Siapa sini yang kalau kita tinggal sekejap je makanan, datang balik je, terus semut dan urung dikeliling makanan. Mesti rasa stres kan? Semestinya lah lagi-lagi kalau makanan itu baru beli. Bila dah ada semut, satu hal pula nak kena beli baru. Aduhai. Tapi tidak mengapa, masalah itu akan saya ajarkan macam mana untuk cegahkannya. Jom ikut saya.
Jadi, saya akan ajarkan cara halau semut menggunakan 3 barang yang sering digunakan oleh orang Malaysia. Barang yang pertama adalah, cuka. Cuka putih adalah amat tidak disukai oleh semut kerana baunya sangat kuat dan berasid. Caranya senang sahaja, Buat satu botol semburan yang mengandungi cuka dan sedikit air kemudian semburkan tempat semut selalu lalu.
Ads
Barang yang kedua adalah, kayu manis dan cengkih. Bagi mereka yang tidak suka bau cuka, serbuk kayu manis dan bunga cengkih boleh digantikan. Biarkan serbuk mengendap di laluan semut selama beberapa hari. Jika anda mempunyai ‘minyak pati kayu manis,’ campurkan dengan sedikit air dan semburkan pada kawasan yang terjejas. Tempat itu bukan sahaja berbau, malah semut telah lenyap.
Ads
Dan barang yang terakhir adalah, air lada. Kenapa air lada? Tak pernah pula tentang air lada ni kan? Jadi, air lada sama sahaja seperti yang lain, ia tidak tahan dengan baunya. Jadi caranya senang sahaja, semut boleh dihalau dengan merendam lada kering di dalam air. Sembur pada laluan semut selepas disimpan dalam botol semburan. Sebagai alternatif, taburkan batang cili kering ke seluruh denai semut. Ini boleh menjauhkan semut daripada gula.
Ads
Jadi, dengan ada 3 barang terunggul ini, anda sudah boleh menghalau pasukan armada semut yang banyak itu. Hahahaha. Semoga selamat mencuba dengan cara-cara ini,
Tidak dinafikan, ada segelintir pemilik rumah tidak menghantar permohonan pelan pembangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mendapatkan kelulusan sebelum melakukan pengubahsuaian baru di kediaman.
Tindakan sedemikian nyata akan memberi kesan buruk kepada pemilik rumah sekiranya memilih jalan pintas melakukan pengubahsuaian rumah tanpa mengikut syarat kelulusan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas dan membincangkan topik ‘Berputih Mata Bila Rumah Kena Roboh, Nak Salahkan Siapa?’ bersama penonton.
Menerusi perkongsian bersama tetamu jemputan, pereka dalaman Encik Mohd Nizar Manaf menegaskan ada beberapa langkah serta perancangan yang perlu dilakukan oleh pemilik rumah sebelum memulakan pengubahusaian rumah.
“Apa yang saya boleh cakap fasal rumah kena roboh ni adalah kerana pemilik rumah tidak mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Mungkin ada sesetengah pemilik rumah yang terlalu ghairah untuk melakukan sesuatu pengubahsuaian baru sehingga terlupa ada beberapa langkah penting yang perlu diambil,” katanya.
Menurut Encik Nizar, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pemilik rumah adalah untuk mendapatkan kelulusan pelan pembangunan daripada PBT di pejabat majlis daerah sebelum memulakan pengubahsuaian kediaman.
“Pemilik rumah kena dapatkan pelan pembangunan untuk rumah mereka dan permohonan tersebut perlu dihantar kepada PBT di pejabat majlis daerah mengikut lokasi kawasan rumah masing-masing,” jelasnya.
Katanya lagi, pemilik rumah juga kini boleh mendapatkan bantuan dan khidmat daripada arkitek yang bertauliah sekiranya mahu mendapatkan kelulusan PBT sebelum melakukan pengubahusaian rumah.
“Sekarang kita sudah ada ‘one stop centre’ yang mana anda boleh menghantar permohonan kepada arkitek yang bertauliah, dapatkan khidmat mereka.
“Mereka akan bantu supaya permohonan pengubahsuaian rumah dapat diluluskan oleh PBT,” katanya lagi.
