Se

Memang trend sekarang nak murah, mudah dan banyak pilihan, beli barang di atas talian je. Banyak kedai-kedai online dan platform e-dagang yang menajdi pilihan pengguna. Antara yang terkenal, si oren dan biru. Meamng nampak mudah dan menguntungkan beli barang online ni. Tapi, tidak terkecuali ramai je yang tertipu apabila membeli secara online termasuklah mereka yang membeli “furniture”

Oleh itu, harus berhati-hati sebelum membeli apa juga barang atau perkhidmatan secara dalam talian ni. Bukan sahaja takut tertipu, tapi untuk elak anda kerugian. Oleh itu, sebelum anda meneruskan jual beli. Pastikan anda periksa dahulu 7 perkara ni

1. PERIKSA REPUTASI KEDAI

Ini antara perkara yang paling penting anda perlu lakukan. Pastikan kedai yang bakal anda berurusan mempunyai reputasi yang berkualiti. Macam mana nak periksa reputasi kedai ni? boleh perhatikan jumlah jualan dan “comment” yang ditinggalkan oleh pembeli.

2. PERIKSA JAMINAN TERHADAP BARANG

Ni jarang pekedai nak tawarkan. Tapi untuk penjual yang menajaga reputasi, ini antara hal yang harus ditawarkan. Ia sebagai pelindungan terhadapa barang sepanjang ia dalam proses penghantaran ekapda pembeli.

IKLAN

3. BUAT UKURAN TEPAT

Pastikan di ruang penerangan produk mempunyai detail yang lengkap terutamanya ukuran sesuatu barang. Seperti perabot, ukuran tapaknya sahaja yang tertera dalam detail produk, tidak mencukupi. Selain itu juga, ia penting untuk menentukan produk yang di beli sesuai atau muat dengan ruang yang tersedia

Elak Tertipu Beli “Furniture” Online, Wajib Ikut Tip Ni
cardmapr-KEMb3TSbZBc-unsplash

4. PERHATIKAN METARIAL

Sudah pasti ia salah satu kelemahan pembelian secara online apabila anda tidak dapat menyentuh fizikal produk. Jadi, anda tidak tahu apa jenis bahan yang digunakan. Gambar, tidak dapat menceritakan apakah bahan yang digunakan untuk emmbuat sesuatu produk. Oleh sebab itu, materialantara informasi wajib ada dalam detail produk

IKLAN

5. BERHATI HATI DENGAN WARNA

Adakalanya, warna yang terlihat pada skrin berbeza dengan fizikal. Tambahan, gambar produk yang diambil terletak di dalam studio dengan pengamatan cahaya khas. Bahkan, ada juga yang telah di edit pencahayaan dan bayang-bayang pada gambar.

IKLAN

6. PERIKSA EJEN PENGHANTAR

Terdapat banyak ejen penghantar yang digunakan. Dulu, ramai yang suka menggunakan jeyy end teyy. Tapi, leaps banyak masalah produk hilang dan barang rosak, ramai dah cuba elak menggunakan perkhidmatan penghantaran dari syarikat tersebut. Jika ada pilihan, pastikan ejen penghantar yang digunakan anda selesa dan tidak pernah ada masalah

7. TIDAK TERBURU-BURU MEMBELI

Ini yang paling penting. Namapk “shocking sale” tapi, jangan “shocking” sangat nak kejar masa takut tak dapat membeli harga yang ditawarkan ye. Periksa dahulu semua perkara diatas. Takut nanti, menyesal dikemudian hari

Elak Tertipu Beli “Furniture” Online, Wajib Ikut Tip Ni
tamanna-rumee-lpGm415q9JA-unsplash

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI