Bintang Kecil Mini Fest, lebih 2,000 kanak-kanak berkumpul di Plaza Masalam. Program Bintang Kecil Mini Fest 2023 yang dinanti-nantikan telah berlangsung di Plaza Masalam, Shah Alam pada 19 hingga 20 Ogos yang lalu seiring dengan sambutan bulan kemerdekaan.

Hari pertama telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan lebih daripada 2,000 kanak-kanak dan ibu bapa yang telah memberikan seribu kegembiraan dan
kenangan yang tidak akan dilupakan.

Bintang Kecil Mini Fest ialah inisiatif di bawah portal digital “Bintang Kecil,” yang bernaung di bawah Nu Ideaktiv Sdn Bhd. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, dan disaksikan oleh Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Malaysia, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dan Dato’ Sri Meer Habib, Pengarah Hal Ehwal Evergreen Venues Sdn Bhd.

Bintang Kecil Mini Fest, Lebih 2,000 Kanak-kanak Berkumpul Di Plaza Masalam

Program bermanfaat yang mengagumkan ini dikuasakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Karihome, dan Plaza Shah Alam. Program ini bertujuan untuk menanamkan keyakinan diri dan kemahiran sosial kanak-kanak dengan menyediakan platform bagi mereka ini untuk berinteraksi dengan rakan sebaya dan melibatkan diri dalam aktiviti
berkumpulan.

Bintang Kecil Mini Fest menggalakkan kerjasama dan semangat berpasukan, menonjolkan bakat kemahiran yang penting untuk kejayaan pada masa depan. Sementara itu, ibu bapa yang terlibat sama di dalam aktiviti bersama anak-anak mereka, akan dapat
membina ikatan yang lebih kuat dengan anak-anak dan dapat melihat perkembangan sosial
mereka.

Program ini tidak hanya memberi faedah kepada individu yang terlibat tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan dan kesepaduan komuniti secara
keseluruhannya. Suasana meriah dan bertenaga turut dirasai oleh seisi keluarga dengan acara perarakan mega oleh pelbagai unit badan beruniform.

Perarakan menampilkan 350 murid dari empat buah sekolah terpilih iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Jawa, SK Bandar Anggerik, SK Seksyen 9 Shah Alam, dan SK Kepong diiringi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk persembahan haka dan pertandingan Dewi Cilik.

Bintang Kecil Mini Fest, Lebih 2,000 Kanak-kanak Berkumpul Di Plaza Masalam

 

IKLAN

Bintang Kecil Mini Fest, Lebih 2,000 Kanak-kanak Berkumpul Di Plaza Masalam

Angkasawan Malaysia Dato’ Dr. Sheikh Muzaphar Shukor turut berkongsi mengenai petua
untuk berjaya di alam persekolah dan kehidupan. Di dalam ucapan beliau yang penuh
inspirasi, beliau menekankan kepentingan menetapkan matlamat yang jelas dan mengekalkan rasa tekad yang kuat.

Selain itu, beliau turut berkongsi akan kepentingan mempunyai minda
untuk berkembang maju, menerima cabaran, dan mencari peluang untuk pembelajaran
berterusan.

Kehadiran selebriti terkenal seperti Mark Adam, Yana Samsudin, Shaza Bae, dan ramai lagi
menambahkan lagi kemeriahan dan menjadi daya tarikan suasana Bintang Kecil Mini Fest.
Penglibatan dan interaksi di antara selebriti dan penonton mencipta detik-detik yang tidak
dapat dilupakan dan akan diingati oleh semua yang hadir pada program tersebut.

Sementara itu, Fiza Frizzy selaku pengacara majlis memberikan aksi semangat yang bertenaga dan dapat mengekalkan suasana meriah sepanjang program berlangsung.

Sorotan aktiviti:

IKLAN
  • Perarakan Mega: Ia adalah gabungan simfoni ketawa, perpaduan dan tenaga muda dengan diiringi oleh pancaragam. Perarakan unit badan beruniform ini membuktikan ianya bukan sekadar minat atau hobi; malah ia adalah sebuah perjalanan untuk mengenali diri, semangat setia kawan dan komited menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.
  • Persembahan Haka: Persembahan haka yang luar biasa menggambarkan kekuatan bersatu di antara kanak-kanak yang berbilang, memperlihatkan kekuatan bekerjasama dalam kumpulan dan berkeyakinan dalam mengatasi cabaran bersama. Gerakan dan suara yang selaras melambangkan kekuatan persatuan, mencipta simfoni keberanian dan persahabatan yang mengagumkan.
  • Dewi Cilik: Pertandingan ratu cantik untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Dewi Cilik direka untuk menjadi platform yang selamat bagi kanak-kanak untuk menonjolkan bakat, meningkatkan keyakinan diri dan membentuk personaliti dirimereka. Program ini adalah peluang keemasan bagi kanak-kanak yang berminat di dalam fesyen, solekan, fotografi, suka bergiat aktif dan berseronok.
  • BK Mewarna Merdeka X Simpan SSPN: Pertandingan mewarna sempena Bulan
    Kemerdekaan ini bagi meraikan dan melibatkan kanak-kanak dalam semangat
    patriotisme dan kreativiti. Setiap peserta dapat membuka akaun simpanan SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) secara percuma. Manakala, juara pertandingan mewarna membawa pulang RM300 berserta hamper, ganjaran istimewa ini bukan sahaja untuk meraikan bakat seni kanak-kanak malah membantu menjamin masa depan pendidikan yang lebih cerah.

Bintang Kecil Mini Fest, Lebih 2,000 Kanak-kanak Berkumpul Di Plaza Masalam

 

Bintang Kecil Mini Fest, Lebih 2,000 Kanak-kanak Berkumpul Di Plaza Masalam

 

Bintang Kecil Mini Fest, Lebih 2,000 Kanak-kanak Berkumpul Di Plaza Masalam

IKLAN

• BK Fantastic X Karihome: Program ini direka khas untuk mengetengahkan dan
meraikan kepelbagaian bakat dan kebolehan kanak-kanak. Peserta program ini
berumur antara 6 dan 12 tahun, dan mereka perlu mempamerkan kemahiran dan
minat mereka dalam pelbagai bidang seperti nyanyian, tarian, lakonan, debat, sukan, bercerita dan banyak lagi.

Pertandingan ini menyediakan platform kepada individu muda untuk mendapatkan keyakinan, menyatakan diri mereka, dan menerima pengiktirafan untuk bakat mereka. Keluarga yang hadir juga menikmati pameran haiwan peliharaan oleh Farm in the City, Pool Kidz Playground, Zumba, sesi cabutan bertuah dan banyak lagi!

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

Bintang Kecil Mini Fest, Lebih 2,000 Kanak-kanak Berkumpul Di Plaza Masalam

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI