EDRY Hias Kediaman Dengan Hydrangea & Bunga Ros Yang Ditanam Sendiri Di Laman Rumah. Siapa sangka selain berbakat dalam bidang seni, penyanyi dan komposer Edry Abdul Halim,49 juga meminati aktiviti bercucuk tanam di laman rumah.

Pruning Pokok Hydrangea & Ros

Dalam perkongsian di Instagram, Edry yang baru sahaja kembali ke rumahnya di Bamford, Manchester, United Kingdom (UK) dan berkongsi pokok-pokok yang ditanam sendiri di laman rumahnya di sana. Antaranya seperti Hydrangea dan Ros.

Edry seronok melakukan aktiviti (pruning) memangkas dan memetik beberapa kuntum bunga Siti Zubaidah atau nama saintifiknya Hydrangea rona biru dan ungu serta bunga ros rona merah jambu untuk dihiasi di dalam pasu hiasan.

Malaysian gardener back in action🌹🪻🏵️
Thanks semua yg kongsi nama melayu Hydrangea ialah Bunga Siti Zubaidah & 3 bulan..baru saya tahu.

EDRY Hias Kediaman Dengan Hydrangea & Bunga Ros Yang Ditanam Sendiri Di Laman RumahEDRY Hias Kediaman Dengan Hydrangea & Bunga Ros Yang Ditanam Sendiri Di Laman Rumah  EDRY Hias Kediaman Dengan Hydrangea & Bunga Ros Yang Ditanam Sendiri Di Laman Rumah EDRY Hias Kediaman Dengan Hydrangea & Bunga Ros Yang Ditanam Sendiri Di Laman Rumah

Ads

Dekor Kediaman Bunga Segar

Menurut Edry lagi, bunga-bunga segar ini seharusnya dipetik lebih awal ketika musim bunga (spring) namun atas komitmen kerja berada di Malaysia, bunga-bunga tersebut dipetik hanya sekembalinya dia ke rumahnya di Manchester,UK ketika masuk musim panas.

Edry meletakan bunga-bunga segar tersebut di meja kopi di ruang tamu, meja makan di dapur dan meja konsol. Terus naik seri ruangan ini apabila dihiasi dengan bunga-bungaan segar. Lebih istimewa apabila ia dipetik dari laman rumah sendiri.

EDRY Hias Kediaman Dengan Hydrangea & Bunga Ros Yang Ditanam Sendiri Di Laman RumahEDRY Hias Kediaman Dengan Hydrangea & Bunga Ros Yang Ditanam Sendiri Di Laman RumahEDRY Hias Kediaman Dengan Hydrangea & Bunga Ros Yang Ditanam Sendiri Di Laman Rumah

Ads

Mendirikan rumahtangga bersama Milia Mohammed, pasangan bahagia ini baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan ke-25 pada 5 November lepas dan dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Emil, 24; Edylia, 21, Emery, 17 dan Elya, 14.

Ads

Mesti Baca: Tugas Edry Setiap Tahun ‘Selimut’ Tanaman ‘Daphne’ Di Laman Rumah Dari Terkena Salji
Baca Lagi Di Sini: Ini Yang WAJIB Anda Lakukan Apabila Hydrangea Yang DI Tanam Dah Bertahun Tak Berbunga
Artikel Menarik: Pokok Siti Zubaidah Cantik Tapi Getahnya Bahaya, Hati Hati Tanam Di Laman

IMPIANA: Tahniah Edry, tak sangka minta aktiviti bercucuk tanam juga. Memang seronok dapat memetik hasil bunga-bungaan segar dari laman sendiri.

Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI