Rata-rata pemilik rumah sewa kini tidak berminat nak menghias kediaman mereka kerana beranggapan rumah itu bukan milik mereka dan mungkin hanya tinggal sekejap saja disitu jadi tak perlu membazir wang nak deko pun. Tapi sedarkah anda, rumah kita melambangkan keperibadian kita. Kalau rumah tak selesa dan kusam, apa pula orang akan fikir tentang tuan rumah tersebut nanti?
Itulah yang pemilik akaun fb Puan Syafiqah Syaza ingin tekankan kepada semua penyewa rumah diluar sana. Supaya jangan malas nak menghias atau mencantikkan kediaman walau hanya disewa sementara kerana ianya tidak memerlukan kos yang tinggi pun. Yang penting, perancangan yang teliti dan bijak. Kerana bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” jelas menggambarkan yang jika benar mahukan rumah yang cantik dan selesa, tak perlu tunggu cukup duit nak beli rumah sendiri pun. Mulakan dengan rumah yang disewa juga sudah memadai.
Terletak di Semabok, Bandar Melaka rumah sewa kampung yang mempunyai 2 bilik serta 1 bilik air ini dihias dengan konsep modern chinoiserie yang menggabungkan warna biru dan putih. Walaupun ruang terhad dengan keluasan 600 kaki persegi, tema itu dapat dizahirkan dengan baik sekali oleh pemilik. Perlu selalu diingat, hiasan dan susuan atur perlu disesuaikan dengan saiz ruang agar tidak nampak terlalu sarat dan serabut.
Mendapat ilham dan idea daripada perkongsian di IMPIANA sendiri, Puan Syafiqah mengambil masa lebih kurang 3 bulan sahaja untuk menyiapkan rumahnya sebelum musim perayaan yang lalu. Berlainan bagi setiap individu, beliau lebih selesa membeli barang online seperti di Shopee kerana mudah dan jauh lebih murah berbanding harga barang diluar sana. Jumlah RM1.5k termasuk perabot ruang tamu yang dibeli di kedai secondhand perabot hotel telah dibelanjakan. Pesan Puan Syafiqah lagi,
Bagi saya, untuk mula menghias kediaman, kena bermula dari rajinkan diri mengemas. Bila kemas, dari situ kita boleh fikir untuk idea dekorasi mengikut citarasa sendiri. Dan bagi saya, untuk menghias tidak perlu barang yang mahal, cukup nampak cantik dan harga berbaloi sudah memadai.
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Throw cushion adalah aksesori penting yang mampu menaikkan seri ruang. Kini terdapat pelbagai bentuk dan corak kusyen tabur ini malah rambang mata apabila memilihnya di gedung-gedung dekorasi. IMPIANA bawakan tip bagaimana berguna untuk anda bagi memanjangkan hayat aksesori ini agar sentiasa kelihatan baru.
1. Elakkan merendam terlalu lama sarung kusyen kecil anda terutama yang bermanik dan berlabuci. Cucian kering lebih sesuai jika terdapat kotoran degil.
2. Pastikan kawasan laluan zip kusyen anda tidak berserabut dengan juraian benang atau fabrik. Ini bagi mengelakkan ia tersumbat dalam struktur kepala zip dan menyebabkan zip pecah.
3. Jangan lupa cungkil kekotoran di bahagian bucu jahitan. Adakala serat-serat halus berkumpul di kawasan situ.
4. Jika anda menggunakan fabrik baldu mahu pun manik penuh, lebih sesuai jika dihantar ke cucian kering bagi memastikan keadaannya kekal cantik.
5. Jika sarung kusyen anda menggunakan busa sebagai pelapik dalam dan perlu mencuci nya dengan cermat dan elakkan dalam muatan yang sangat banyak. Jika terdapat kekotoran, anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk menyental.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Nak Ruang Tamu Kemas Dan Rapi, 6 Barang Ni Tak Patut Ada. Ruang tamu seharusnya menjadi ruang yang paling aman dan selesa. Kerana diruang inilah anda akan melayan tetamu dan mungkin menjadi ruang santai juga. Namun, IMPIANA perhatikan ramai yang tidak hiraukan ruang tamu mereka bersepah dengan barang harian yang digunakan.
Kalau kemas pun, sekejap je. Untuk ambil gambar atau terpaksa kemas sebab ada tetamu nak datang, Betul tak? INI SEPATUTNYA TIDAK BERLAKU. Untuk pastikan ruang tamu anda sentiasa kemas dan rapi, 6 perkara ni tidak patut berlaku
1. TIMBUNAN BARANG.
Ruang tamu adalah ruang yang perlu sentiasa rapi. Sebab tu tak, elak letak barang yang tak sepatutnya seperti beg, mainan dan sebagainya. Sediakan satu ruang lain yang berfungsi sebagai drop off anda.