Jadi, adakah wajar rumah yang telah diubahsuai tanpa mendapatkan kelulusan PBT ini dirobohkan oleh pihak berkuasa? Ketahui jawapannya dengan menonton episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
Jangan lepaskan peluang merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Senarai semak pembaziran di laman/kebun di rumah, lepas ini jangan buat lagi. Aktiviti menyiram tanaman kerap mengundang pembaziran air. Adakalanya faktor penyebab adalah perkara-perkara yang anda sendiri tidak perasan.
Cuba anda semak 10 perkara di bawah, ada tak berlaku di kebun/laman anda. Jika ada, anda telah melakukan pembaziran air tanpa sedar. Boleh sudah hentikan amalan yang membazir itu ya!
1. Penggunaan sistem siram perenjis atau sprinkler yang salah. Kebiasaanya, sprinkler digunakan untuk menyiram kawasan berumput seperti padang. Pun begitu, penggunaan sprinkler juga akan menyebabkan pembaziran air. Hal ini disebabkan oleh sistem ini yang tidak dilaraskan dengan baik mengikut keperluan rumput di samping tempoh siraman yang tidak dikawal.
Selain itu juga, setiap tanaman memerlukan air dalam kadar yang berbeza dan biasanya sprinkler menyiram sama rata pada setiap tanaman. Nanti ada tanaman yang terlebih air dan ada pula sebaliknya.
2. Kepala siraman yang disambungkan pada hos antara faktor menyebabkan pembaziran air. Antara puncanya ialah disebabkan kepala yang telah rosak. Walaupun kelihatan air hanya minitik, tapi jika dibiarkan banyak jugak air yang dibazirkan tanpa sedar. Antara faktor lain adalah kepala siraman tidak dilengkapi sistem tutup automatik. Lepas siap siraman, air masih mengalir pada hos, ini akan menyebabkan pembaziran air sementara menunggu anda sampai ke kepala paip untuk menutup air.
3. Gunakan watering can dan siram terus pada tanaman mengikut keperluan. Namun kaedah ini sesuai untuk mereka yang mempunyai laman berskala kecil sahaja. Tapi, kalau ada pemilik laman yang besar nak buat pun boleh juga, anggap saja anda beriadah mengeluarkan peluh.
4. Lakukan siraman terus ke permukaan tanah atau pangkal pokok. Sebenarnya, jika anda lakukan siraman dari bahagian atas pokok ia memudahkan air bertakung pada bahagian tidak perlu. Hal ini akan mendedahkan tanaman anda kepada penyakit.
5. Gunakan sistem siraman titisan (drip irrigation). Kaedah ini memang di tanam terus pada pangkal pokok dan ia lebih praktikal untuk siraman automatik. Oleh itu, siraman yang anda lakukan melalui sistem ini dapat membekalkan air mengikut keperluan tanaman secara terus.
6. Lakukan sungkupan. Ia berupaya memperlahankan kadar sejatan air dan mengekalkan kelembapan dalam tempoh yang lama. Sungkupan paling mudah dan murah adalah dengan menggunakan sabut kelapa, atau daun kering. Secara tidak langsung, sungkupan tersebut berfungsi sebagai baja organik kepada tanaman.
7. Pembajaan yang kerap akan mengakibatkan rumput memerlukan air yang banyak untuk menyerap baja. Kalau tidak cukup air, ia boleh menyebabkan rumput di laman anda mati kerana sifat baja yang tidak terurai akan menyebabkan panas dan merosakkan akar rumput. Oleh itu, pilih baja untuk rumput dari jenis sederhana.
8. Lakukan aerotation pada kawasan yang berumput. Selain memberi faedah kepada kesihatan rumput, aerotation atau tujuan pengudaraan pada rumput dapat mengekal kelembapan kepada medium tanah di kawasan padang rumput.
9. Pilih tanaman dari jenis yang tidak memerlukan air yang banyak. Kebanyakkan tanaman tropika tidak memerlukan siraman yang kerap berbanding annual plant. Annual plant jika lambat sikit siram pun dah mula layu.
