Guna barang terpakai, terbuang dan makeover ini antara yang dipraktikkan oleh Riduan Amizan dalam menata kondominium miliknya yang terletak di ibu kota.
Dilatari warna hitam, coklat bersama percikan rona hijau gabungan rona ini memberi sentuhan klasik namun bergaya buat kediaman 3 bilik yang berkeluasan 1100 kaki persegi ini.
Sofa yang harga asal RM700 dibeli di platform barangan terpakai online pada harga RM50.
Barang terpakai tetap cantik bila diolah
Perabot yang asalnya dari barang terpakai dan terbuang cukup cantik sekali setelah diolah dengan kreatif oleh pemuda ini sesuai dengan deko yang diketengahkan.
“Kalau nak tahu, meja makan yang digunakan itu adalah dari pintu dapur. Almari dan meja konsol itu saya beli dengan harga RM100 dan saya cat semula.
Ads
Papan karom turut jadi hiasan dinding bila tak digunakanMeja kopi yang dibuang cantik selepas dicat
“Meja kopi itu pula saya kutip dari tong sampah dan dan dicat Kembali jadi warna hitam. Mungkin orang lain nampak sudah tak berguna tapi di mata saya ia berharga,” terang Riduan yang membeli kediaman subsale ini Oktober tahun lalu.
Di sebalik meja makan yang indah, ia merupakan pintu dapur.Hasil makeover kerusi
Modal deko kurang RM1k
Katanya lagi dia juga tidak membuat sebarang renovasi untuk rumah ini kecuali dicat baru.
Ads
“Rumah saya tidaklah secantik atau semewah mana tapi alhamdulillah buat saya selesa dan tenang,”katanya yang hanya memperuntukkan modal kurang RM1000 untuk dekorasi rumah bujang ini.
Ads
Sentuhan dekorasi rumah bujang yang cukup bergaya.
Rancang Bina Mini Surau, Ruang Solat Di Rumah PENTING Pertimbangkan Perkara Ini. Bagi pemilik kediaman yang beragama Islam, boleh jadikan ruang atau bilik yang ada di rumah sebagai tempat solat atau mini surau. Ia dapat memberi keselesaan dan lebih fokus ketika beribadah serta dapat mengeratkan lagi sillahturahim antara keluarga dengan melakukan solat berjemaah, mengaji bersama, ta’alim mahupun mengadakan majlis ilmu.
Bagi pemilik kediaman yang merancang untuk membina mini surau atau deko ruang solat boleh pertimbangkan aspek penting ini.
Untuk membina ruang solat atau mini surau di rumah tak semestinya memerlukan kawasan yang besar. Boleh juga pilih bilik kecil di rumah yang tidak digunakan untuk dijadikan mini surau. Kebiasaannya jika rumah bertingkat, pilih bilik di tingkat bawah. Ia memudahkan juga tetamu yang datang untuk menggunakan bilik tersebut sebagai ruang solat.
Selain itu boleh juga, menjadikan ruang keluarga di tingkat atas sebagai ruang solat. Ruang terbuka di tingkat atas tersebut, menghubungkan semua bilik dan memudahkan akses untuk ke ruang solat. Namun demikian, jika keluasan rumah kecil, boleh sahaja cari satu sudut khas di dalam bilik tidur, dihias indah untuk dijadikan ruang ibadah.
Boleh dapatkan khidmat Jurufalak bertauliah untuk datang ke rumah bagi menentukan arah kiblat dengan tepat, supaya menunaikan ibadah dengan yakin dan sempurna. Pastikan sudut ini tidak menghadap ke arah pintu bilik, pintu tandas atau laluan utama dalam rumah.
Sebaiknya untuk ruang solat pilih warna pastel, lembut nak menenangkan. Seperti rona putih, off white, beige, cream untuk kemasan cat dinding atau perabot. Warna-warna ini dapat membantu mewujudkan suasana yang damai dan boleh fokus dalam beribadah.
Pastikan ruang solat mempunyai pencahayaan yang mencukupi, tetapi tidak terlalu terang atau terlalu malap. Lampu dengan cahaya lembut atau lampu dinding yang boleh dilaraskan dalam keamatan boleh menjadi pilihan yang baik.
Sediakan karpet atau sejadah khas yang selesa untuk solat. Pilih bahan yang lembut dan mudah dibersihkan. Anda juga boleh memilih sejadah dengan motif atau warna yang sesuai dengan estetika ruang solat.
Pastikan, rekaan ruang solat berpandukan arah kiblat agar dapat menggunakan ruang dengan lebih efektif dan menyeluruh. Sebaiknya, elakkan meletak pintu betul-betul berhadapan dengan ruang solat. Boleh juga bina, tempat mengambil wuduk berhampiran mini surau yang dibina.
Pastikan ruang solat mempunyai susun atur yang bersih dan teratur. Elakkan daripada meletakkan barang atau hiasan yang berlebihan di dalam ruang. Ruang yang ringkas dan minimalis akan membantu anda fokus semasa beribadat.
Laraskan hiasan bilik solat mengikut keperluan untuk beribadah. Contohnya, tambah tempat menyimpan Al-Qur’an atau peralatan ibadah lain secara tersusun dan mudah dicapai. Pastikan kitab suci Al Quran tidak diletakkan terlalu rendah agar tidak mudah dilangkah atau letak terlalu tinggi dan sukar dicapai.
Tumbuhan hijau di surau dapat menyerikan kediaman dengan menyuntik kesegaran semula jadi serta pengudaraan oksigen. Pilih tumbuhan yang mudah dijaga dan sesuai ditanam di dalam rumah dengan pencahayaan yang terhad. Antaranya seperti;
Pasang hiasan dinding yang bermakna seperti kaligrafi Islam, ayat al-Quran, jam waktu solat atau gambar semula jadi yang tenang. Ia bukan sahaja menambah estetika, tetapi juga menerapkan nilai-nilai rohani dan Islamik.
Jangan lupa untuk letak semburan pewangi dengan aroma lembut dan tidak terlalu menusuk di ruang solat ini, supaya lebih selesa dalam beribadah. Antaranya seperti bau vanila, sweet floral, oud dan sebagainya.
Akhir sekali, semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-samalah kita mewujudkan ruang solat atau mini surau yang selesa di rumah dalam mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang bakal tiba nanti.
Semoga bermanfaat!Sama-sama kita mewudukan ruang solat atau mini surau di rumah dalam mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang bakal tiba ini.
Idea ‘Entryway Cabinet’ Drop Zone Ruang Anak-Anak Simpan Beg & Buku Sekolah. Apabila anak-anak mula bersekolah, perlu ruang yang praktikal dan mudah digunakan untuk mereka menyimpan segala buku-buku dan beg sekolah.
Idea membuat kabinet pada bahagian ‘entryway’ pintu masuk rumah ini cukup praktikal, supaya barang-barang keperluan sekolah anak-anak elok tersimpan kemas dan tak berselerak. Anak-anak boleh boleh terus simpan buku-buku dan beg sekolah sejurus masuk pintu rumah.
Perkongsian daripada Puan Salwa Abu Bakar ini boleh dijadikan rujukan. Memang kreatif ibu ini yang menggunakan suai padan perabot Ikea dalam membina ‘Entryway Cabinet’ yang bukan sahaja cantik, kemas dan bergaya.
Memandangkan ramai yang pm tanya pasal entryway cabinet Salwa ni, (ramai la kalau lebih dari 5 kan hahaha), Salwa share kat sini la senang.
Ni la ruangan anak-anak simpan beg sekolah dan buku-buku sekolah. Drop zone jugaklah kiranya kat sini. Ada 4 cabinet tu sebab ada 4 penghuni rumah. Sorang 1 cabinet untuk simpan segala bag dan personal item yang lain.
Setakat ni sangat membantu untuk organize barang personal. Sebab masuk je rumah akan jumpa ruang ni dulu.
Ni adalah gabungan 4 unit Billy dari Ikea. Sebelum ni guna Kallax, jenis open shelf. Agak sakit mata memandang bila bersepah. Ikea boleh mix and match ikut citarasa kita.
Ni saya guna yang Ikea punya je. Boleh beli kat ikea. Tahan jugak sebab dekat rumah ni ada yang kami buat rak buku since 2018 sampai sekarang masih elok.
IMPIANA: Menarik idea entryway yang dikongsikan ini. Memang praktikal, anak-anak boleh terus letak bag dan buku-buku sekolah apabila masuk rumah. Jadi taklah letak merata dan bersepah.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!