2. PERABOT YANG TERLALU BESAR
Penggunaan rekaan perabot dempak atau besar untuk dekorasi dah ketinggalan zaman. Tak kiralah rumah anda luas mana pun, pemilihan perabot gaya minimalis dan ringkas lebih praktikal.
Menurut pakar rekaan dalaman Assenberg, penggunaan tanaman atau bunga tiruan adalah sesuatu yang tidak patut. Ianya hanya menggalakkan habuk atau dibu lebih mudah diperangkap.
Sebaiknya, gunakan tanaman asli kerana ia lebih mempunyai fungsi membantu detoksifikasi udara di rumah secara tidak langsung. Tambahan, hidupan segar mengundang aura positif di dalam kediaman
4. TERLALU BANYAK KUSYEN ATAU BANTAL
Kusyen merupakan kemasan lembut yang memainkan peranan yang penting dalam apa juga gaya dekorasi. Tapi, jika jumlahnya terlalu banyak ia hanya akan menyebabkan dekorasi andak kelihatan terlalu padat walaupun telah disusun rapi. Cukuplah 3 biji untuk sofa 2 seater dan 6 biji bagi sofa yang lebih panjang
5. BEAN BEG
“Penggunaan bean beg di ruang tamu adalah sesuatu yang tidak bijak,” Amira Johnson. Pereka dalaman dari Emerald Doors
Bean beg sebenarnya memakan ruang yang banyak dan agak sukar untuk dipadankan dengan perabot yang lain. Sebaiknya gunakan perabot yang strukturnya kukuh di ruang tamu. Mankala bean beg hanya sesuai di bilik kanak-kanak
6. LANGSIR BERENDA DAN TEBAL
Seperti penggunaan perabot bersaiz besar, langsir dengan ropol yang sarat atau tebal pun pilihan yang sudah ketinggalan zaman. Tambahan, langsir yang tebal hanya akan menyekat sumber pencahayaan semula jadi dari memasuki ruang tamu. Secara tidak langsung, ia hanya akan menyebabkan ruang tamu anda kelihatan kusam
Nak beli langsir murah dan cantik, boleh ke kedai online. Klik je link yang diberikan ni https://invol.co/cl9gxju Nak Ruang Tamu Kemas Dan Rapi, 6 Barang Ni Tak Patut Ada
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kebanyakkan rekabentuk rumah baru kini dibina dengan bumbung yang flat atau rata. Dari segi estetiknya, sudah tentu design sebegini nampak lebih kontemporari dan sleek. Tetapi tahukah anda, terdapat beberapa hal yang perlu dititikberatkan sebelum memutuskan untuk membeli atau membina rumah dengan bumbung rata.
Ramai pembeli masih musykil dan ragu-ragu tentang hal ini jadi Dr. Sr. Nuzaihan Aras Agus Salim dengan besar hatinya ingin berkongsi tips dan nasihat agar para pembeli tidak melakukan kesilapan yang akan memberi impak pada jangka masa panjang. Maklumlah, kos renovasi untuk bumbung sudah tentunya akan memakan belanja yang banyak. Kan rugi nanti.
Nota penulis :Perkongsian ini pada asalnya dikongsikan di laman facebook Sr. Nuzaihan Aras Agus Salim atau Uniey Aras selaku seorang pensyarah Ukur Bangunan di Universiti Sains Malaysia. Artikel ini telah diolah untuk diterbitkan semula dalam laman digital IMPIANA dengan izin beliau.
Jika disoal tentang perihal bumbung rata ini, Dr. Uniey berpesan supaya jangan panik apabila sudah terbeli atau memiliki rumah dengan flatroof kerana tidak semua bumbung rata memberi masalah. Berikut adalah pandangan beliau melalui ciri-ciri rekabentuk bumbung rata dan kesan terhadap penyenggaraan bangunan. Bumbung yang rata ini tidak akan menimbulkan masalah jika:
– Ada sedikit kecuraman pada bumbung.
– Sambungan bumbung rata kepada setiap elemen utama bangunan seperti dinding dan bumbung rata dilihat melalui menggunaan flashing atau tidak nampak dari luaran, bermaksud terdapat lapisan kalis lembap dalam perincian sambungan bumbung rata ke dinding.
– Material yang digunakan melalui perincian elemen bumbung rata atau dikenali sebagai flat roof detailing yang lengkap.
Masalah juga akan timbul sekiranya terdapat kelemahan kualiti dari perkara di atas.
Contohnya:
1. Masalah kualiti lepaan di mana kontraktor tidak memastikan bumbung tersebut dlm keadaan sedikit curam mahupun meratakan permukaan. Akibatnya, bumbung akan menakungkan sedikit air apatah lagi kandungan yang banyak.
