Sedapnya pucuk paku tumis sotong, urap atau kerabu pucuk paku kan? Harga pucuk pau ni boleh tahan mahal juga di pasaran. Tapi, kalau beli di pasar, selalu banyak yang dah tua. Yang tua ni kalau masak, liat la hai sampai tersangkut dekat tekak.
Masalah ini turut dialami penggemar pucuk paku En. Zaid Aziziy Yaakob. Berkongsi pengalamanya pernah terserempak dengan haiwan berbisa ketika mencari sendiri pucuk paku di tepi sungai membuat kan beliau mengambil keputusan untuk tanam sendiri je pucuk paku di tepi rumah. Kini En. Zaid boleh menikmati pucuk paku segar bila-bila masa sahaja.
Berikut cara-cara tanam pucuk paku di tepi rumah yang dikongsikan oleh En. Zaid:
Ads
1. Cari anak pokok paku yang tumbuh di tepi pokok paku (kalau nampak tepi jalan ada pokok paku boleh ambil. Minta izin, kalau tanah bertuan).
2. Boleh tanam dalam pasu, guna tanah yang sedia ada di rumah pun boleh.
Ads
3. Pastikan ambil banyak anak pokok. Bila banyak rumpun baru dapat banyak pucuk. Jika subur satu rumpun ada 2-3 pucuk saja, kalau kurus, satu pucuk saja.
Ads
4. Pokok paku ini kena siram hari-hari tambah lagi musim panas.
5. Tip supaya pucuk paku gemuk menghijau boleh buat air siraman ini. Ambil sisa dapur dari kulit bawang, kulit telur (tumbuk dan kisar dulu). Kemudian masuk dalam bekas yang dicampur air hujan, perap selama 3 hari.
6. Selepas 3 hari boleh guna untuk siraman. Selepas itu siram pula dengan air biasa. Pokok paku memang suka basah lencun.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ruang balkoni di kediaman sering kali dilupakan dan tidak menjadi keutamaan ketika proses mendeko. Tapi sedarkah anda, sebenarnya, balkoni mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi ruang kegemaran buat keluarga berehat dan santai bersama.
Jika anda tiada idea, mulakan dengan memasang rumput tiruan pada balkoni bagi menaikkan serinya.Kemudian boleh la mula menghias!
Antara kelebihan penggunaan rumput tiruan termasuklah :
Ia lebih mudah untuk diselengarakan.
Sesuai untuk ruang laman yang kurang pendedahan cahaya matahari.
Ianya lebih menjimatkan.
Rumput tiruan tahan lebih lama mengikut kualiti dan jenis material.
Sentiasa cantik, tidak kotor dan selesa untuk dipijak.
Cara pemasangan rumput tiruan di ruang balkoni
1. Kenal pasti ruang yang hendak di pasang dan pastikan ia sesuai untuk pemasangan rumput tiruan.
2. Bersihkan kawasan yang hendak diletakkan rumput tiruan daripada sebarang kotoran. Alih dan kosongkan kesemua perabot yang terdapat pada ruangan tersebut.
3. Ukur ruang balkoni anda dengan pita pengukur supaya ukuran yang dibuat lebih tepat. Selain itu, pastikan lantai anda sama rata.
4. Bentangkan rumput tiruan memenuhi ruangan yang telah ditetapkan. Dan potong lebihan rumput tiruan. Sangat mudah anda hanya perlu memotongnya menggunakan pisau pemotong.
5. Setelah mendapat bentangan yang tepat, gunakan gam dunlop untuk melekatkan rumput tiruan pada lantai. Tuang gam dan ratakan gam pada keseluruh ruang lantai. Kemudian hamparkan rumput tiruan tadi.
6. Untuk mencantikkan lagi ruang balkoni anda, letakkan batu perhiasan seperti batu sungai pada sepanjang sudut tepi balkoni.
TA-DAA dah siap . Mudah dan hasilnya pun sangat memuaskan! Selamat mencuba semua.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Siapa yang tak suka pada aroma kek panas yang baru keluar dari ketuhar memenuhi segenap ruang di kediaman. Inilah kelebihan mempunyai pembuat kek dirumah. Walapun bahaya buat bacaan kalori kita, tidak salah sekiranya kita menikmati kek pada hari-hari istimewa kan?
Jika tidak di dapur, pastinya si pembuat kek mempunyai satu ruang khas untuk beliau berkarya dengan aman tanpa gangguan luar.
Seperti yang dikongsi Ainie Syeema di Facebooknya, beliau sebagai seorang professional baker sudah tentu mempunyai bilik khas dimana kerja-kerja baking dijalankan, serta bahan dan peralatan disimpan.
Bercuti baking sementara waktu, masa ini lah berpeluang nak buat deep cleaning Bakingroom, check balik barang yang ada, mungkin ada juga bahan yang sudah expired.
Percaya lah masa ni juga anda akan jumpa barang yang sudah lama dicari, tak jumpa lepas tu beli lagi. Sudahnya ada 2, 3 benda yang sama. Salah satu nya adalah nozzle.
Bilik hanya berkeluasan 6×7 kaki. Disini lah tempat bertapa menyiapkan tempahan tanpa terlalu menganggu bahagian dapur rumah. Di dapur hanya letak oven dan cooling rack.
Susun atur adalah Open Concept. Supaya semua nampak, senang nak cari barang. Tidak perlu terlalu fancy. Yang penting praktikal. Setiap barang kena ada ‘rumahnya’ sendiri. Setiap bahan juga kena ada label untuk elakkan tertukar. Sebagai baker, kena ada disiplin, dimana ambil, disitu juga letak kembali. Demi kesenangan dimasa hadapan.
Semuanya tersusun rapi dan terletak pada tempat yang sepatutnya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.