DRACAENA TRIFASCIATA Penapis Udara Semulajadi, Senang Dijaga & Sesuai Dekorasi Minimalis. Pokok Dracaena Trifasciata atau lebih dikenali sebagai lidah mak mentua (juga dikenali sebagai lidah jin), adalah salah satu tanaman hiasan yang sangat popular dalam dekorasi dalaman rumah.
🌿 Nama Saintifik: Dracaena trifasciata (dulu dikenali sebagai Sansevieria trifasciata)
🌿 Nama Tempatan: Lidah Mak Mentua / Lidah jin
Pokok lidah mak mentua bukan sekadar cantik untuk dekorasi, tapi ada banyak kelebihan lain yang ramai tak tahu.
🌿 KELEBIHAN POKOK LIDAH MAK MENTUA
1. Penapis Udara Semula Jadi
Disenaraikan oleh NASA sebagai pokok penapis udara terbaik!
Menyerap toksin seperti formaldehyde, benzene & xylene dari udara.
Bagus untuk ruang tertutup seperti bilik tidur & ruang kerja.
2. Hasilkan Oksigen Waktu Malam
Berbeza dengan kebanyakan pokok, lidah mak mentua hasilkan oksigen waktu malam.
Sebab tu sesuai sangat letak dalam bilik tidur untuk bantu tidur lebih nyenyak! Malah sesuai juga diletakkan pada ruang tamu dan dapur.
3. Senang Dijaga
Tak perlu siram hari-hari, tahan kering, dan tak cerewet. Tahan lasak dan senang dijaga
Ideal untuk orang yang sibuk atau baru nak mula tanam pokok.
4. Sesuai untuk Dekorasi Minimalis
Bentuk daun yang tegak dan sleek sangat kena dengan konsep moden, MUJI atau Scandinavian.
Ads
5. Anti Serangga
Ada yang percaya bau pokok ni boleh halau nyamuk dan serangga kecil.
Begini cara tanam dan jaga pokok lidah mak mentua (Dracaena trifasciata) supaya kekal cantik dan subur dalam rumah:
CARA TANAM POKOK LIDAH MAK MERTUA
1. Pilih Medium Tanah Yang Sesuai
Guna tanah yang cepat kering, campuran tanah hitam, pasir dan sedikit cocopeat sangat sesuai. Elak tanah terlalu lembap sebab akar pokok ini mudah reput.
2. Guna Pasu Bertakung Air
Pilih pasu berlubang di bawah untuk pastikan air keluar dengan baik.
Elak air bertakung sebab pokok ni tak suka akar terendam lama.
Ads
3. Cahaya & Lokasi
Pokok ni suka cahaya terang tapi tak kena matahari terus.
Sesuai sangat letak tepi tingkap, balkoni atau meja berhampiran cahaya.
4. Siraman Berpada
Siram seminggu sekali atau bila tanah nampak kering.
Jangan terlebih air, cukup basahkan sedikit saja.
5. Baja Untuk Kesuburan
Baja sebulan sekali pun dah cukup, guna baja organik atau baja cecair.
6. Pembiakan
Ads
Boleh dibiakkan dengan belah anak pokok (paling mudah) atau potong daun dan tanam terus dalam tanah.
💡 Tip Deko Impiana:
1. Letak pokok ni dalam pasu tinggi di sudut rumah atau atas rak terapung, confirm naik seri ruang tu!
2. Kalau nak kombinasi cantik dan berfungsi, tanam lidah mak mentua dalam pasu rotan putih atau concrete pot simple tapi classy!
IMPIANA: Jadi bagi yang sedang mencari pokok yang sesuai untuk diletakkan dalam rumah, boleh pertimbangkan pokok lidah mak mentua ini. Bukan sahaja mudah dijaga namun dapat membersihkan udara dalam kediaman secara semulajadi.
Frangipani atau juga dikenali pokok kemboja memang cantik dan sesuai untuk ditanam di laman rumah. Pokok ini seringkali di lihat di kawasan perkarangan kubur, lantaran baunya yang wangi dan mudah dijaga.Bunga kemboja mempunyai bau yang sangat harum seperti campuran bunga melur dan limau.
Pokok kemboja mula berbunga pada awal musim panas sampai musim luruh. Bunga-bunga pokok muncul pada tangkai di hujung dahan.Sekuntum bunga terdiri daripada sari salut berbentuk tiub 3-10.2 sm panjang yang pecah menjadi lima kelopak bulat dan berlilin. Kelopak-kelopak ini berwarna merah menyala, kuning, putih kekuning-kuningan, atau jingga.
Namun demikian, pokok ini juga sangat sesuai ditanam di laman rumah sebagai pokok tumpuan (focal point) kerana warna bunganya yang cantik dan harum. Bau bunganya lembut dan menenangkan, sesuai ditanam dekat patio atau laluan masuk.Sekaligus dapat menyerlahkan laman berkonsep Bali atau Tropika.
