Inisiatif seorang guru di sekolah pedalaman di Bumi Kenyalang untuk menghias dan mendekorasi kelas di sekolahnya telah menarik perhatian ramai.
Persekitaran yang kondusif adalah penting dan mempunyai kesan positif terhadap pembelajaran, terutama sekali dalam menyediakan kelas yang selesa dan menarik. Tidak hanya itu, ia juga berupaya meningkatkan semangat pelajar untuk pergi ke sekolah.
Guna Elaun Sendiri
Segalanya bertitik tolak daripada keinginan mewujudkan persekitaran kelas sesuai bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid, guru Sekolah Kebangsaan Kampung Kut Daro, Sarawak itu sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk dekorasi ala cafe yang unik dan menarik.
Memuat naik gambar-gambar bilik darjah dan sekolah tersebut di Facebook, projek menghias kelas itu dinamakan The Class Kafe turut berjaya menarik minat muridnya.
“THE CAFE CLASS, KITA BUAT DIA. DARIPADA KELAS BIASA KE YANG LEBIH SELESA. SEMPENA HARI GURU YANG BAKAL TIBA, SAYA KONGSIKAN SEDIKIT DEKO GURU PEDALAMAN BUAT RAKYAT MALAYSIA SEMUA. ADA ORANG TANYA SAYA MANA PERGI GAJI CIKGU?
“SAYA GUNAKAN SEDIKIT ELAUN PEDALAMAN UNTUK MENCANTIKKAN KELAS. ADA REZEKI LEBIH, SAYA BUAT LEBIH.
Ads
Guru tersebut turut memuat naik foto sebelum dan selepas dekorasi, di mana sentuhan guru Pendidikan Islam yang lulus dari Universiti Perguruan Sultan Idris itu benar-benar telah mengubah suasana ruang kelas tersebut.
Kelas itu kini terasa lebih selesa dengan palet warna hitam putih. Untuk merealisasikan konsep kafe, ruang tingkap kelas dihiasi bagaikan kaunter, sementara meja dan kerusi disusun seakan restoran, lengkap dengan elemen hiasan yang lembut.
Ternyata kedudukan sekolah di pedalaman tidak menjadi faktor penghalang Muhammad Tarmizi melahirkan suasana yang ceria buat pelajarnya. Malah keinginan kuat untuk melihat kemenjadian murid-muridnya adalah penguat semangat.
Ads
“Walaupun di sekolah pedalaman, saya jadikan suasana yang kondusif agar murid-murid saya seronok belajar.
Ads
Malah, usaha dan pengorbanan Cikgu Muhammad Tarmizi Awang@Yaacob ini turut mendapat perhatian dan pujian daripada warga maya dan pihak tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia selepas tular di media sosial.
“SELAMAT HARI GURU, CIKGU!” TITIP MENTERI PENDIDIKAN, FADHLINA SIDEK DI LAMAN FACEBOOK RASMINYA BAGI MENGHARGAI KESUNGGUHAN MUHAMMAD TARMIZI.
**Hebat cikgu ini, Terima kasih cikgu. Moga semua amal kebaikan cikgu diganti dengan pahala di akhirat kelak.
Jual Rumah Teres Beli Rumah Flat Keluasan 753kps, Makeover Cantik & Selesa! Atas pelbagai faktor lokasi rumah juga memainkan peranan dalam menentukan harga sesebuah kediaman. Di lokasi tengah bandar rumah yang bersaiz kecil mungkin sama nilainya dengan harga rumah yang bersaiz sederhana di pinggir bandar.
Pilihan rona kontras gelap dan cerah, perletakan perabut dan susun atur kediaman yang sempurna melengkapkan keindahan konsep kediaman ini. Siapa sangka ia adalah dekorasi di rumah pangsapuri/flat yang hanya berkeluasan 753kps, namun ia nampak lebih luas dan tak sempit!
Meskipun rumah bersaiz kecil dan terhad pemilik tetap menghias cantik kediaman supaya lebih selesa untuk didiami sekeluarga mahupun tetamu yang datang bertandang. Pemilik rumah bijak membahagikan ruang dan memaksimumkan pencahayaan semulajadi di rumah.
Jual rumah teres di Nilai, Negeri Sembilan. Tapi cuma dapat beli balik, rumah flat di Shah Alam keluasan 753kps, 3 bilik tidur, 1 bilik air.
Alhamdulillah, setahun dah berlalu sejak pindah masuk rumah ni. Pernah menyewa, berhijrah negeri orang, pindah randah, ujian anak sakit, berniaga tapi tak menjadi, suami tukar kerja dan akhirnya pulang ke tempat asal.
Dapat berteduh dan bina balik sikit-sikit untuk keselesaan anak-anak dan tetamu yang datang.
1.Pemilihan rona hijau lumut dan putih sebagai kemasan dinding dan pemasangan track light LED di ruang tamu serta ruang makan menambah seri pada ruang ini.
2. Full Height cabinet di bilik tidur dan penggunaan ‘Peg Board’ sebagai fungsi hiasan dan menggantung barangan supaya lebih kemas.
