Ini 10 Ciri-Ciri Rekaan Dapur Yang Praktikal, Bukan Fikir Nak Cantik Je . Rekaan sesebuah dapur yang baik bukan lah semata-mata perlu kelihatan cantik, bersih dan rapi. Sebeanrnya, praktikal adalah menjdai keutamaan. Sebab itu lah, blueprint rekabentuk dapur mengikut ISO telah diperkenalkan sejak tahu 1970-an lagi. Ia bertujuan menyediakan sistem kerja yang berteraskan amalan pengurusan yang efektif.
Tambahan, nak dapur cantik dan praktikal, tak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Yang penting bijak. Dr. Azizul Azli Ahmad Pakar rekaan dalaman dan hartanah dari UiTM terut berkongsi tip rekabentuk dapur atau ciri-ciri yang perlu ada untuk sesebuah dapur. Bukan cantik je tau
1. Dapur yang baik jadikan isteri kita selesa dan masak dengan penuh kasih sayang. Resepi walau ‘campak campak’ boleh jadi sedap bukan kepalang.
2. Mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk kedapur kita, semakin banyak cahaya. Semakin luas rasanya.
3. Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar. Nyaman dan selesa waktu potong bawang.
Ads
Antara perkakas penting di dapur adalah tong sampah. Sebaiknya, elak menggunakan tong sampah jenis terbuka. Ia buakan sahaja menjejaskan aroma di dapur, malah menjadi penyumbang utama sebagai punca kehadiran si perosak seperti lipas dan tikus. Sebab itu, sebaiknya sediakan beaks tong sampah yang bertutup kedap macam ni. Klik link ni kalau nak beli terus https://invol.co/cl8xqqz
4. Lantai mengunakan jubin atau kayu yang tidak mudah licin dan tergelincir ketika basah. Mudah dicuci bila ada yang tumpah.
Ads
5. Jika tingkap tak cukup luas mesti ada serombong asap, jika tidak bau kari akan melekat hingga ke kusyen dan tv kita.
6. Beli alatan dapur yang kita guna bukan untuk bergaya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya didapur kita.
7. Pilihlah skima warna neutral kerana ia akan tahan lama menawan jiwa isteri kita. (Gambar)
Ads
8. Fahami prinsip golden triangle didapur antara sink, dapur memasak dan peti sejuk (Rujuk gambar) semua ini dalam kedudukan yang betul agar mudah kerja.
9. Pastikan kitchen top dari kekemasan yang keras dan tahan lama, banyak aktiviti lasak berlaku diatas permukaan kabinet ini.
10. Kita hanya perlukan satu dapur sahaja, jangan mengada nak ada dua. Dry kitchen bukan budaya kita. Dapur kita masak kari, sambal belacan, kemas bagi cantik tetap menawan lepas digunakan.
Kawan kawan,
Peruntukan sedikit bajet buat dapur bagi cantik dan selesa, disana kasih sayang bermula sebelum masuk perut kita. Kebahagian seorang isteri bila masuk kedapurnya yang selesa dan cantik berseri. Tahun baru 2022 ini, siapkan sebuah dapur buat keluarga tercinta. Ini 10 Ciri-Ciri Rekaan Dapur Yang Praktikal, Bukan Fikir Nak Cantik Je
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pilihan warna biru mampu serlahkan seri dapur. Dapur yang sempurna bak dalam Pinterest ini pastinya menjadi dambaan setiap kaum wanita. Ruang dapur cukup penting untuk sebuah rumah. Jika tidak mempunyai ruang dapur yang selesa minat memasak pun mula la berkurangan.
Kabinet warna biru? Cantik ke? Selalunya bila bercakap soal kabinet dapur warna kayu , putih, krim , hitam atau hijau menjadi pilihan. Bagaimana pula dengan biru? Tidakkan ia nampak janggal dan lucu? Tanggapan anda itu salah sebenarnya kerana pereka kini mereka bentuk dapur dengan pelbagai gaya dan mempunyai personaliti tersendiri. Dari reka bentuk tradisi ke moden, anda kini boleh menikmati sbuah dapur dengan warna biru yang cantik.
Selalunya kediaman moden yang ringkas lebih menarik dengan rona ini. Tetapi kini dengan kemasan matte , biru dilihat lebih cantik dan unik. Anda yang gemar aksesori putih sememangnya cukup cantik menikmati gaya seumpama ini. Malah biru juga sesuai bagi kediaman kecil .
Kini terdapat banyak aksesori dapur seperti pembancuh kek, peti sejuk dan spatula di sediakan dalam rona menarik seumpama ini. Inilah masa anda mencuba sesuatu yang baru dan menyegarkan. Simple-simple je di IMPIANA…
Tanam kangkung guna kaedah hidroponik, modal RM17 sahaja. Laman rumah sempit atau sudah habis ‘disimen’ bukan alasan lagi untuk tidak bercucuk tanam. Sayur-sayuran sebenarnya boleh ditanam dengan kaedah hidroponik.
Kangkung misalnya, jika beli di pasar, boleh tahan juga harganya. Jadi, tidak salah untuk kita menanam sendiri sahaja sayur-sayuran di rumah. Kaedah hidroponik ini bukan sahaja mudah tetapi juga menjimatkan.
Pengalaman saya sebagai penanam sayuran hidroponik, kedengaran mengatakan hidroponik kos adalah tinggi/mahal. Kebiasaannya apa-apa yang melibatkan kos yang tinggi kita jarang sangat hendak ambil peduli dan cakna untuk mengusahakan sesuatu.
Hari ni saya cuba bantu tuan/puan bagaimana nak bermula hidroponik dengan kos yang sangat-sangat berpatutan untuk menanam sayuran terutamanya kangkung.
Di bawah ini adalah bahan-bahan diperlukan untuk menanam kangkung menggunakan kaedah hidroponik.
1. Baja A/B 500 ml: RM10
2. Benih kangkung Eco: RM2
3. Span akuarium: RM5
4. Air hujan
5. Bekas sabun
6. Cup minuman
Tanpa kita sedar, banyak barang yang boleh dikitar semula (recyle) tapi kita yang terlepas pandang sehingga anggap ia barang yang tidak berguna.
1. Usia baru seminggu selepas tanam.
2. Usia tiga minggu selepas tanam.
3. Potong bahagian atas dan akan tumbuh semula. Jimat benih dan tak perlu semai kembali. Boleh tuai empat kali selagi masih tumbuh! Jimat bukan?
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.