florence fennel ( Foeniculum vulgare) ialah salah satu tanaman yang di kategorikan sebagai herba dan dianggap eksotik di Malaysia. Yang menjadi buruan tanaman ini adalah bahagian bulb atau yang berbentuk bawang. Semua bahagian fennel atau dikenali dengan nama Adas mempunyai aroma yang unik dan kesemua bahagian iaitu daun dan bawangnya di gunakan dalam masakan.

Fennel enak di masak didalam sup terutamanya sup tulang. Namun, bahagian bawangnya perlu di reneh dalam tempoh sedikit lama kerana ia keras. daunya pula dijadikan sebagai pengganti daun bawang atau daun sup.7 Langkah Mudah Untuk Tanam Dan Hasilkan Bawang Fennel Atau Adas

7 Langkah Mudah Untuk Tanam Dan Hasilkan Bawang Fennel Atau Adas
Tanaman herba ini banya digunakan oleh masyarakat Eropah dan timur tengah. Ini bermakna, tanaman ini juga sesuai dibiak atau ditanam di Malaysia. Yang menajdi isu kebiasaanya adalah bagaimana untuk menghasilkan bahagian bawang yang besar. Berikut adalah cara penamanan fennal atau adas di Malaysia:

1. Fennel memerlukan medium tanaman yang mempunyai saliran yang baik pada kadar pH 5.5 hingga 7

IKLAN

2. Untuk menghasilkan bawang fennel yang baik, pastikan tempat atau lokasi tanaman di bahagian yang mempunyai cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 6 jam sehari

3. Sememangnya fennel memerlukan cahaya matahari terus. namun tanaman ini tidak tahan akan cuaca yang terlalu panas. Oleh itu, sebaiknya jangan semai biji benih fennel ketika musim panas. Benih mula bercambah dalam tempoh 2 hingga 3 minggu

IKLAN

4. Jika kekurangan cahaya matahari atau dilatakkan di bawah kawasan separa teduhan, bahagian bawang fennel tidak terbentuk malah tanaman menjadi memanjang kerana mencari pencahayaan 7 Langkah Mudah Untuk Tanam Dan Hasilkan Bawang Fennel Atau Adas

5. Tanam atau semai biji benih fennel di dalam lubang yang mempunyai kedalaman 1/8 hingga 1/4 inci dengan jarak 6 hingga 12 inci setiap satu.

IKLAN

6. Pastikan medium tanaman sentiasa lembap untuk memastikan pembentukkan bawang fennel yang padat dan cantik. Jika tidak, setiap kelopak fennel yang terbentuk akan berongga

7. Pembajaan perlu di lakukan 1 minggu sekali, untuk lebih muda, anda digalak menggunkan baja jenis cecair kerana akar fennel yang pendik sukar menyerap baja jenis butiran. Ini akan menyebabkan zat yang diperlukan untuk membentuk bawang tidak memncukupi

7 Langkah Mudah Untuk Tanam Dan Hasilkan Bawang Fennel Atau Adas
bunga fennel. biji benih di ambil dari bahagian bunga untuk tujuan semaian dan herba masakan

8. tuaian boleh dilakaukan apabila fennel telah mencapai usia 12 hingga 14 minggu dari tarikh di semai. Jika tempoh 12 minggu sampai dan fennel tidak menghasilkan bawang, ini bermakna tanaman anda gagal membentuk dengan sempurna

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI