Mungkin ada segelintir dikalangan anda yang masih belum mengenali dengan jenama Epitex, untuk maklumat anda ia adalah salah satu jenama barangan kelengkapan rumah antarabangsa keluaran daripada negara Singapura.
Setelah lebih 26 tahun berada di pasaran Singapura, jenama Epitex International ini tidak dapat disangkalkan lagi ia adalah merupakan salah satu jenama barangan kelengkapan rumah yang dipercayai ramai di negara jiran dan antarabangsa.
Bagi mahu memperluaskan lagi pasaran jenama Epitex, kini telah mula mengorak langkah untuk memasuki pasaran di Malaysia. Epitex kini sudah berada di pasaran Malaysia dengan membuka cawangan kedai mereka yang pertama di Pusat Membeli-belah Pavilion, Bukit Jalil pada tahun lalu dan seterusnya di IOI City Mall, Putrajaya, pada Julai lalu.
Mahir dalam penghasilan fabrik kain sarung cadar katil dan tuala mandian yang berkualiti tinggi serta tahan lasak, Epitex telah menjadi jenama yang dipercayai ramai menerusi rangkaian barangan kelengkapan rumah yang bermutu tinggi.
Ads
Selain itu, Epitex juga turut mempunyai pelbagai barangan aksesori rumah seperti lilin wangian, bantal, selimut dan lain-lain.
Ads
Jadi, tunggu apa lagi? Segera berkunjung di cawangan kedai Epitex untuk rasai sendiri pengalaman rangkaian produk barangan kelengkapan rumah jenama Epitex hari ini.
Untuk info dan maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang di https://my.epitexhome.com atau hubungi di talian +603-8074-7253.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
DIY backsplash 3D sticker, kena tahu cara pasang supaya dinding tak rosak. Pemilihan backsplash dinding kabinet memberikan impak besar bagi rekaan dapur sesebuah kediaman. Fungsi utama backsplash ialah sebagai pelindung dinding daripada terkena kesan kotoran masakan selain menjadikan dinding anda lebih tahan lama.
Kemasan pada dinding iaitu backsplash mampu menaikkan seri kediaman anda. Bagi mereka yang masih kekurangan bajet untuk memasang jubin backsplash, ada cara murah dan lebih jimat untuk anda lakukan. Sempatlah anda menabung untuk jubinbacksplash yang lebih berkualiti.
“Sementara tunggu backsplash idaman, kita pakai diy punya dulu. 3D sticker, kos RM40.00.
NOTA: Lapik dengan plastik sebagai alas. Elakkan daripada melekatkan sticker secara terus pada dinding. Ia bagi memudahkan kerja-kerja ‘mencabut’ semula sticker apabila ingin memasak backsplash yang kekal.
SEBELUM STICKER 3D BACKSPLASH DIPASANG
SELEPASSTICKER 3D BACKSPLASH DIPASANG
Jika anda bercadang untuk menambah baik atau mengubahsuai dapur anda, dikongsikan beberapa jenis bahan yang sesuai untuk dijadikan backsplash dengan menilai faktor-faktor berikut:
1.KOS
Adakah bahan itu mampu milik dari segi kos pemasangan dan kos penyelenggaraan
2.GAYA
Sama ada ia adalah satu gaya yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman atau tidak bersesuaian dengan konsep
3.KETAHANAN
Memastikan bahan yang dipilih berbaloi dengan nilai yang dibayar dari segi ketahanan untuk jangka masa yang panjang
Jangan pula kita lupa bahawa backsplash bukan hanya sekadar elemen dekoratif di dapur tetapi juga merupakan sesuatu yang mempunyai fungsi pelindung. Jadi kita juga perlu menilai backsplash dari aspek functionality.
Sama ada material yang dipilih dapat mejalankan tugas menghalang air dari terpercik ke dinding dengan baik ataupun tidak. Keperluan setiap orang juga adalah berbeza-beza jadi ikutlah kesesuaian dan kemampuan masing-masing ya!
Ini 4 material pilihan untuk backsplash:
Kaca
Material kaca sesuai digunakan untuk dapur yang berkonsepkan minimalis dan moden. Material kaca mudah dibersihkan selain buat dapur anda nampak lebih clean dan elegant . Sifat reflektif kaca juga dapat memberikan efek luas pada dapur yang kecil. Penggunaan material kaca harus sering dibersihkan agar kaca backsplash tetap terjaga rapi dan tidak dikotori kesan minyak atau makanan.
Batu Marmar (Marble)
Marmar adalah antara material pilihan popular untuk backsplash. Selain mudah dibersihkan material ini juga menciptakan aura elegan dan mewah. Marmar juga sangat keras dan tidak mudah pecah menjadikannya antara bahan yang bagus untuk jangka masa panjang. Selain untuk dinding anda juga boleh gunakan marmar untuk material counter top anda.
