Susah juga nak pastikan kediaman sentiasa dalam keadaan kemas dan rapi bila dah ada anak kecil. Bukannya apa, tak sampai pun 10 minit dikemas, rumah dah kembali tunggang langgang dan bersepah dengan segala mainan hasil ‘bantuan’ dari anak-anak. Mana ada masa nak susun semula, nak layankan kerenah anak lagi. Pening nya. Sebab itulah ramai ibu yang mempunyai anak kecil pilih untuk tidak menghias cantik rumah mereka takut-takut nanti ada tangan kecil yang tarik lapik meja, jatuhkan pasu, dan koyakkan wallpaper.
Tapi janganlah jadikan anak kecil sebagai alasan untuk biarkan rumah anda bersepah dan tidak dibersihkan. Lihat saja seperti pemilik akaun fb Nana Farhana yang tinggal memiliki kediaman teres dua tingkat terletak di Kemaman, Terengganu ini. Beliau mempunyai dua orang anak lelaki yang masih membesar tetapi itu tidak menghalang Puan Nana untuk mendeko rumahnya dengan cantik dan rapi. Dengan keluasan 1400 kaki persegi, rumah yang mempunyai 4 bilik ini telah dihias berinspirasikan daripada idea pemilik sendiri. Beliau berani untuk mix & match barangan, perabot dan perhiasan rumah yang mengambil masa lebih kurang 6 bulan sebelum pindah masuk kerumah ini.
Puan Nana merupakan penggemar warna-warna lembut dan earth colour kerana baginya warna memainkan peranan yang penting untuk kesan pencahayaan yang bagus agar ruang boleh nampak luas. Selain itu, beliau juga ada menggunakan hisan cermin untuk memaksimakan penggunaan ruang di kediamannya. Katanya lagi, “Sebab saya ada anak lelaki yang masih kecil, jadi kawan-kawan selalu tanya apa tips untuk buat anak-anak tidak mengusik barang hiasan”
Tip Rumah Kemas Walau Dengan Anak Kecil :
1. Biasakan anak-anak tengok semuanya dari lahir lagi. Jadi bila hari-hari tengok perhiasan yang pelik-pelik, mereka pun dah tak hairan nak usik. 2. Sediakan ruang atau bilik khas untuk mereka bermain biar mereka disiplin dan faham kalau nak main ada ruang tertentu sahaja yang dibenarkan. 3. Wujudkan satu “bakul kecemasan”. Benda ini sangat praktikal apabila ada tetamu yang tiba-tiba sampai ketika keadaan rumah masih bersepah dek mainan anak-anak. Kumpulkan sahaja semua mainan dan barangan yang berselerak kedalam bakul dahulu dan sorokkan pada satu sudut. Bila tetamu dah pulang barulah boleh sorting. 4. Amalkan konsep rumah tanpa stor atau cukup sekadar stor yg sangat kecil. Perkara ini dapat mendidik kita supaya sentiasa ingin memastikan rumah dalam keadaan kemas dan teratu. Tak adalah semuanya kita simpan distor dengan alasan “orang lain tak nampak”
Dibawah ini adalah gambar-gambar deko rumah perkongsian Puan Nana dengan IMPIANA. Selamat menghias!
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tak kira lah rumah saiz banglo atau PPR kalau tak bijak mengurus, memang rasa tak cukup je ruang yang tersedia. Lebih besar sesuatu kediaman, lebih banyak ruang akan kelihatan kosong atau tidak digunakan. kerja mengemas pun bukan mudah. Jika ruang kediaman sempit pula, anda perlu lebih kritikal dan kreatif untuk meletakkan semua keperluan dalam ruang yang sempit
Seperti yang dilakukan oleh Sakinah Nazeri. Saiz dapur yang sangat sempit berupaya disusun rapi dan dihias indah mengikut tema pink. Bijak optimumkan ruang dan kreatif menyusun keperluan menghasilkan sebuah dekor dapur sempit pink ini
Saya nak kongsikan dapur rumah saya yang tak seberapa ni. Rumah flat kos rendah.
