Sebelum ni, impiana pernah kongsikan hasil usaha bapa kepada Iefa Jovovich menghasilkan stencil pada dinding. Terbaru, perkongsian Iefa memaparkan ayahnya membuat stencil pada lantai dan hasilnya kelihatan seakan jubin yang cantik.
masih lagi teknik stencil paint..kalau sebelum ni ayah cat stencil kat dinding, projek terbaru ayah kali ni stencil di lantai pula.
Ads
Ads
Ads
Teknik sama ja. Cuma penggunaan cat yamg berlainan. Ayah guna cat epoxy. Pada asalnya hanya simen sahaja. setelah di transform hasilnya seperti tiles .
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
“Bilik tidur saya kecil sangat. Saya pernah cuba kemas bilik saya tetapi hasilnya tetap sama, masih kelihatan sarat dengan barang-barang”.
Ya, betul tak semua orang mempunyai ruang bilik tidur yang luas. Lebih-lebih lagi yang tinggal di perumahan jenis flat. Sangat terhad ruang biliknya. Tapi jangan risau ! IMPIANA akan membantu anda dengan tips mudah ini.
Hiasan dekorasi bilik menjadi terhad kerana anda buntu bagaimana hendak jadikan bilik tidur yang sempit menjadi luas dan menarik. Jadi, IMPIANA kongsikan antara cara-cara hendak memberikan impak bilik tidur yang kecil nampak luas adalah dengan :-
Jom cat dinding anda dengan warna yang cerah seperti warna pastel. Pemilihan warna ini mampu memberi impak keluasan pada ruang bilik anda. Malah ia juga dapat memberi mood yang tenang kepada anda. Jom, kemas bilik anda sekarang, dengan keluarkan perabot dan barangan kamar tidur supaya memudahkan proses mengecat bilik anda. Antara warna yang sesuai dengan bilik tidur tidur adalah seperti warna putih, biru pastel, hijau pastel, dan kelabu lembut. Pemilihan warna gelap juga sebenarnya boleh namun hanya di beberapa bahagian dinding bilik sahaja.
Sesudah mengecat bilik anda, jom kita masukkan semula perabot mengikut kedudukan yang bersesuaian. Sesebuah bilik tidur hanya memerlukan katil, meja sisi dan almari sahaja, jika masih memiliki ruang anda boleh masukkan perabot tambahan. Pilih saiz katil atau perabot yang sesuai dengan bilik anda. Jika mempunyai bajet yang berlebihan apa kata anda tempah almari bina dalam di bilik tidur anda.
“Wah, banyaknya barang-barang!” Ini lah masanya untuk anda mengelas semula barangan anda yang sudah tidak dipakai dan yang masih dipakai. Untuk barangan yang anda hendak simpan, anda boleh meletakkan ia kedalam kotak-kotak dan labelkan ia mengikut jenis barangan.
4. Cermin
IMPIANA sarankan kepada anda untuk miliki cermin yang bersaiz besar untuk bilik tidur anda. Cermin mampu memberikan kesan luas terhadap ruang bilik anda. Selain itu, cermin bersaiz besar ini akan memberi lebih kepuasan kepada anda disaat berada di kamar tidur.
Dapatkan lampu tidur atau apa jua jenis rekabentuk lampu yang bersesuai dalam bilik anda. Kehadiran cahaya lampu pada bilik tidur mampu memberi mood yang tenang dan romantik kepada anda. Terdapat pelbagai jenis lampu untuk kamar tidur, seperti lampu meja, lampu dinding malah lampu yang terletak pada kepala katil anda. Barulah kamar tidur anda seakan-akan kamar tidur hotel.
Kemasan lembut yang dimaksudkan disini adalah seperti cadar, langsir dan fabrik yang terdapat dibilik anda. Pilihlah warna cadar yang bersesuai dengan bilik anda. Percaya atau tidak, corak atau motif yang terdapat pada cadar mampu memberikan mood riang kepada emosi anda, hal ini kerana saat anda keletihan pulang dari bekerja mood anda akan berubah lebih tenang apabila melihat katil, betul atau tidak?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bila sebut penegera keselamatan je, ramai ingat untuk rumah-rumah orang kaya je kan. Tapi perlu ingat, pengera keselamatan bertujuan memberi amaran jika berlakunya pencerobohan terutamanya di waktu malam. Zaman sekarang, tak kira rumah orang kaya atau tidak, sentiasa menajdi buruan perompak. Jadi, sistem pengera keselamatan ni macam dah jadi keperluan.
Namun, untuk memiliki sebuah sistem pengera keselamatan ni harganya boleh koyak poket. Tapi, tak jadi masalah. Apa kata, kita cuba cara Shafiqah Naim.
Pasang benda ni dekat pintu, waktu malam kalau pintu terbuka, penggera akan berbunyi. Kos benda ni RM3.00 je dekat Shopee. Waktu malam kalau ada yang cuba buka pintu dari luar, penggera ni berbunyi kuat gila. Boleh pasang dekat setiap pintu masuk rumah dan tingkap.
Nak mengilap lantai dengan cara tradisional memang la menyusahkan dengan nak angkat baldi nak perah lagi dan sebaginya. Guna penyapu dan vakum pun tak jalan, apa kata pakai mop RM15 ni.
Square mop bukan digunakan untuk keringkan air atau berfungsi sebagai mop lantai tradisional tu ye. Ia adalah untuk menyapu habuk-habuk halus dan rambut yang tidak dapat diselesaikan oleh penyapu atau vakum. Sebab tu,kalau nak lebih efektif, pilih kepala mop yang diperbuat daripada microfiber, dengan ni kerja lebih mudah dan cepat bila mengemas kediaman anda.
Mudah bukan bila ada mop moden macam ni. Kesian mak-mak kita dulu kena mop lantai susah-susah sampai sakit otot. Tapi kini dengan peralatan ini semua kerja jadi mudah dan cepat.
Mengilap lantai ini sebenarnya harus dilakukan setiap hari waktu pagi, ini akan membuatkan kerja rumah anda lebih mudah dan cepat. Lantai yang bersih akan membuatkan habuk susah untuk melekat. kalau nak tunggu seminggu sekali pasti boleh tulis nama di lantai.
Perkara paling penting guna bahan pencuci yang terbaik untuk kediaman anda. Agar lebih bersih dan terjamin. Elakkan dari menggunakan bahan pencuci kimia ini akan memudaratkan kesihatan pemilik rumah.
Kenal pasti jubin yang anda gunakan tidak semua bahan pencuci sesuai untuk permukaan lantai. Jika tersalah pilih mungkin akan merosakan permukaan jubin kediaman anda.
Atau nak lebih mudah dan lebih berkesan gunakan suquare mop yang dilengkapi dry atau wet sheet. pakai buang. Dulu, mop lantai jenis ni agak mahal. Tapi kalau beli di Shopee harganya tak sampai RM15 pun. nak beli, boleh tekan link ni https://invol.co/cl6vykb
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!