Dapur konsep modern farmhouse, hadiah hari jadi ke 51. Saat paling menggembirakan buat Ainorwati Hussain ialah apabila suami tercinta menghadiahkan dapur impiannya yang berkonsepkan modern farmhouse.
Cetusan idea untuk dapur yang menjadi impian Ainorwati ini direalisasikan oleh Interior Design (ID) dari Skuad Dekorasi. Percambahan kreativiti antara pemilik kediaman dengan pihak ID menjadikan dapur berkonsepkan modern farmhouse yang diimpikan oleh Ainorwati menjadi kenyataan.
Pemilik kediaman mula berpindah pada 2019. Dengan keluasan tanah (land area) 40 X 80 serta luas kediaman 30 X 70 (build up), rumah berkembar dua tingkat ini cukup selesa. Kawasan kejiranan yang serba harmoni ini menjanjikan persekitara yang menyenangkan.
Ketika mula-mula berpindah, pemilik kediaman tidak melakukan sebarang renovasi untuk ruang dapur yang keluasannya agak terhad. Hanya pada tahun 2023, pemilik kediaman mengambil keputusan untuk melakukan renovasi serta ‘extend’ ruang dapur supaya lebih luas dan selesa.
Alang-alang hendak buat dan ‘extend’ dapur baru, inilah masanya untuk merealisasikan dapur impian Ainorwati yang selama ini menjadi igauan. Mengambil masa lebih kurang tiga bulan, dapur impian Ainorwati menjadi kenyataan.
Menurut Norbaya Ismail dari Skuad Dekorasi, tiada yang lebih menggembirakan beliau dan Skuad Dekorasi selain dapat melihat senyuman yang terpamer pada wajah klien. Dapur berkonsepkan modern farmhouse seperti yang diinginkan oleh klien berjaya diterjemahkan dengan hasil yang padu.
Ciri-ciri cozy, contemporary, clean, simple, rustic selain keselesaan merupakan antara ‘mood’ dapur berkonsepkan modern farmhouse. White, off white dan white grey dan beige merupakan warna asas untuk dapur bertemakan farmhouse.
“Untuk dapur Ainorwati, beliau memilih rona ‘baby blue’ untuk dapur idamannya memandangkan warna tersebut merupakan warna kegemarannya. Warna ini menaikkan seri konsep dapur yang berkonsepkan modern farmhouse.
“Material yang digunakan pula ialah daripada solid wood with shaker cabinet. Sliding band door antara elemen yang wajib ada bagi mendapatkan farmhouse ‘look.’ Ia juga berfungsi untuk menjimatkan ruang dan senang digunakan. Sliding barn door juga sangat sesuai untuk pintu pantry dan juga ruang laundry,” terang Norbaya.
Berikut dikongsikan info-info lain berkaitan dengan dapur berkonsepkan modern farmhouse milik Ainorwati:
*Warna ‘baby blue’ menjadi latar utama. Pintu kabinet dan juga semua aksesori dapur antaranya bekas pisau menggunakan warna-warna ini. Peti sejuk juga warna sama.
*Shiplap wall yang berbentuk vertical dan siling (warna putih) merupakan trend dekorasi dan elemen yang perlu ada untuk dapur modern farmhouse. Shiplap wall yang berbentuk vertical memberikan ruang yang lebih luas.
*Open shelving (rak terbuka)merupakan ciri-ciri yang perlu ada untuk dapur modern farmhouse. Selalunya open shelving menggunakan tekstur kayu seperti kayu oak, maple dan cherry bagi mendapatkan kesempurnaan dapur farmhouse.
*Kebiasannya kayu digunakan untuk lantai dapur modern farmhouse yang disusun secara herringbone pattern. Untuk dapur Ainorwati, pihak Skuad Dekorasi menggunakan tiles dengan ‘effect’ kayu untuk ketahanan yang lebih lasak dan ketahanan untuk jangka masa panjang.
*Tiles backsplash disusun secara herringbone pattern bagi memberikan modern vibe untuk dapur modern farmhouse.
*Farmhouse sink pula wajib ada bagi menampilkan ‘look’ sebenar dapur modern farmhouse.
*Quartz stone digunakan sebagai kemasan untuk table top furnishing.
*Dapur terkini milik Ainorwati pula berfungsi sebagai 2 dalam 1 iaitu sebagai dapur kering dan juga dapur basah.