2. Kelemahan dibahagian sambungan. Tiada lepaan Damp Proof Course (DPC) dari bumbung ke dinding untuk elakkan serapan air, atau, tiada flashingsheets seperti aluminium diletakkan di sambungan ini untuk mengelakkan air meresap melalui percikan air hujan.
3. Penggunaan material kalis air tidak digunakan bagi mengelakkan serapan air. Serta tidak mempunyai saluran tread di bawah bumbung rata. Tread merupakan satu garisan lurus dan panjang serta mempunyai kedalaman lebih kurang 3mm dan lebar lebih kurang 10mm. Tujuan elemen ini adalah untuk mengelakkan air hujan yang mengalir di tepi bumbung rata lalu melimpah dan mengalir masuk ke bahagian tengah bumbung.
Kerosakan bagi kelemahan di atas, pembeli akan menerima:
1. Siling dan bumbung berkulat akibat dari kelemahan kontraktor meratakan lepaan mahupun tidak membenarkan sedikit kecuraman air.
2. Air turut meresap ke elemen bangunan lain sepert dinding dan siling bangunan utama.
3. Air yang kerap mengalir menyebabkan ‘kebocoran’ di kawasan bawah bumbung rata sekiranya waktu hujan lebat.
Namun begitu, jika kesemua ini telah diambilkira oleh kontraktor dan arkitek, perkara ini tidak akan terjadi atau proses pertumbuhan kulat mungkin boleh dilambatkan. Oleh itu, bagi memastikan bumbung rumah anda ada elemen di atas, apa yang pembeli boleh buat adalah dengan melakukan sedikit ujian keselamatan.
1. Ujian laluan air. Anda perlukan getah paip yang panjang. Alirkan air yang sangat banyak ke atas bumbung kemudian lihat arah air itu mengalir. Jika air tiada arah atau tidak selari, bermaksud bumbung anda tiada kecuraman. Oleh itu, anda ambil spirit water level yang boleh didapati di hardware dengan harga kurang RM10 untuk letakkan di tengah tengah dan tepi bumbung rata tersebut. Lihat spirit level berkenaan. Buih itu duduk di tengah-tengah atau menyenget. Seharusnya ia menyenget. Lihat kecenderungan buih dalam garisan air tersebut. Buih seharusnya keluar dari garisan tengah. Di mana kedudukan buih berada bermaksud di situ kawasan lebih tinggi.
Jika terdapat buih di tengah, anda tunggu sebentar sehingga hampir 70% air mulai kering. Lihat kawasan takungan air. Di mana kawasan air bertakung itu bermaksud, di situ contractor tidak melakukan lepaan rata dengan baik. Pastikan takungan tidak langsung berlaku walaupun kedalaman takungan hanya 1mm. Anda ambil gambar dan majukan kepada kontraktor untuk pampasan. Tetapi boleh tuntut dalam tempoh DLP. Jika tidak, anda perlu baiki sendiri.
2. Ujian kedua adalah melalui pemerhatian. Anda kena lihat di setiap sambungan bumbung rata ke dinding. Ada atau tidak kepingan aluminium sama ada di cat atau tidak, ia seharusnya di situ. Jika tiada, ini sedikit rumit. Anda perlu lihat, jika hujan lebat, ada atau tidak resapan air ke dalam (1) dinding atau siling rumah anda yg saya pasti, kawasan ruang tamu atau bilik utama atau (2) resapan air di bawah siling garaj kereta sambungan ke dinding luar rumah. Ambil gambar untnk tuntutan jika masih di bawah DLP atau puan perlu baiki dengan saranan di atas (No 2)
3. Ujian observation melihat ada ya “tread”. Lihat di bawah bumbung rata di kelilingnya. Pastikan ada satu alur dgn kedalaman 3mm dan jaraknya lebih kurang 100mm dr tepi bumbung rata anda. Dan dari masa ke semasa, anda kena pastikan alur ini tiada kulat, perlu dibersihkan. Jika tidak, air akan melalui di atas kulat berkenaan dan masalah yg sama turut terjadi. Jika tiada tread, tidak mengapa cuma akan ada lembapan kelak. Anda ambil gambar dan buat aduan. Jika tidak, anda terpaksa membuat tread tersebut dgn menebuk lubang siling dan alur berkenaan.
Tambah Dr. Uniey lagi, “Tidak semestinya bumbung rata itu ada masalah. Bagi mata kasar saya, masalah yang berlaku hanya di luar bangunan. Namun begitu, sebagai pembeli anda cubalah jalankan ujian yang saya sarankan tadi.”
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.