“Makeover” Sendiri Dapur Sempit 105sqft. Umum tahu, dapur rumah flat memang kecil. Fizikal ini membataskan pergerakkan dan menghad perletakkan barang. Jadi, penyelesaian terbaik untuk memastikan ruang sempit tersebut digunakan secara optimum, sebuah pelan dan perancangan induk perlu di kenalpasti terlebih dulu. Kalau tak, dapur yang sempit boleh jadi macam stor.
Melihat perkongsian Fezzi Ferrara Ibrahim di laman Facebook, Impiana tertarik melihat bagaimana pemilik menghias dapur yang berkeluasan 105sqft sendiri tanpa perlu melantik kontaktor. Hampir kesemua perabut dan hiasan yang digunakan dibeli dari Ikea dengan peruntukkan RM 9k-10K. Dengar macam banyak kan? tapi tidaklah segalanya dibeli serentak. Fezzi beli secara berperingkat dan 3 bulan diperuntukkan untuk menyiapkan keseluruhan dapur.
Sebelum sebarang kemajuan perubahan dapur di lakukan, Fezzi telah melakukan beberapa kali rujukan. Kata pemilik, “Sebenarnya saya seminggu 4 hari saya ke ikea mencari ilham dan blajar jenis barang yang diperlukan. Selain itu juga, saya sering bertanya pekerja disana apa barang-barang yang diperlukan, harga dan sebagainya. Alhamdulila bila saya sudah paham, memudahkan saya untuk membuat sesuatu mengikut selera dan idaman mengikut kemampuan saya”
Cabaran dan dugaan utama yang di hidapi oleh Fezzi dalam menyiapkan projek dapurnya adalah kewangan. Selain itu juga, kabinet dapur yang telah dipasang perlu di buka semula dan dipasang balik mengikut kesesuian yang sepatutnya. Dari gambar make-over yang dilakukan pun jelas kelihatan, kabinet dapur di bahagian atas telah berubaha kedudukan
Ads
Untuk pemilihan cat pula, Fiezzi telah menggunkan dua ton cat iaitu Soplicated blue (biru gelap) dan Evening Light (grey). Pemilihan rona tersebut jelas menonjolkan keseluruhan konsep menjadi moden dan minimalis.
Secara peribadi saya tak suka beli sesuatu yang tidak perlu contohnya bekas makanan yang banyak dan benda-benda tak penting. Saya kena terima kenyataan bahawa keluasan dapur yang terhad. Tip utama, ukur dan pastikan kb yg kita impikan bersesuaian dengan keluasan dapur
Biasanya jika kita cerita tentang deko kediaman, kebanyakkannya adalah rumah orang yang telah berkeluarga dan rata-rata nya kaum wanita. Kalau orang yang masih bujang, lelaki pula tu, memang jarang sekali. Mungkin bagi mereka tidak perlulah bersungguh sangat nak menghias, tunggu nanti dah beristeri baru fikir. Tapi tidak bagi pemilik akaun fb, EeMy Ismail yang baru sahaja 9 bulan menyewa rumah bujang nya di Flat Perumahan Jalan Kasawari, Larkin.
Dengan ukuran lebih kurang 650 kaki persegi, rumah ini dilengkapi dengan 3 buah bilik dan 2 buah tandas. Warna hitam, putih dan kelabu gelap menjadi pilihan pemilik, sesuai dengan status bujang yang sentiasa mahu nampak ranggi dan moden. Berbekalkan idea dan ilham dari grup-grup deko di fb, Encik Eemy membeli barangan dan perabot secara berperingkat di IKEA, Kaison serta SSF di sekitar Johor. Minat menghias rumah dipupuk bermula apabila sering menemani ibunya membeli barangan rumah.