*Hidden cat tunnel (laluan masuk dari pondok kucing-kucing yang dimiliki oleh pemilik kediaman)
*Kos untuk keseluruhan membina dapur modern farmhouse ini ialah lebih kurang RM100,000 memandangkan ada penambahan ‘kerja’ yang tidak dirancang. (Pendek kata kos bergantung kepada keluasan, design, job skop dan material yang digunakan)
Bagi Airnorwati, berbanding dapur terdahulu yang keluasannya agak terhad, dapur terkininya bukan sahaja luas tetapi juga sangatlah selesa.
Ads
“Memang dapur modern farmhouse impian saya. Alhamdulillah syukur kerana dapur impian saya menjadi kenyataan. Saya berpuas hati dengan hasil kerja yang ditampilkan oleh Skuad Dekorasi,” jelas Ainorwati gembira.
Jomlah kita tengok dapur Ainorwati. Sangatlah ‘awesome.’ Ini adalah antara wishlist Ainorwati sebagai ‘reward’ untuk dirinya.
Ads
Pemegang kabinet dapur menggunakan material zink alloy.
Ads
Pot filler memudahkan dan mempercepatkan urusan memasak di dapur.
Sliding Band door antara elemen yang wajib ada bagi mendapatkan farmhouse ‘look.’ Hidden Cat Tunnel juga antara elemen yang mencuri pandangan memandangkan pemilik kediaman merupakan pencinta kucing.
Berikut video penuh dapur yang berkonsepkan modern farmhouse milik Ainorwati Hussain. IMPIANA telah berpeluang berkunjung ke kediaman beliau yang terletak di U12, Shah Alam.
Kredit foto: Unit foto/video Ideaktiv
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rata-rata dapur sekarang menggunakan sistem kabinet untuk ruang penyimpanan lebih kemas. Namun, ramai yang tak faham atau mungkin tidak tahu cara sebenar penjagaan permukaan Tabletop atau countertop kabinet dapur anda. Hal ini menyebabkan permukaannya cepat rosak dan kusam. Tidak kira apa jua jenis permukaanya sama ada batu asli atau tiruan, 4 perkara ini WAJIB dilakukan kalau nak pastikan kabinet dapur anda kelihatan cantik walau kerap digunakan
1. Elak guna pencuci berasid
Pencuci yang menggandungi sebatian asid akan menyebabkan permukaan perlindungan terutamanya bagi tabletop jenis batuan asli terhakis. Secara tidak langsung, ia menyebabkan permukaan tersebut mudah terdedah kepada elemen semulajadi yang akan menjadikan ia cepat kusam. Periksa label pencuci dan pastikan ia tidak menggandungi asid sitrat
Sebaiknya, gunakan air sabun pencuci pinggan dan bilas dengan air bersih sahaja. Lalu, keringkan segera dengan kain microfiber untuk memastikan ia terus berkilau
2. Gunakan alas ketika melakukan kerja
Tidak kira anda memotong, menumbuk atau hanya meletakkan periuk di atas tabletop, pastikan anda alas terlebih dahulu. Sebaiknya, gunakan kain lembut sebagai alas untuk mengelak permukaan tabletop anda tercalar. Kesan-kesan calar tadi akan menyebabkan bukan sahaja tabletop anda cepat rosak, malah menjadi tempat pembiakkan bakteria tanpa anda sedar
Bagi permukaan batuan semula jadi pula, risiko kepada pori yang terdedah kepada penyerapan air. Hal ini akan memburuk kan lagi keadaan.
3. Kerap bersihkan permukaan yang mempunyai barang
Kebiasaannya, anda hanya akan membersihkan permukaan yang kosong. Namun, anda lupa permukaan tabletop yang mempunyai susunan barang seperti bawah pengisar, mikrowave, periuk dan sebagainya.
Hal ini akan menyababkan barang-abrang tersebut meninggalkan kesan seperti karat yang sukar untuk dibersihkan. Rutinkan sekurang-kurangnya 1 minggu sekali untuk membersihkan bahagian bawah peralatan yang diletakkan di atas tabletop
4. Pastikan lap kering setiap kali selesai digunakan
Walaupun permukaan tabletop anda kelihatan bersih secara teknikalnya, jika masih terdapat air bermakna kerja mengemas anda masih belum selesai sepenuhnya. Jika anda membiarkan air yang terdapat pada tabletop mengering sendiri, ia bukan sahaja akan meninggalkan kesan tompok air, malah akan menyebabkan permukaan kembang.
