Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami isteri.

Sesiapa pun tak dibenarkan masuk sesuka hati walaupun anak sendiri tanpa kebenaran mak ayahnya. Tempat privasi yang mak ayah kena ketatkan peraturan supaya anak-anak tak boleh sesuka hati masuk ke bilik.

Sebagai tetamu pula, ajar anak dari rumah, kalau pergi rumah orang jangan masuk bilik tidur orang lain tanpa kebenaran. Walau ahli keluarga sendiri, kena minta izin sebelum masuk bilik tidur orang. Belajar hormati hak privasi orang lain. Lebih-lebih lagi ruang peribadi mereka.

Dilarang Masuk Bilik Pasangan Yang Telah Berkahwin

Ini kerana dalam Islam, ada masa-masa yang kita dilarang sama sekali masuk ke dalam bilik ibu bapa atau bilik yang ada pasangan suami isteri iaitu;

1) Sebelum Waktu Subuh
2) Tengah hari
3) Selepas Isyak

Anak-anak dilarang masuk ke dalam bilik IBU BAPA,

IKLAN

Ibu bapa dilarang masuk ke dalam bilik ANAK-ANAK yang dah berkahwin,

Saudara dilarang masuk ke dalam bilik saudara lain yang dah berkahwin,

Apatah lagi tetamu, dilarang masuk ke dalam bilik utama tuan rumah kecuali dengan izin.

BILIK TIDUR Ruang Privasi Pemilik Kediaman, Tetamu Jangan Sesuka Hati Masuk!

IKLAN

Dalam bilik tidur ada privacy yang tak boleh orang tengok, hatta ‘katil’ itu sendiri privacy utama pasangan suami isteri.

Kalau ada adik beradik atau ipar duai yang suka terjah bilik kita dengan pasangan, tegurlah mereka.

Kalau Ibu bapa kita suka masuk bilik kita dan pasangan, tegurlah ibu bapa kita dengan berhemah, bukan tegur pasangan supaya terima keadaan tersebut.

IKLAN

Buang perkataan ‘sporting’ untuk perkara yang memang bukan untuk ‘sporting’.

IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bilik tidur adalah ruangan privasi pemilik rumah. Tetamu atau sesiapa pun tak boleh masuk walaupun anak sendiri. Kena minta izin jika nak masuk, bukan main ‘terjah’ je sesuka hati.

Mesti Baca:Transformasi Bilik Tidur Utama Konsep ‘Modern English,’ Pintu Tandas Tersorok Dalam Almari
Baca Lagi Di Sini:6 Trik Super Jadikan Bilik Tidur Bebas Debu Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Menarik:3 Tip Untuk Bilik Tidur Kekal Sejuk Dan Nyaman Tanpa Air-Cond

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI