidak asing lagi.

Fennel mengandungi minyak atsiri, anethal fenikon pinen dan menjadi bahan anti oksiden untuk tubuh. Pati biji fennel juga digunakan secara meluas untuk tujuan menghasilkan penyegar, ubat gigi dan pelbagai lagi. Berikut antara khasiat yang terkandung di dalam feneel:

1. Elak Anemia
Kandungan Iron dan asid amino yang terdapat di dalam fennel amat membantu dalam merawat dan mencegah masalah anemia. Kandungan utama ini berupaya merangsang penghasilan hemoglobin dan juga membantu pembentukkan komponen darah lain.

2. Merawat saluran pencernaan
Ia menjadi amalan bagi masyarakat India untuk mengunyah biji fennel selepas makan. Ia bertujuan melancarkan penghadaman disamping berupaya mencegah masalah nafas berbau.

IKLAN

3. Melegakan Perut Kembung
Fennel telah digunakan berabad lama untuk tujuan perubatan, Seperti dalam pengamalan ayurvedik, fennel digunakan bagi tujuan mencegah dan merawat masalah perut kembung. Kandungan Aspartic acid yang terdapat di dalam fennel sesuai digunakan dari peringkat bayi (infant) sehingga lah dewasa

4. Merwat sembelit
Biji fennel yang telah di jadikan dalam bentuk serbuk menjadi pengganti julap. Pengambilannya secara minggu membantu mencuci usu dan memastikan laluan serta pergerakkan di dalam usus lebih lancar. Fennel juga boleh dijumpai daam ubat-ubatan untuk merawat sakit perut, cirit-birit, Irritable bowel syndrome (IBS) dan beberapa masalah usu lainIni Rahsia Orang India Amalkan Tanaman Ini Untuk Cegah Penyakit Kronik Ini Rahsia Orang India Amalkan Tanaman Ini Untuk Cegah Penyakit Kronik

IKLAN

5. Mengurangkan Ancaman masalah jantung
Fennel adalah sumber terbaik fiber, Selain dimanfaatkan untuk sistem pencernaan ia juga dapat memabntu mengawal kadar kolestrol di dalam darah. Ini meninjukkan, feneel dapat mencegah pembentukkan dan menghapuskan kolestrol jahat yang menjadi punca utama kepada masalah jantung dan strok

6. Mengatasi kenser
Kajian terhadap sayur segar fennel sebagai pencegah kanser belum pernah dilakukan. Namun, ujian terhadap biji benihnya diperakui dan amat mengagumkan. Kajian menunjukkan, ekstrak dari biji fennel bukan sekadar dapat mengawal pertumbuhan tumor, malah kandungan flavonoids, alkaloilds dan phenol yang terdapat di dalam fennel menajdi egen pelindung bagi mengatasi kesan radiasi terhadap rawatan yang diterima oleh pesakit kanser. Disamping itu juga, ekstrak biji fennel di dapati dapat mencegah masalah kenser kolon dan kenaser hati

IKLAN

7. Mempertingkatkan fungsi otak
Jika sebelum ini bunga telang di katakan mampu merangsang perkembangan minda [klik sini untuk artikel lengkap] kandungan potassium yang tinggi di dalam fennel dikatakan merangsang penghasilan elekrolit ke seluruh tubuh. Kondisi ini termasuklah penyambungan pada otak. Kandungan potasium juga berupaya merangsang fungsi dan kemampuan kognitif.

8. Melancarkan buang air kecil
Fennel antara duretik alami yang sesuai diamalkan. Bagi masyarakat di Pulau Jawa, jika anda mengalami masalah atau kesulitan membuang air kecil, fennel adalah alternatif yang terbaik selain lobak putih. Namun, pengambilannya untuk tujuan merawat masalah ini perlu lah dalam jumlah yang tepatIni Rahsia Orang India Amalkan Tanaman Ini Untuk Cegah Penyakit Kronik

Sumber: https://www.organicfacts.net

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI