Pasar hartanah di Malaysia menunjukkan trend peningkatan harga yang berterusan, dan menurut analisis terkini oleh pakar industri, harga rumah dijangka akan terus naik pada kadar antara 3 hingga 4 peratus pada tahun 2025.
Menurut laporan Bernama, harga rumah kediaman dua tingkat di Lembah Klang terutamanya di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ), ia dijangka meningkat antara 3.0 hingga 4.0 peratus tahun ini.
Pembeli rumah mahu kediaman yang selamat
Dalam membuat unjuran itu, pempengaruh hartanah popular dan ‘YouTuber’ (Penggiat YouTube) Sean Tan berkata, unjuran tersebut adalah benar khususnya di kawasan permintaan tinggi seperti Desa ParkCity, Bangsar dan Mont Kiara di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, bagi mereka yang mencari rumah bertanah di Lembah Klang, hartanah bertanah terus menunjukkan prestasi yang baik terutamanya komuniti berpagar dan mempunyai perkhidmatan pengawal keselamatan kerana pembeli rumah mahu kediaman yang selamat.
Hartanah perindustrian bakal menjadi mencatatkan prestasi baik
Bagaimanapun, Sean berkata, harga mungkin mencecah harga siling bagi rumah bertanah terutamanya di kawasan kejiranan lama seperti SS2 (PJ) dan Kepong (KL) disebabkan kekangan kemampuan dan persaingan daripada pembangunan yang baharu dan lebih selamat.
Ads
Beliau juga berkata, hartanah perindustrian bakal menjadi mencatatkan prestasi baik pada 2025, terutamanya di Johor dan Lembah Klang dengan lokasi seperti Jelutong di Pulau Pinang dan Lagong di Selangor menjadi lokasi popular.
Secara keseluruhan, pasaran hartanah tahun ini dijangka menyaksikan beberapa siri anjakan yang dibentuk oleh keadaan ekonomi, pembangunan infrastruktur dan pilihan pembeli yang berubah-ubah.
Untuk mendapatkan tawaran terbaik berdasarkan keutamaan, beliau menggesa pembeli untuk melihat data, memahami dinamik permintaan-bekalan unit kediaman dan menyedari perkembangan infrastruktur yang boleh menjejaskan nilai hartanah secara mendadak.
Ads
Selain itu, Sean berkata, beliau melihat Pahang, Kelantan dan juga kawasan seperti Puncak Alam menawarkan peluang pertumbuhan.
Beliau berkata kejayaan pembangunan perindustrian dan lebuh raya seperti Lebuhraya Pantai Barat, mengubah kawasan yang tidak mendapat perhatian sebelum ini menjadi lokasi untuk pembangunan hartanah
Perkara yang paling ‘melegakan’ dalam kehidupan apabila bebas hutang, habis bayar ansuran bulan baik kereta mahupun rumah yang didiami. Namun perlu ambil tahu bahawa habis bayar ansuran rumah, janganlah ingat ia terus jadi milik kita. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan. Panduan ini terutamanya bagi yang pertama kali memiliki rumah sendiri.
Bila kita sudah habis bayar ansuran rumah, jangan ingat rumah itu terus jadi milik kita.
Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan.
1.Lepaskan Gadaian Di Pejabat Tanah
Lantik peguam untuk lepaskan gadaian di pejabat tanah. Kita selalu lupa, rumah kita digadaikan kepada pihak bank semasa kita membuat pinjaman.
2.Mohon Dokumen Dari Bank
Peguam akan tulis surat memohon beberapa dokumen dari bank.
3. Isi Dokumen
Selepas dapat dokumen dari bank, peguam akan mengisi dokumen-dokumen tersebut dan kembalikan kepada pihak bank.
4. Failkan Borang Melepaskan Gadaian
Selepas peguam terima dokumen-dokumen tersebut dari pihak bank, mereka akan memfailkan borang melepaskan gadaian ke pejabat tanah di mana hartanah tersebut digadaikan.
5. Tunggu Geran Baru Siap
Selepas siap difailkan di pejabat tanah, perlu tunggu geran baru siap.
6. Periksa Butiran Geran Baru
Selepas geran baharu siap, baru boleh ambil di pejabat tanah. Perlu periksa butir-butir lanjut dalam geran agar tidak tersilap dan perlu periksa sama ada gadaian sudah ditarik balik.
7. Serah Geran Kepada Pemilik
Geran akan diserahkan kepada pemilik rumah.
Ada beberapa langkah yang tidak ditulis untuk menampakkan proses tersebut mudah dan ringkas.Nampak mudah, tapi payah untuk mereka yang tidak pernah buat.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi bila habis bayar ansuran rumah, jangan ia ia automatik jadi milik kita iya. Jangan lupa lepaskan gadaian di pejabat tanah dan lantiklah peguam bagi memudahkan segala urusan bagi mendapat geran rumah yang baru.
Kediaman yang cantik, selesa dan praktikal untuk didiami sudah tentu menjadi idaman bagi ramai individu. Tidak perlu terlalu mewah, cukup sekadar dapat menampung isi rumah dengan nyaman dengan dekorasi yang memenuhi citarasa pemilik.
Walaupun kediaman yang hanya disewa, perkara tersebut tidak wajar dijadikan alasan untuk mengetepikan elemen dekorasi dan nilai estetika ketika menghias. Malah, inilah masanya untuk anda bereksperimentasi dengan konsep dan tema yang sesuai dengan gaya hidup anda.
Baru-baru ini telah viral dekorasi rumah sewa yang begitu menarik untuk dikongsi. IMPIANA berpeluang menemuramah pemilik, Nur Diyana tentang idea dan inspirasinya menatarias setiap ruang yang tampil selesa dan menarik.
Q: Mengapa dekorasi di rumah dianggap penting? D: Dekorasi rumah dianggap penting kerana setiap keluarga mengimpikan suasana persekitaran yang selesa untuk hidup bersama. Benarlah, rumahku,syurgaku. Namun, dekorasi di rumah sewa sebenarnya bergantung pada budi bicara dan kebenaran dari tuan rumah. Bagi saya, ini sangat penting bagi tidak menimbulkan apa apa masalah kelak. Ambil kira segala kerja pembaikan yang dilakukan bila mahu meninggalkan rumah kelak, jangan sesekali tinggalkan dinding yang berlubang, cat semula jika perlu dan tidak tinggalkan rumah yang kotor. Sentiasa pulangkan rumah dalam keadaan yang terbaik.
Q: Apakah konsep yang digunakan di rumah sewa? D: Saya seorang yang fleksibel apabila melibatkan konsep. Kami sepakat memilih rona kelabu bagi penataan seluruh ruang dari ruang tamu,bilik tidur sehinggalah ke dapur. Namun,setiap ruang ditatarias dengan elemen dekorasi yang berbeza walaupun berkongsi warna yang sama. Misalnya, saya menggunakan peralatan kayu dan rotan serta beberapa warna neutral di bahagian bilik tidur utama. Ini adalah texture bagi mencipta konsep seakan Urban Boho. Penggunaan peralatan rustic di dapur pula membawa kepada tema rumah ladang (farmhouse). Kami sendiri masih melakukan eksperimen dalam pemilihan tema yang digemari sebagai persiapan untuk rumah sendiri nanti.
Q: Berapa lama masa yang diambil untuk persiapan rumah sewa? D: Kami sudah mula mengumpul peralatan dekorasi selama setahun sebelum menyewa bersama. Persediaan untuk rumah sewa juga termasuk dalam persiapan perkahwinan. Kami percaya – beli sedikit sedikit dahulu jadi tidaklah bajet dikeluarkan dalam kadar besar sekaligus dalam satu masa.
Q: Anggaran bajet? D: Saya dikenali oleh rakan rakan di media sosial kerana perkongsian ‘’dekorasi bajet’’. Alatan deko yang dibeli hampir kesemuanya di dapati di jualan perabot terpakai atau di beli semasa jualan penghabisan stok. Sejulah bajet yang dikeluarkan hanya pada pembelian cat dan perabot besar. Yang lainnya saya dapatkan dengan harga serendah RM 1.00 – Bila balik ke rumah saya akan lakukan kerja kerja DIY sendiri bagi membaik pulih peralatan dan menjadikan ianya sebagai alat dekor di rumah.
Q : Pesanan kepada semua yang mungkin masih berfikir untuk dekorasi rumah sewa?
D: Dalam masa sekarang, sudah ramai rakan rakan dalam group dekorasi di Facebook yang berkongsi tentang tatarias rumah sewa mereka. Saya juga rasa teruja dengan hasil kerja mereka. Antara tips yang boleh diamalkan adalah pastikan perabot yang dibeli praktikal untuk di bawa berpindah kelak, terhadkan perabot yang menjadi keperluan sahaja dan berbelanjalah dengan bijak. Untuk pulangan modal, barang barang yang sudah tidak dipakai selama tiga bulan berturut turut bolehlah dijual semula atau disedekahkan. Rumah sewa yang lapang tanpa barang yang banyak pasti memudahkan urusan untuk berpindah kelak. Jaga rumah sewa seperti rumah sendiri. InsyaAllah tiada siapa yang akan rugi.
Puan Diyana juga ada berkongsi hasil dekorasi kediaman sewa yang didekor beliau. Jom kita cuci mata!
RUANG TAMU/ RUANG MAKAN
DAPUR
BILIK TIDUR
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Hartanah adalah aset yang ingin dimiliki oleh semua orang. Ini kerana hartanah boleh digunakan untuk mendapatkan duit tambahan, juga ada hartanah yang akan memberi pulangan yang tinggi dari tahun ke tahun.
Lagi-lagi jika hartanah yang berada di lokasi strategik seperti di tengah ibu kota, Kuala Lumpur dan di tepi KLCC.
Tanah Berhampiran KLCC Dijual Pada Harga RM69 Juta
Baru-baru ini, tular apabila sebuah tanah seluas 0.356 ekar (sekitar 15,500 kaki persegi) di belakang pusat membeli-belah Avenue K yang berdekatan KLCC dibuka untuk jualan.
Difahamkan terdapat sebuah rumah banglo yang telah usang dan telah lama dibiarkan kosong di tanah tersebut.
Namun apa yang mengejutkan orang ramai adalah harga jualannya diletakkan pada RM69 juta! Ini bermakna ia memakan kos sebanyak RM4,500 bagi setiap kaki persegi.
Tanah belakang Avenue K, luas 0.356 ekar- untuk dijual RM 69 juta. Terkejut mat😂😂😂 ada rumah banglo usang kat situ sekarang pic.twitter.com/I2iPopQTe4
Harga yang diletakkan bagi tanah tersebut mengejutkan rata-rata pengguna media sosial yang berasa tidak berbaloi untuk membeli hartanah itu.
“6.9 juta pun dah tak berbaloi, apatah lagi 69 juta. Baik beli pulau,” kata seorang pengguna X.
Namun ada juga yang merasakan harga itu berpatutan bagi pembinaan bangunan tinggi di bandar Kuala Lumpur.
Beberapa individu berkata tanah tersebut boleh diubah menjadi tempat letak kenderaan untuk mengait keuntungan. Namun ada yang berpendapat ia akan memakan masa yang panjang untuk mendapat semula pulangan modal.
Tanah RM69 Juta Bersaiz 2.46 Ekar Dijual Pada April
Timbul perdebatan jika harga tersebut berbaloi dengan saiz dan lokasi hartanah itu. Namun di Kuala Lumpur, nilai lokasi seringkali melebihi saiz hartanah itu sendiri.
Sebagai konteks, harga tanah di sekitar kawasan KLCC berbeza, dengan laporan yang menunjukkan nilai RM1,100 bagi setiap kaki persegi, yang bersamaan dengan sekitar RM4.78 juta setiap ekar.
Pada April tahun ini, sebuah tanah pegangan bebas di Kuala Lumpur dengan keluasan 2.46 ekar telah dibeli pada harga RM69.18 juta oleh Eupe Corp Bhd bagi pembinaan bangunan tinggi.
The news reports attached here don’t tell the story as to at what price Najib and Nazri Aziz decided to sell the 11.04 acre of prime freehold land, located a stone throw away from KLCC. We only know that an unknown company linked to Salim Fateh Din paid RN18.5 million downpayment
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...