Idea Makeover Pagar Besi Corak Chevron Guna Aluminium Composite Panel (ACP). Memang unik dan kreatif idea makeover pagar besi standard yang pemaju sediakan, dan dah berkarat ini, menjadi seperti ‘pagar baru’ dan mewah apabila menggunakan Aluminium Composite Panel (ACP) dengan corak chevron.
Semuanya pemilik kediaman lakukan sendiri, tak perlu membazir beli pagar yang baru pun. Lebih jimat malah cantik hasilnya. Malah kediaman juga mempunyai privasi tersendiri.
Potong ACP lebih mudah dan kemas guna grinder mata besi. Gunakan self tapping screw.
ACP boleh tahan berat jika panjang sekeping macam polycarbonate. ACP ni dia tak ringan sangat sehingga pagar senang terbuai angin biasa tetapi cukup ringan supaya bracket besi tak turun melendut disebabkan keberatan.
Sebelum
Ads
Selepas
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Jadi buat yang inginkan privasi pada kediaman, boleh makeover begini pada pagar besi standard di rumah, tak perlu tukar pagar yang baru pun. Guna Aluminium Composite Panel dengan corak chevron, lebih jimat dan cantik hasilnya nanti.
Sabut kelapa, sering kali dianggap sebagai bahan buangan, sebenarnya berguna dalam dunia pertanian dan berkebun.
Dengan menggunakan sabut kelapa sebagai batas tanaman, kita bukan sahaja dapat mengurangkan sisa buangan, tetapi juga dapat meningkatkan kesuburan tanah dan pertumbuhan pokok.
Idea yang dipraktikkan Syuhadah Zahari memang menarik dan boleh diguna pakai terutama jika kediaman punya laman luas.
Ujar beliau bermula dari tanah kosong hanya tumbuh rumput dia mengambil keputusan menanam pelbagai sayuran yang disukai selain menggunakan semula bahan terpakai.
Daripada tanah lapang ni kosong, hanya tumbuh rumput. Lebih baik usahakan tanam pelbagai sayur yang kita suka makan. Dapat meluangkan masa yang ada dengan aktiviti yang bermanfaat. Sambil keluarkan peluh dapatlah kutip hasil tanaman.
Dah tanam, dapat lah kurangkan kos dapur beli sayur. Gunakan tanah dan ruang yang ada.
Batas ini diisi dengan tanah hitam sawit, dicampur dengan tanah asal.
Kemudian ratakan dengan daun buluh yang diperoleh belakang rumah saja. Boleh kumpul untuk buat kompos, bila dah reput gembur sekali dengan tanah.
Pokok ulam raja, biarkan dia berbunga supaya tumbuh anak pokok yang baru.
‘Chenta Hati Garden’ Lambang Cinta Laman Rumah Berkonsep English Mix & Match. Siapa sangka rumah jenis semi D dua tingkat ini mampu mewujudkan landskap laman yang cantik berkonsep Inggeris dengan gandingan suai padan (English Mix & Match).
Istimewanya, pemilik Shahrul Ikram Ismail menamakan laman indah tersebut ‘Chenta Hati Garden’, sebagai lambang cinta pada laman rumahnya.
Lebih menarik, laman berkeluasan 1,000 kaki persegi ini hanya dihias sendiri oleh pemilik mengikut citarasa dan kreativiti sendiri tanpa melantik pereka landskap profesional. Proses membina elemen seperti kolam, pergola, patio serta rumah burung pula dijalankan secara berperingkat dalam tempoh 7 tahun dengan anggaran kos RM35,000.
Setiap pemilik landskap kediaman mempunyai keutamaan yang tersendiri apabila menghias laman. Bagi pemilik laman seharusnya mempunyai fungsi tersendiri, pengaliran udara, cahaya dan ruang serta pokok-pokok yang mudah dijaga.
“Keutamaan diberikan kepada fungsi dan estetika. pertimbangan utama adalah pengaliran udara, cahaya, ruang dan pemilihan pokok-pokok tanaman ‘low maintenance’ serta keselesaan ruang santai tempat duduk,” jelas Shahrul.
Ini jelas dapat diperhatikan apabila tanam-tanaman dan pokok-pokok cukup subur, mendapat pencahayaan dan pengudaraan secukupnya. Begitu juga susun atur perletakan patio, meja taman dan kolam air yang sempurna memenuhi ruang laman.
Dari segi jenis-jenis tanaman yang mudah dijaga dan tahan panas, tidak hairanlah pemilik memilih pokok antaranya seperti Bunga Kertas (bougainvillea), bonsai, sepit ketam (Heliconia) dan Bromeliad sebagai penyeri landskap laman.
Laman rumah merupakan definisi karakter bagi pemilik kediaman. Laman yang indah dikelilingi pepohon hijau, unggas berterbangan disamping percikan air di kolam pastinya mencetus ketenangan buat pemilik sekeluarga. Jadi tidak hairanlah kawasan patio atau anjung di tepi rumah menjadi tempat kegemaran pemilik sekeluarga untuk meluangkan masa santai bersama.
“Kawasan patio/ anjung tepi rumah merupakan ‘favorite spot’ kami. Kami sekeluarga boleh menikmati suasana teduh sejuk, privasi dan santai untuk membaca dan minum petang,”
“Landskap laman adalah citarasa kepuasan pemilik yang melibatkan aspek visual serta sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan rakan serta dijadikan tempat menarik untuk OOTD,” ujar Shahrul.
Bercerita mengenai perancangan masa hadapan untuk konsep atau renovasi taman landskap rumah ini, pemilik secara ringkas merancang untuk membina sebuah gazebo bercirikan ‘English Garden’ pada masa akan datang.
Nama Pemilik: Shahrul Ikram bin Ismail Jenis Kediaman: Semi D Dua Tingkat Usia Taman Landskap: 7 tahun Keluasan Taman Landskap: 1,000 kps Spesifikasi Ruang Landskap:
Kolam Ikan, Water Feature, Rumah Burung, Meja Taman/ Edible Garden, Ruang BBQ Konsep Landskap: English Mix & Match Anggaran Kos: RM35,000
IMPIANA doakan semoga segala perancangan untuk menambah baik laman dipermudahkan dan dapat direalisasikan pada masa hadapan. Semoga landskap laman berkonsep ‘English Mix & Match’ ini menjadi inspirasi buat pencinta laman yang lain.
Menanam cendawan kukur atau cendawan kukur kering di rumah semakin popular di kalangan penggemar tanaman organik.
Mungkin ada yang tak tahu, cendawan kukur ini sebenarnya kita boleh tanam sendiri. Tujuh hingga lapan hari sudah boleh kutip hasil. Beli saja bongkah dengan benih cendawan di kedai atas talian kemudian tanamlah mengikut langkah seperti yang dikongsikan oleh Ahmad Fadhirul Fitri ini.
1. Beli bongkah benih cendawan kukur ini di kedai atas talian.
2. Bila SUdah terima bongkah, toreh plastik bongkah dengan pisau tajam secara menegak. Buatlah 4-5 torehan di sekeliling bongkah. Nanti cendawan akan keluar di bahagian yang ditoreh.
3. Letak bongkah ini di kawasan redup. Jangan bagi kena cahaya matahari secara terus. Boleh gantung pada dahan pokok mangga kemudian letak di beranda/balkoni juga.
4. Siram pagi dan petang.
5. Hari ke 7 atau 8 sudah boleh tuai. Boleh buat masak lemak atau goreng.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.