Besi Tahan Karat (Stainless Steel)
Stainless steel merupakan material anti-karat yang mudah dibersihkan. Kotoran hanya perlu dilap dengan kain lembap tanpa perlu bersusah payah. Material stainless steel sesuai untuk dapur yang bertema industrial dan moden. Stainless steel sebagai backsplash juga sering digunakan di dapur-dapur profesional seperti hotel atau restoran.
Jubin Seramik atau Porselin
Material paling common yang kita lihat untuk backsplash ini menjadi pilihan ramai kerana ia amat versatail dan mudah disesuaikan denagn konsep mengikut kehendak pemilik. Dan dari aspek kos pula, harganya berubah ubah bergantung pada saiz, ketebalan dan bentuk yang anda pilih. Tetapi jangan risau, terdapat ribuan pilihan jubin yang sesuai dijadikan lapisan pada dinding, anda hanya perlu pilih yang kena denga bajet dan gaya sahaja.
Almari pakaian sentiasa kemas dan rapi, ada cara dan ‘tertib’ yang kita kena buat. Almari pakaian adalah salah satu keperluan utama dalam sesebuah kediaman. Memilikinya mudah, tetapi untuk menjaganya amat susah terutamanya golongan berkerjaya.
Rimas juga jika setiap hari perlu melihat almari pakaian yang berselerak dan menyusahkan anda untuk memilih pakaian yang dimahukan.
Berikut cara menguruskan almari pakaian agar sentiasa kemas dan tersusun:
GUNAKAN PENYANGKUT PAKAIAN YANG SAMA
Jadikan sebagai tanggungjawab anda untuk memastikan penyangkut yang digunakan adalah sama daripada segi warna, jenis, bentuk dan susunan kepalanya agar ia kelihatan seragam dan sedap mata memandang.
PASTIKAN SEMUA PAKAIAN DIGANTUNG MENGHADAP ARAH YANG SAMA
Demi memastikan almarikelihatan lebih tersusun, pastikan tag, saiz, butang mahupun leher kolar pakaian anda menghadap arah yang sama. Ia juga akan memudahkan anda untuk memilih dan mencapai pakaian yang ingin dipakai setiap hari.
ASINGKAN PAKAIAN MENGIKUT KOD WARNA
Cipta satu kaedah yang boleh memudahkan anda untuk melihat pilihan warna pakaian yang anda miliki. Cara ini juga dapat mempercepatkan proses suai dan padan dalam memilih konsep pakaian harian.
SEDIAKAN RUANG UNTUK AKSESORI
Aksessori seperti tali pinggang, tas tangan, tali leher dan sebagainya hendaklah diasingkan di satu ruang mengikut kategori dan mudah untuk dijumpai. Gantung tali pinggang pada cangkuk dan susun tas tangan pada rak asing.
SUSUN BAJU DENGAN RAPI
Pelbagai tip melipat baju dengan kemas boleh didapati di internet. Oleh itu, lipat dan susun baju menghadap bahagian yang terlipat untuk memudahkan anda mengeluarkannya daripada laci pakaian kelak. Pastikan juga semuanya tersusun mengikut kod warna. Ini dapat menjimatkan ruang dan juga masa anda dalam proses memilih pakaian.
CIPTA SATU SUDUT UNTUK CAPAI DAN GERAK
Sudut capai dan gerak adalah untuk barang keperluan asas yang anda akan gunakan setiap hari. Contoh termudah untuk wanita ialah peralatan solekan.
DIY pagar daripada cement board, jimat banyak banding upah tukang. Tidak dapat dinafikan, pagar menjadi elemen utama sebagai menjaga privasi pemilik sesebuah kediaman.
Seperti yang kita sedia maklum, pagar dijadikan sebagai halangan bagi mengelakkan pandangan orang luar. Secara tidak langsung, apabila pagar yang dibina untuk lebih privasi maka pemilik kediaman terutamanya wanita bebas melakukan aktiviti luar tanpa rasa diperhatikan.
Melalui perkongsian Nazziatul Nahira wanita ini berkongsi cara untuk DIY pagar privasi menggunakan cement board. Pagar daripada material ini juga bukan sahaja hanya berfungsi sebagai penghalang semata-mata tetapi dalam masa yang sama mencantikan pagar rumah.
CARA UNTUK DIY PROJEK PEMASANGAN PAGAR PRIVASI DARIPADA CEMENT BOARD:
Bagi yang hendak buat projek diy macam ini, kosnya mengikut keluasan rumah. Kos untuk rumah saya adalah seperti berikut:
Cement board: RM300 (5 keping besar)
Skru (stain steel) – RM170 (kalau low budget guna skru biasa pun boleh cuma lama-lama akan ada kesan karat
Cat Jotun (wheater shield) 2 tong(5 liter) – RM440 (nak guna cat biasa nanti cepat berlumut)
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...