Keadaan ini sangat mengancam kemasan permukaan jenis kayu atau MDF board. Lama kelamaan, kayu mudah mengembang dan rosak walaupun telah diberi lapisan perlindungan. Sebaiknya, langkah terakhir anda mengemas setiap kali selai digunakan adalah lap keseluruhan permukaan tabletop dengan kain Microfibers yang bersih dan kering
Selain pohon mangga, durian belanda atara tanaman yang banyak dan mesti ada di laman. Hal ini disebabkan bukan sahaja buah nya mempunyai khasiat tinggi malah daunnya. Namun, mesti ramai alami masalah buah yang tak menjadi, busuk dan ada sebahagian kulitnya akan bertampok hitam seperti yang dialami oleh Rusmini. Walapun hasil pokok durian belandanya banyak, ada sebahagianya rosak teruk. Terdapat juga yang kulitnya cantik tapi rosak di bahagian dalam. Kenapa ini berlaku?
Kebiasaanya disebabkan oleh Serangan semut hitam
Antara perosak utama durian belanda ialah semut hitam. Kebiasaanya, kalau ada semut, koloni kutu bena pun ada sebab itu antara sumber makanan semut.
Cara atasi: Gunakan pembasmi serangga perosak organik atau air sabun. Sembur setiap kali kelihatan koloni serangga perosak ini hadir
Bunga banyak tapi buah tak menjadi
Rupanya, bunga durian belanda pun memerlukan proses pendebungaan. Jika tiada ejen yang melakukan proses ini, potensi buah menjadi memang sukar
Cara atasi: Bela ejen pendebungaan seperti kerengga atau lakukan pendebungaan sendiri menggunakan berus
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga bersama sudah pastinya akan menghadapi transisi perubahan fasa hidup masing-masing.
Bukan itu sahaja, setiap pasangan suami isteri yang telah berkahwin juga bakal mengalas tanggungjawab besar untuk melayari bahtera perkahwinan yang bahagia dan harmoni.
Namun begitu, apabila berbicara soal tanggungjawab antara pasangan suami isteri dalam menguruskan rumah tangga, ia sering menjadi satu isu topik yang hangat di kalangan masyarakat sekeliling.
Menerusi program rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di saluran TV3 sebelum ini, telah membincangkan serta mengupaskan isu tersebut bersama tetamu jemputan iaitu Perunding Motivasi, Encik Amin Idris.
Ketika sesi perbincangan bersama hos rancangan program bual bicara berkenaan, Encik Amin telah menjelaskan perkara tersebut bersama para penonton.
Jelasnya, ada terdapat beberapa sudut perpektif yang berbeza mengenai soal tanggungjawab pasangan suami dalam menguruskan kerja rumah.
“Isu ini kita kena lihat dari tiga sudut dimensi yang berbeza. Pertama, dari sudut budaya, adab dan masyrakat, kedua pula dari sudut undang-undang dan yang ketiga adalah dari segi agama.
“Sebelum kita nak sentuh tentang tanggungjawab isteri ni, kita kena sentuh dahulu bab mengenai tanggungjawab seorang suami. Untuk maklumat semua, suami ni ada tiga benda kewajipan yang dia kena buat iaitu ‘Makan’, ‘Malbas’ dan ‘Mataab’.
“Istilah ‘Makan’ ni bukan seperti tingkah laku makan itu tetapi sebenarnya adalah tanggungjawab suami untuk menyediakan tempat tinggal untuk isteri, mana ‘Malbas’ pula tanggungjawab menyediakan pakaian dan ‘Mataab’ menyediakan makanan.
“Sebab itu haram hukumnya seorang suami guna duit isteri untuk bayar bil eletrik, haram ambil duit isteri untuk bayar duit kereta. Itulah dia kewajipan seorang suami,” jelasnya.
Dalam pada itu, Encik Amir Idris berkata manakala dari sudut agama pula, kesemua para ulamak mengatakan pendapat bahawa golongan para isteri ini tidak wajib untuk menjalankan tanggungjawab mengemas rumah.
“Dalam bab agama, semua majoriti para ulamak dan juga empat mazhab mengatakan isteri tidak wajib menguruskan kerja rumah. Namun demikian, perbincangan itu agak sukar untuk ditentukan kerana terdapat berbeza pandangan antara mazhab,” katanya lagi.
Ingin ikuti perbincangan lanjut mengenai topik ini? Sila tonton video penuh pada pautan di bawah:
Sumber: YouTube Wanita Hari Ini, TV3
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.