Membersihkan lantai dan mop lantai mungkin dilihat seperti suatu tugas yang mudah dilakukan. Namun untuk pastikan hasil lantai terasa bersih dan berkilau semestinya memerlukan tenaga yang banyak untuk dilakukan.
Maklumlah kena sental lebih daripada biasa bagi menanggalkan kesan kotoran yang melekat dilantai.
Pun begitu jika anda ikut petua atau tip ini, tak perlu pun beli pencuci lantai yang mahal. Boleh guna saja bahan yang sedia ada di rumah iaitu pelembut pakaian dan cuka.
Tip menggunakan cuka dan pelembut pakaian ini juga memang sering dikongsi oleh netizen berkait dengan pembersihan lantai. Bancuhannya seperti berikut;
Ads
1/2 baldi air 1/2 tutup pelembut pakaian/softener 5 titis cuka
Campurkan semua bahan ini dan mop lantai seperti biasa.
Ads
Cuka yang diperlukan hanya beberapa titis saja yang bukan sampai setengah cawan. Jika guna banyak, nanti lantai akan jadi melekit dan berbau cuka pula.
PASTI ramai dalam kalangan kita akan berasa kecewa apabila lantai sudah dimop bersungguh-sungguh tetapi tetap nampak tak bersih dan berkilat. Hal ini kebiasaannya terjadi pada lantai yang berjubin (tiles).
Namun, kaedah yang dikongsikan oleh Heze Zamri ini sangat bagus dan praktikal. Hanya mengunakan pencuci pinggan untuk mop lantai tiles di rumah. Hasilnya memang bersih berkilat. Menurut beliau lagi, tip ini turut digunakan oleh kontraktor pembersihan.
Ini Perkongsiannya :
Sekadar sharing 🤭☺️
Petua nak bagi licin Dan kilat tiles rmh uols, guna sunlight je gaisss 👍🏻😂 buh sikit je then bancuh laa dgn air paip pastu mop laa sambil dengar utube 🤪
Petua untuk lantai tiles rumah licin dan kilat.
Caranya, guna Sunlight saja, letak sikit saja kemudian bancuh dengan air paip dan boleh terus mop lantai.
Sebelum ini mop guna sabun lantai, hampir 10 kali mop debu pasir masih kelihatan kesan dari renovation rumah tapi lepas guna Sunlight sekali mop saja terus bersinar.
Oh ye Petua ni di sharing oleh saudara ibunda yg duk KL sbb dia mmg contractor cleaning services, Dan kebetulan dia xcukup kakitangan utk Bantu akakcomel so dia share laa Petua ni, thank you uncle Hussin 😘
Inilah hasilnya selepas dibersihkan. Memang berkilat kan.
Lepas ni senang dan jimatlah, boleh beli satu sabun untuk dua kegunaan terus. Sangat praktikal kan?. Selamat mencuba!
Rupanya salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang berbanding tombol.
Ini kerana walaupun ia hanya perkara kecil, namun pemilihaan rekaan Tuil Jenis Pemegang ini menjadikan ia lebih selesa, memudahkan dan besar maknanya bagi golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa, ibubapa kita pun akan selesa.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Perubatan Rehabilitasi
Ilustrasi oleh: Azari Mat Yasir
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermaanfat. Jadi jika nak tukar pintu bilik atau rumah, pastikaan pilih tuil jenis Pemegang (Handle) berbanding tombol (Knob) iya. Barulah ia mesra golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.