Saya minat soft pink dan tak berapa minat pink pekat. Saya gunakan padanan putih bagi memberi seri kepada rona padanan pink lembut. Dapur ni hanya muat untuk 2 orang sahaja satu masa. Harap ia memberi inpirasi kepada semua
Ramai pemilik rumah pertama yang masih belum berpengalaman terlalu teruja ingin memasuki dan mula mengubah suai rumah baru tanpa terlebih dahulu melakukan beberapa perkara penting ini. Menurut pakar hartanah ini, pemilik perlu melakukan inspection atau pemeriksaan terperinci dan menyeluruh terhadap rumah baru tersebut. Sebaiknya setelah mendapat rumah baru anda jangan mengubah suai rumah tersebut dalam tempoh 18-24 bulan kerana pemaju yang akan menanggung kecacatan rumah tersebut.
SENARAI SEMAK PERKARA YANG PERLU PEMILIK LAKUKAN SELEPAS TERIMA KUNCI ;
1. Pastikan tiada takungan air dalam lantai tandas. Buat ujian air dengan simbah sebaldi air, pastikan air mengalir kelubang saliran.
2. Tiada jubin lantai yang retak, sumbing atau pecah.
3. Keadaan lantai bersih, tiada kesan tumpahan cat atau najis tukang buat rumah.
4. Keadaan dinding tiada keretakkan atau cat merekah.
5. Kesan lembapan dalam dinding akibat paip bocor, paip ada dalam dinding.
6. Setiap kunci pintu berfungsi dengan baik.
7. Tingkap dan pintu dapat dibukak tutup dengan baik dan rapat tanpa regangan.
8. Kualiti kayu pada pintu dalam keadaan baik tidak merekah atau berlubang dimakan ulat.
9. Tiada kesan kebocoran pada setiap tingkap, lihat keadaan selepas hujan lebat kawan!
10. Keadaan siling tidak beralun, retak, rata dan tidak melendut.
11. Pastikan tiada kesan air dan lumut pada siling,ini tanda kebocoran berlaku.
12. Pasang lampu seharian untuk uji arus elektik dan pendawaian baik dalam rumah.
13. Uji semua soket elektrik pastikan ianya berfungsi, guna plug hp untuk menguji juga boleh dilakukan.
14. Pastikan sinki tidak bocor dan berfungsi dengan baik.
15. Semua saluran dan tekanan air berfungsi dengan baik dan sekata. Lebih istimewa ajak isteri mandi sama sama!
Lebih istimewa waktu periksa ini dah ada orang rumah, boleh cat rumah sambil pegang tangan sama sama.
Sumber : Facebook Dr. Azizul Azli Ahmad
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Makover Dapur Rumah Sewa, Nanti Nak Pindah Kabinet Boleh Cabut Balik. Ramai beranggapan, bila duduk rumah sewa buat rugi je kalau kita dekor cantik-cantik. Nanti yang untung tuan rumah. Betul tak? Impiana nak tanya, siapa yang akan hidup dan bertapa dalam rumah tua? anda kan? Sudah pasti anda inginkan keselesaan.
Tuan rumah lebih hargai penyewa yang pandai menghias dan menjaga rumah jika dibandingkan mereka yang hanya duduk dan menyawa alakadar sahaja. Ini kan lagilah yang buat hal. Silap-silap, penyewa yang pandai menjaga dan menghias rumah ni pemilik boleh bagi harga diskaun lagi.
Ada juga yang bagi alasan nanti tuan rumah tak bagi tebuk dan pecah dinding. Ish! tak payah lah sampai macam tu. Cuba lihat cara Siti Sara hias dapurnya. Walaupun rumah sewa, Kabinet dapur tetap digunakan tetapi yang jenis pasang siap. kan cantik
Dapur rumah sewa jenis flat. Asalnya dapur ni tak ada kabinet. Kami suami isteri ubah suai pasang kabinet knoxhult. Suami saya pasang sendiri, tempat sinki pun dia buat sendiri. Pilih kabinet ni sebab boleh dibuka dan bawa sekali bila pindah.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.