10. Langkah paling penting dalam menjimatkan penggunaan air di laman atau untuk tujuan berkebun, lakukan siraman di awal pagi dan lewat petang. Pokok atau tanaman dapat menyerap air dengan lebih cepat dan cukup untuk digunakan sepanjang hari.
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Beli rumah siap atau beli tanah lot, buat rumah design sendiri, mana lebih baik. Seringkali persoalan ini sering bermain difikiran mereka yang bercadang untuk memiliki kediaman sendiri.
Bingung memikirkan, apakah pilihan yang terbaik yang boleh dilakukan. Bimbang pula tersilap langkah, jadinya banyaklah ilmu selok belok membeli hartanah terus digali. Melalui perkongsian Burhan Yusuff Property lelaki ini berkongsi tip khas untuk anda yang masih berkira-kira sama ada ingin membeli rumah yang sudah siap dibina oleh pemaju atau membeli tanah lot, kemudian buat rumah sendiri. Moga bermanfaat.
Kredit foto: Pexels
Apakah pilihan terbaik antara beli rumah siap yang dibangunkan oleh pemaju atau beli tanah lot dan buat rumah sendiri atas tanah yang dibeli itu. Ramai yang menginginkan kediaman milik sendiri. Tak kan lah selama duduk di rumah sewa sahaja.
Mungkin anda sudah membuat tinjaaun di beberapa buah rumah dan lot tanah. Tengok harga rumah sekarang ini mencanak naik dari setahun ke setahun. Nak cari rumah yang harga bawah RM100 ribu memang susah.
Kebanyakan harga rumah sekarang RM200 – 300 ribu ke atas. Terlalu mahal bagi mereka yang bergaji RM3000 ke bawah. Ramai merasakan membeli rumah jauh lebih mahal. Bukan sebab itu sahaja,perkara lain yang perlu difikirkan ialah biasanya rumah yang dibeli daripada pihak pemaju perlu dibuat pengubahsuaian pada bahagian tertentu untuk memenuhi citarasa tersendiri.
Kredit foto: Pexels
Kebiasaannya renovasi dilakukan pada bahagian bilik, dapur atau meluaskan bahagian parkir depan rumah. Dan ini sudah tentu melibatkan kos mungkin beribu-ribu ringgit! Aksesori, pendawaian dan lampu-lampu semuanya memerlukan kos yang berasingan.
KENAPA NAK BINA RUMAH SENDIRI?
Memandangkan harga rumah siap dibina semakin mahal sekarang ni, pilihan yang ada ialah dengan beli tanah lot untuk didirikan rumah di atasnya. Dari segi keluasan pun aku rasa puas hati untuk buat rumah mengikut design sendiri. Lagipun, kos untuk membina sebuah rumah di atas tanah lot sendiri juga adalah jauh lebih murah berbanding dengan membeli sebuah rumah melalui pemaju.
1. Jangan terburu-buru untuk membeli tanah, pelajari dan bandingkan harga tanah tersebut dengan harga tanah yang lain.
2. Bandingkan harga dan ikut keluasan.
3. Cari tanah yang ada jiran dan telah membangun persekitarannya.
4. Cari tanah dengan posisi yang strategik seperti dekat dengan sekolah atau pasar dan di tepi jalan besar.
5. Semak dahulu geran dan tengok lokasi tanah. Pastikan nombor PT, lot dan lain-lain perkara pada geran sama dengan lokasi tanah.
6. Periksa kelengkapan geran tanah tersebut adakah ia milik perseorangan atau milik berkumpulan. Jika penama terlalu ramai, maka prosesnya mungkin rumit sedikit.
7. Semak kad pengenalan tuan tanah dan pastikan ianya sama seperti dalam geran.
8. Buat perjanjian jual beli dan pastikan matikan setem untuk menjaga kedua-dua pihak. Boleh ambil peguam untuk memudahkan urusan.
Kesimpulannya, buatlah pilihan yang terbaik. Hal ini kerana keputusan untuk membeli dan membina kediaman perlu dirancang dan dilakukan dengan sebaik mungkin.
Bilik mandi merupakan salah satu ruang yang amat penting bagi sesebuah kediaman dan perlu dititikberatkan. Jadi oleh itu, semua pemilik rumah wajib untuk mempunyai...