3. Ruang Dapur dengan ‘full height cabinet’ dan kemasan ‘glass door’ memaksimumkan penstoran.
4. Pemasangan ‘sliding door’ kaca sebagai pembahagi ruang dapur dan ruang tamu. Rak terbuka aluminium rona hitam nampak cukup ‘solid’ dan teratur, berfungsi menempatkan pelbagai bahan makanan kering, peralatan elektrik dan perkakas dapur.
5.Ruang ‘laundry’ dibina bertingkat dengan kemasan lantai jubin bagi ‘memisahkan’ ruang dapur.
6. Simple! Jubin rona kelabu dan putih dengan aksesori ‘shower & bidet’ rona hitam menaikkan seri bilik air.
IMPIANA: Memang cantik dah kemas hasilnya transformasi ubahsuai dan dekorasi pada rumah flat berkeluasan 753kps ini. Semoga menjadi inspirasi buat kediaman bersaiz kecil yang lain.
Mewah dan megah kediaman pasangan pempengaruh Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah yang juga merupakan anak Krisdayanti ini.
Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah merupakan nama-nama yang tidak asing lagi. Pasangan selebriti ini dikenali bukan sahaja kerana kegiatan seni mereka tetapi juga kerana gaya hidup mewah mereka.
Kediaman mewah ini terletak di lokasi elit di Jakarta Selatan, rumah ini juga menggambarkan gabungan antara estetika kontemporari dan keselesaan moden. Dari luar, rumah ini tampil dengan design moden yang elegan dan minimalis.
Malah, gabungan kaca dan konkrit yang bukan sahaja memberikan tampilan yang bersih tetapi juga mengoptimumkan cahaya semulajadi terus ke dalam rumah.
Apabila memasuki rumah ini, anda disapa dengan ruang tamu yang luas bersama dengan siling yang tinggi yang memberikan rasa luas dan terbuka. Perabotan dalam rumah ini dipilih dengan teliti, menampilkan garis-garis bersih dan palet warna neutral yang meningkatkan keanggunan dalaman.
Rumah ini juga dilengkapi dengan teknologi rumah pintar yang membolehkan pengawalan atas pelbagai aspek seperti pencahayaan, suhu, dan sistem keselamatan melalui telefon pintar atau peranti pintar lain, menunjukkan komitmen Atta dan Aurelie terhadap keselesaan dan keselamatan.
Bilik tidur utama menawarkan pemandangan bandar yang menakjubkan melalui tingkap besar yang menghiasi dinding. Bilik mandi dalam suite, yang dilengkapi dengan kelengkapan mewah, menyediakan suasana seperti spa dalam rumah.
Di luar, terdapat taman yang direka dengan indah dan kawasan duduk di luar yang ideal untuk pertemuan keluarga atau acara sosial. Kolam renang peribadi menambah keindahan luar rumah ini, sempurna untuk bersantai atau melakukan aktiviti sukan pada hujung minggu.
Ini adalah simbol kejayaan mereka dan tempat perlindungan dari kesibukan dunia luar, dirancang dengan sempurna untuk keselesaan dan gaya hidup mewah.
Anak kepada pelakon popular, Rozita Che Wan iaitu, Aaisyah Dhia Rana mencuri perhatian netizen selepas sepotong video pendek tular di TikTok mempamerkan dekorasi ruang bilik tidur dan juga tandas yang mewah bak hotel.
Malah, keluarga selebriti terkenal, usahawan, dan pelakon Rozita Che Wan, yang lebih dikenali sebagai Che Ta, sentiasa menjadi perhatian. Setiap kiriman mereka di media sosial tidak gagal menarik minat dan menjadi bahan perbualan hangat netizen.
Sebelum ini, menerusi perkongsian sebuah akaun Tiktok @nurkhalaf ada berkongsikan sebuah video yang menunjukkan keadaan bilik tidur anak perempuan Che Ta telah tular di TikTok. Menerusi video terbabit, dapat dilihat pemilik video menerokai bilik tidur tersebut sambil ditemani Aaisyah.
Apa yang mengejutkan adalah keadaan dan saiz bilik tidurnya Aaisyah yang dilihat tersergam indah bak hotel lima bintang. Bukan sahaja cantik tetapi ruangan biliknya juga cukup besar dimana ruangan bilik air juga dilengkapi dengan tab mandi disertakan dengan lantai jubin yang cantik sekali.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut melihat saiz bilik tidur dan bilik air Aaisyah yang besar serta cantik.
Ramai juga yang mengagumi bagaimana Che Ta sendiri yang sanggup berhabis demi kesenangan dan keselesaan satu-satunya anak perempuan kesayangan selain bersyukur dengan rezeki Allah S.W.T buat keluarga kesayangan ramai ini.
Menjenguk ruangan komen di akaun tersebut, ramai netizen terpegun dan mengatakan bahawa saiz bilik tidur Aaisyah sudah seperti sebuah rumah kondominium kerana luas, dan betapa bertuahnya Aaishah di mana dari kecil lagi sudah merasai tinggal di bilik tidur yang lengkap dan besar. Memang cantik sungguh kan!
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.