Setiap rumah pasti ada ruang menonton, pastinya kita inginkan ruang menonton yang selesa. Bagaimana nak kenal pasti ruang menonton yang selesa. Perkara yang perlu kita ambil tahu adalah set sofa yang kita nak duduk tu haruslah selesa dan boleh duduk lama. Pendek kata empuk.
Bukan set sofa sahaja penting dalam memiliki ruang menonton yang selesa untuk anda miliki. Jarak diantara sofa dan televisyen anda juga adalah perkara yang sangat penting dan ramai yang tak tahu macam mana kedudukan sofa dan televisyen yang tepat.
Jadi, anda perlu pastikan jarak tempat duduk anda dengan televisyen tidak terlalu dekat dan tidak terlampau jauh. Jarak sofa dan televisyen yang betul akan memberikan keselesaan kepada penonton dan tidak memberikan kesan sampingan yang lain seperti sakit mata atau lain-lain.
IKLAN
Di sini IMPIANA kumpulkan jarak sofa dan televisyen, sudut tontonan, ketinggian televisyen dan pencahayaan yang sesuai dengan rumah anda.
Jarak Sofa Dan TV Yang Selesa
Kebiasaannya, jika anda membeli TV tentu pengeluar akan sediakan manual dan mengesyorkan kepada anda jarak yang sesuai untuk menonton TV. Tetapi jika tidak ada, anda boleh gunakan cara ini untuk menentukan jarak tontonan TV anda!
Saiz skrin diagonal
Jarak sofa dan TV
26″
3’3″ – 6-6″ (1.0m – 2.0m)
32″
3’8″ – 7’6″ (1.1m – 2.3m)
37″
4’3″ – 8’5″ (1.3m -2.6m)
43″
5’3″ – 10’5″ (1.6m – 3.2m)
47″
5’9″ – 11’8″ (1.8m -3.6m)
51″
6’3″ – 12’5″ (1.9m -3.8m)
55″
6’9″ – 12’8″ (2.1m – 3.9m)
60″
7’5″ – 15′ (2.3m – 4.6m)
65+”
8’1″ – 16’2″ (2.5m – 4.9m)
IKLAN
Sudut Tontonan TV
Sudut tonton maksimum TV akan bergantung pada TV anda dan teknologi yang digunakannya sama ada LCD, LED atau pun plasma.
IKLAN
Kebanyakan skrin TV menawarkan sudut tontonan TV yang sangat lebar, kira-kira 160 darjah. Justeru, anda boleh melihat imej pada skrin TV dari hampir mana-mana arah sahaja di dalam bilik.
Tetapi untuk tontonan TV yang baik pastikan anda mendapatkan sudut tontonan 45 darjah dari tempat duduk yang anda letakkan.
Kredit: House Plans HelperKetinggian TelevisyenSecara amnya, ketinggian Televisyen hendaklah pada paras dengan garis penglihatan mereka yang menontonnya. Jadi tentukan di mana garis penglihatan anda ketika berada di atas sofa atau katil dan cari tempat yang sesuai untuk anda letakkan Televisyen, di mana bahagian tengahnya sejajar dengan mata anda.Selain itu, TV bersama bracket dengan pilihan putaran dan kecondongan juga adalah pilihan yang terbaik kerana ia dapat membantu untuk meletakkan Televisyen anda dalam kedudukan yang baik mengikut keselesaan anda.
Sesetengah Televisyen skrin flat telah disertakan lampu di sisi Televisyen yang memancarkan cahaya lembut pada sekeliling Televisyen. Ini kerana jika anda menonton Televisyen di dalam bilik gelap ia akan menyebabkan mata anda cepat letih. Jadi, jika Televisyen anda tidak mempunyai lampu ini, anda harus fikirkan cara untuk memancarkan cahaya lembut ke dinding pada belakang Televisyen dan ia akan mempunyai kesan yang sama iaitu menenangkan.
Tambahan lagi, skrin Televisyen tidak seharusnya menghadap tingkap kerana ia akan menyebabkan silau pada skrin. Sekiranya anda tidak dapat elakkan situasi tersebut disebabkan oleh ruang yang terhad, anda boleh pasangkan bidai atau langsir yang boleh menyerap cahaya secara langsung tetapi masih membiarkan sedikit cahaya masuk pada waktu siang supaya anda boleh menonton Televisyen dengan selesa.
Macam-macam hal dan perangai penyewa ni. Susah nak dapat penyewa yang betul-betul jaga rumah yang disewa macma rumah sendiri. Lebih pening apabila penyewa lari dengan tak berbayar tunggakkan sewa dan bil utility. Bila bekas penyewa meninggalkan rumah dengan bil utiliti tertunggak, tuan rumah lah jadi mangsa.
TNB telah memperkenalkan Skim Penukaran Penghuni Sementara untuk melindungi pemilik rumah dari masalah tersebut. Namun, sebelum ini penukaran nama tersebut perlu di lakukan secara menual. Namun, arus perubahan teknologi kini segalanya di hujung jari. Penukaran nama tersebut boleh dilakukan secara atas talian. Hazwan Abdullah berkongsi cara penukaran nama aats bil TNB secara atas talian. Memang mudah.
Cara tukar nama bil TNB dari owner lama ke owner baru secara online, hanya perlu IC copy sahaja.1. Register dulu dekat…
Kentang tak seperti bawang. Jika dimakan kentang yang bertunas atau berubah warna kehijauan, ia mengundang ancaman kepada kesihatan. Dr Suri Roowi berkongsi fakta saintifik mengenai isu ini. Untuk tahu lebih lanjut, boleh tonton video yang disediakan:
Ada atau tidak di kalangan anda mempunyai barangan elektrik yang telah rosak? Malah, pelbagai cara telah dilakukan namun punca masalah kerosakan masih belum diketahui dan tidak dapat di atasi.
Tahukah anda, sebenarnya berkemungkinan barangan elektrik di rumah anda tidak lagi dapat berfungsi dengan baik oleh hanya kerana masalah kecil seperti wayar putus. Jika wayar putus tersebut dibaiki, barangan elektrik anda masih lagi boleh diguna pakai dengan baik.
Jadi, bagaimana caranya untuk memeriksa wayar pada barangan elektrik anda sama ada putus atau tidak? Anda ingin mengetahui bagaimana caranya? Mari bersama IMPIANA belajar bagaimana cara untuk melakukannya!
Dalam episod Tip Impiana bersama Sis Letrik, kami tampilkan Cik Aqilah, pengasas dan pemilik Aiszzy Electronics Enterprise untuk berkongsi tip dan cara mudah untuk memeriksa wayar putus pada barangan elektrik di rumah anda dengan menggunakan satu peralatan elektrik iaitu Digital Multimeter.
Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana caranya untuk membaikinya, anda boleh tonton video penuh pautan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.