Jom kita scroll ke bawah untuk lihat tempat tinggal pemuda ini yang mampu menepis persepsi orang ramai tentang rumah bujang. Selamat menghias!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak kira apa juga ruang, ia perlu diberi suntikan yang sewajarnya agar ruang tersebut mampu memberi satu pesona dan aura yang positif kepada kita. Pun begitu ramai di kalangan kita masih lagi mempunyai masalah memilih warna. Benar ia bukan satu kerja mudah. Namun kita boleh melihat contoh-contoh yang berjaya pada kediaman seperti dalam paparan majalah. Ramai juga yang takut berain warna dan lebih selesa memilih hitam. Warna umpama musuh yang ada di dalam sanubari mereka berdasarkan pengalaman lalu. Ada juga lebih selesa memilih warna selamat, jadi tidaklah perlu kita bereksperimen dan sudahnya kediaman kita menjadi tidak keruan.
Benar, iklan pada produk cat sememangnya hebat dan dari pandangan mata, kita akan lekas terpesona denan warna yang paling menyerlah di dalam carta tersebut. Ia begitu terang dan cantik di pandang berbanding pilihan warna pastel atau jenis yang lebih pudar. Malah kemasan kilau berkilau juga menjadi pilihan berbanding pilihan matte yang dirasakan jauh lebih glamor. Adakah pendapat ini benar ? Adakah warna-warna menjerit ini sesuai untuk sebuah kediaman kecil dan dilengkapkan dengan perabot kayu yang selalunya berwarna hitam? Manakala kemasan matte membenarkan warna dinikmati secara keseluruhannta tanpa ada tompok kilauan cahaya.
Warna merupakan salah satu faktor yang menjadikan ruang kediaman kita lebih hidup dan tidak nampak membosankan. Selalunya kita lebih selesa memilh hitam kerana mahu menyorokkan kesan kotoran. Adakah kita selesa hidup dalam ruang yang jelas kotor biar tidak kelihatan nodanya ? Apakah ruang kediaman akan nampak luas, selesa dan santai denan rona hitam yang mendominasi ruang bersama pilihan warna terang yang keterlaluan ini?
Kini selain daripada warna cool neutral seperti putih asli, kebiruan, kelabu samar, pereka juga syorkan warna warm neutral yang lebiih mudah untuuk kita suai padankan. Namun masih ramai yang memilih rona gelap sebagai latar kediaman kecil. Jika mahu sangat perabot gelap, padankan sahaja dengan rona pastel yang lebih menarik dan tidak keterlaluan warnanya. Ruang lebih selesa dilihat dan lebih luas. Tidak salah anda memilih wana yang lebih terang tetapi cukup untuk sebuah feature wall. Bukan sampai satu rumah.
Di samping memilih warna yang lebih selamat, anda seenarnya berpelang menggantikan apa juga warna pilihan anda dengan mudah berdasarkan kemasan lembut seperti langsir , kusyen dan sebagainya. Jadi tidaklah membosankan kediaman anda dengan saban tahun dikenakan dengan warna yang sama. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Suasana hijau di sudut kediaman sememangnya memberi terapi kepada kita. Jika dahulu disempurnakan dengan kolekksi pokok-pokok berdaun yang menyegarkan. Suasana kediaman tampil cantik dan damai dengan kehadiran pokok-pokok hiasan ini. Sederas masa berlalu, elemen tropika masih digilai ramai namun bukan semua yang mempunyai masa untuk membelek daun-daun ini yang sangat memerlkan penjagaan rapi.
Kertas dinding indah dengan pesona corak dedaun menghidupkan lagi tema nusantara, tropika atau pun gaya kontemporari.
Malah anda boleh memilih corak ini pada langsir bagi menyerikan suasana terutama jika anda memilih rona coklat sebagai warna dinding atau perabot kayu.
Dibingkai pun sudah memadai jika tidak mahu keterlaluan atau didominasi oleh corak seumpama ini.
Gaya moden kontempoari tidak pernah mengecewakan.
Pereka tampilkan kembali idea hiasan corak dedaun tropika yang pernah menjadi buah mulut di dalam siri sitcom era 90an dahulu. Corak yang melambangkan suasana percutian, santai, damai dan ranggi . Rona hijau juga membantu menyerlahkan suasana ruang. Corak ini bukan hanya di datangkan dalam kertas dinding, malah dicetak pada kemasan lembut. Jadi anda boleh memilih dimana anda ingin abadikan corak ini.
Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.