Bunga telang atau Clitoria ternatea dalam bahasa saintifiknya ibarat ramuan penting dalam menghasilkan nasi kerabu. Jika nasi yang dihidangkan menggunakan pewarna tiruan, khasiat yang terkandung dalam bunga telang tersebut tidak dapat diekstrak oleh tubuh. Tambahan, warna yang dihasilkan dari bunga telang juga amat berbeza. Nasi kerabu kelihatan lebih selera jika mengunakan warna dari bunga telang berbanding pewarna tiruan

Bunga telang juga dijadikan sebagai minuman seperti sirap. Minuman yang terkenal dihasilkan dari bunga telah adalah dengan mancampurkan sedikit jus limau atau lemon bersama keratan daun pandan. Lebih enak, di isikan sedikit biji selasih. Ia berupaya menyegarkan dan menyejukkan bada. Antara khasiat dan manfaat lain bunga telang ialah: Amalkan Bunga Telang Untuk Merangsang Memori Dan Kebijaksanaan

1.Menyuburkan rambut
Kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.

2. Mengurangkan sakit kepala
Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.

3. Merawat ulser mulut.
Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.Amalkan Bunga Telang Untuk Merangsang Memori Dan Kebijaksanaan

4. Insomnia
Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia.

5.Mengubati bisul
Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut.

IKLAN

6.Melawaskan kencing
Akar digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap.

7.Membersihkan mata
Bunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah.

8.Perbaiki haid wanita
Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid.

9.Merangsang memori dan kebijaksanaan
Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.

IKLAN

10.Pewarna makanan dan fabrik
Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut (bertindak sebagai nila)Amalkan Bunga Telang Untuk Merangsang Memori Dan Kebijaksanaan

11. Sebagai detox
Teh herba bunga telang dapat hilang kan racing dalam sistem PENCERNAAN. Amik 2 3 kuntum bunga rendam air panas dan minum boleh ltk madu atau tambah limau nipis buat air biru bertukar menjadi purple!

12. Mengubati batuk
Akar bunga telang dpt ubati batuk dan asma

IKLAN

13. Ubati bronchitis
Rebus 30-60grm Akar telang dengan 4gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1gelas 2kali waktu pagi dan malam.

14. Mencuci darah
Darah kotor penyebab jerawat dan bisul. Minum air rebusan Akar telang dipercayai mampu cuci darah

15. Ubati sakit telinga
Ambil daun telang ramas dalam air campur garam sapu pd telinga yang sakit.Amalkan Bunga Telang Untuk Merangsang Memori Dan Kebijaksanaan

Amalkan Bunga Telang Untuk Merangsang Memori Dan Kebijaksanaan

Boleh juga dimakan bunga telang. Campur kan dalam telur dan masak seperti telur dadar atau celup tepung pun sedap!

Sumber: FB, Nur Aida Md Zainuddin

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI