Sejak kebelakangan ini, sudah banyak kita dengar berita tentang ular masuk ke rumah. Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang panas sekarang, haiwan berdarah sejuk ini sudah tentu akan mencari tempat berlindung yang bersuhu lebih sejuk dan lembap. Tambahan pula habitat mereka mungkin ada yang terbakar ketika musim panas ini. Biasanya, kawasan di kediaman seperti tandas, longkang, kebun atau taman serta dalam kereta menjadi pilihan ular berikutan suhu yang lebih rendah dan keadaan yang lembap.
Ads
Ads
Ads
Di sini, IMPIANA ada beberapa tips atau langkah keselamatan buat membantu anda mengurangkan risiko ular memasuki kawasan kediaman.
Bersihkan dan kemas halaman atau kebun sekeliling rumah dengan kerap. Persekitaran yang penuh semak-samun yang tidak terurus bakal mengundang haiwan ini untuk menyelinap masuk tanpa disedari.
Elakkan menanam pokok yang terlalu lebat dan tinggi kerana ia boleh menjadi tempat persembunyian yang selesa buat sang ular.
Periksa semua lubang di sekitar kediaman, jangan dibiarkan terbuka atau terdedah dan mempunyai air bertakung. Apabila cuaca panas, ular akan mencari kawasan berair dan lembap bagi menyejukkan badannya.
Pastikan kediaman sentiasa dalam keadaan yang kemas dan bersih. Elakkan kawasan bawah katil dan almari tidak dipenuhi dengan barang-barang kerana ditempat tersorok dan gelap beginilah ular suka duduk.
Tikus merupakan salah satu sumber makanan ular. Jadi, hapuskan kehadiran tikus di kediaman dengan memastikan keadaan dan persekitarannya sentiasa bersih. Buang semua sisa makanan yang dapat mengundang tikus.
Sediakan perangkap ular di kawasan kediaman dan anda boleh gunakan tikus sebagai umpan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kalau menumis, mesti terpercik-percik pada lantai dan dinding kan. Kenapa keadaan ini berlaku? Ia disebabkan oleh molekul air dan minyak yang tidak menyatu. Lagi kuat api ketika masakkan, lagi banyak dan tinggi percikkan akan berlaku.
Bukan mudah ye nak bersihkan percikkan sambal ni. Nak-nak kalau yang dah kering. Memang makan masa untuk bersihkan. Tapi, sebenarnya ada caranak elak masalah ini.
Pakar sains dari Majalah Sains berkongsi tip mudah elak bahan tumis merecik dan mengotorkan dapur anda. Antaranya ialah:
1. Kisar bahan dengan minyak. Ia bertujuan menggurangkan kandungan air yang diguanakan untuk mengisar
2. Masak dalam keadaan api perlahan. Bila suhu tidak terlalu tinggi, kadar percikkan pun rendah. Namun, ia akan menyebabkan tugas memasak anda lambat kerana air disejat secara perlahan
3. Gunakan kuali kalis lekat (non-stick). Penggunaan kuali kalis lekat dapat mengurangkan kadar pengaliran haba pada bahan masakkan
4. Gunakan kuali yang besar dan dalam untuk menampung jumlah percikkan
5. Jika bahan tumis manggandungi kadar air yang tinggi, tumis dulu tanpa minyak. Selepas kandungan air dalam tumisan kurang, baru masukkan minyak dan tumis seperti biasa
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kerusi kayu yang sebelum ini nampak buruk terus nampak ‘wow’ lepas di ‘makeover.’ Ramai yang masih simpan kerusi kayu lama ini sebab ada nilai sentimental. Jangan dibuang kerusi kayu klasik ini kerana ia boleh diubahsuai.
Siapa sangka kerusi kayu yang nampak buruk dan usang yang sebelum ini siapa pun tidak mahu memandang kini berubah wajah. Terus nampak mahal! Mari kita lihat hasil ‘makeover’ kerusi kayu yang sebelum ini nampak buruk akhirnya bertukar menjadi kerusi mahal.
Elak sebelum dijangkiti! Penularan demam influenza yang semakin meningkat akhir-akhir ini memang membimbangkan. Pencegahan influenza perlu diutamakan oleh setiap pemilik kediaman untuk melindungi keluarga daripada risiko jangkitan.
Demam influenza (flu) merupakan penyakit pernafasan berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza, yang menjejaskan hidung, tekak, dan paru-paru. Penyakit ini merebak melalui titisan pernafasan ketika batuk, bersin, atau bercakap, serta melalui sentuhan dengan permukaan tercemar. Gejalanya termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit otot, dan keletihan.
Ramai dijangkiti virus ini tanpa mengira peringkat umur, bayi, kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, berikut adalah tip pencegahan influenza yang boleh diamalkan di rumah untuk memastikan kebersihan dan kesihatan keluarga sentiasa terjamin.
Langkah Pencegahan Influenza di Kediaman
1. Kerap Cuci Tangan
Gunakan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat. Letakkan hand sanitizer (minimum 60% alkohol) di pintu masuk dan ruang utama rumah.
2.Lakukan Pembersihan Permukaan Harian
Bersihkan pemegang pintu, suis lampu, meja, alat kawalan jauh, telefon dan sinki menggunakan disinfektan. Gunakan tisu basah anti-virus atau semburan disinfektan rumah.
3. Elak Berkongsi Barangan Peribadi
Jangan kongsi tuala, sudu, cawan atau alat penjagaan diri walaupun sesama ahli keluarga.
4. Pastikan Pengudaraan Baik
Buka tingkap setiap hari untuk menukar udara dalam rumah. Guna penapis udara (air purifier) jika mampu untuk meningkatkan tahap kebersihan udara dan pencegahan influenza.
5. Cuci Pakaian & Cadar Lebih Kerap
Tukar cadar dan sarung bantal seminggu sekali (lebih kerap jika ada ahli sakit). Basuh pakaian pesakit secara berasingan untuk mengelakkan penyebaran virus.
6. Galakkan Pemakaian Pelitup Muka Dalam Rumah
Jika ada yang bergejala, minta mereka pakai pelitup muka apabila keluar dari bilik untuk langkah pencegahan influenza tambahan.
7. Kuarantin Ahli Keluarga Yang Dijangkiti
Asingkan mereka ke bilik berasingan jika boleh. Sediakan tisu, tong sampah bertutup, ubat dan bekalan sendiri dalam bilik.
8. Sokong Sistem Imun
Makan makanan berkhasiat, tidur cukup dan kekal hidrat. Galakkan pengambilan vitamin C dan probiotik secara semula jadi bagi menyokong pencegahan influenza dari dalam.
Tip Kebersihan Rumah Untuk Elak Influenza
1. Disinfeksi Permukaan Sentuhan Tinggi (Harian)
Bersihkan pemegang pintu, suis lampu, alat kawalan jauh, pemegang peti ais, sink dan tandas. Gunakan disinfektan berasaskan alkohol atau peluntur yang selamat untuk digunakan di rumah.
2. Sediakan Tisu & Tong Sampah Bertutup
Letakkan tisu di ruang tamu, bilik tidur dan dapur. Gunakan tong bertutup untuk membuang tisu selepas digunakan bagi mengelakkan penyebaran virus.
3. Kerap Tukar & Basuh Kain Lap & Mop
Elak guna kain lap basah berulang kali tanpa dibasuh. Gunakan air panas dan sabun untuk cucian yang lebih bersih dan berkesan.
4. Pastikan Lantai Bersih Setiap Hari
Sapu dan mop kawasan utama menggunakan cecair pembasmi kuman. Elak rumah berdebu kerana virus boleh melekat pada habuk.
5. Pembersihan Fabrik
Basuh cadar, tuala dan pakaian dengan air panas (jika sesuai). Elakkan berkongsi selimut, bantal atau tuala bagi pencegahan influenza yang lebih baik.
6. Kekalkan Udara Bersih
Buka tingkap setiap hari untuk pengudaraan. Gunakan penyegar udara antibakteria atau diffuser dengan minyak pati seperti eucalyptus, tea tree, dan lemon.
7. Cuci Mainan & Permukaan Anak-Anak
Lap dan cuci mainan yang sering digunakan, terutama yang diperbuat daripada plastik. Bersihkan tempat anak bermain setiap hari bagi mengekalkan persekitaran bebas virus.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pemilik kediaman untuk mengamalkan rutin kebersihan dan langkah pencegahan influenza yang berkesan di rumah.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!