Ada beberapa perkara penting yang perlu pemilik laman ambil tahu sebelum membuat keputusan untuk menanam pokok kemboja ini.
1. Sangat Cantik & Eksotik
– Bunga besar, berwarna putih, kuning, pink atau merah.
– Harum terutamanya waktu pagi & petang.
2. Senang Jaga
– Tak perlukan banyak air (jenis tahan kering). Sesuai sangat untuk cuaca panas Malaysia.
– Boleh hidup dalam tanah biasa selagi ada saliran air yang baik.
– Tak cerewet baja.
3. Mudah Berbunga
– Kalau kena cahaya matahari penuh (full sun), dia akan berbunga sepanjang tahun.
4. Tumbuh Perlahan
– Tak cepat besar, jadi sesuai untuk laman rumah bersaiz kecil atau sederhana.
– Boleh bentuk macam bonsai atau trim jadi pokok renek rendah.
1. Tanam Sebagai Pokok Fokus (Focal Point)
Letak satu pokok Frangipani di tengah laman, pasangkan spotlight untuk efek dramatik waktu malam.
2.Padankan Dengan Batu Coral Putih
Letak batu koral atau kerikil putih di sekeliling pangkal pokok untuk tampak bersih & moden.
3.Gabungkan Dengan Elemen Air
Letak berdekatan kolam mini atau pancuran air, kombinasi pokok dan air beri rasa damai ala spa.
4. Pasu Besar di Sudut Laman
Frangipani juga sesuai ditanam dalam pasu besar. Letak di sudut laman atau dekat pintu masuk tampak eksklusif dan kemas.
5. Mix & Match Tanaman Tropika
Campur dengan pokok heliconia, keladi, dan palem kecil untuk gaya tropika maksimum!
Lokasi: Tempat panas & terbuka (minimum 6 jam cahaya matahari). Medium: Tanah berpasir atau tanah campur dengan saliran baik. Siram: Seminggu 1–2 kali sudah cukup (jangan terlalu kerap, akar mudah reput). Pruning: Trim bila perlu untuk bentuk pokok & buang dahan mati.
Boleh juga tanam dalam pasu besar (untuk kawalan saiz & mudah ubah).
IMPIANA: Jadi buat yang berhasrat untuk tanam pokok sebagai tanaman focal point di laman rumah, boleh pertimbangkan untuk tanam pokok frangipani ini. Bukan sahaja cantik dan nampak eksotik, malah mudah dijaga dan berbau semerbak harum.
Tip bajet buat renovasi ruang dapur, barulah hasilnya macam diidam-idamkan. Bila bercakap soal persiapan menjelang bulan mulia, dapur antara lokasi di dalam kediaman yang sangat penting. Malah banyak masa kita juga akan tertumpu di dapur.
Inilah ruang untuk menyediakan juadah sahur, berbuka puasa malah hari raya. Namun bagi yang berhajat untuk membina semula dapur baru atau memiliki sebuah dapur baru, terdapat beberapa perkara yang perlu di ambil kira. Jangan sesekali lepas tangan dalam memilih komponen dapur, kelak menyesal menggigit jari.
Berikut 10 perkara asas untuk anda beri tumpuan semasa membina dapur.
Pastikan pelan lantai anda cukup untuk ruang kabinetyang dirancang. Adakala kita terlalu bercita-cita tinggi sehingga, angan-angan melebihi realiti. Senaraikan apa yang anda perlu dari sebuah dapur. Bukan yang anda mahu. Ini termasuklah ruang untuk dapur basah dan dapur kering.
Di sesetengah pelan lantai, ruang mencuci juga sebahagian daripada dapur basah. Jadi saliran air masuk dan keluar perlu anda tahu. Begitu juga jika membuat pengubah suaian. Jangan alpa mengenai aliran udara masuk dan keluar kerana ia merupakan faktor keselamatan yang sangat penting. Malah anda yang kidal juga perlu memberi tahu pereka agar lokasi memasak anda tidak menjadikan anda kekok di dapur.
Benar bila bercakap soal dapur, siapa yang tidak mahu sebuah dapur yang mewah dan cantik. Di bina dengan material paling unggul. Namun kita perlu berpijak di bumi nyata. Tidak salah kita memilih material yang kurang mahal tetapi nampak cantik dan serasi pula dengan konsep kediaman. Cuma, jangan malas bertanya kepada kontraktor anda kelebihan dan kelemahan material yang anda pilih.
Jadi dengan ini memudahkan anda untuk menjaga material tersebut sebaik mungkin. Malah jika bijak menjaga ia bukan sahaja tahan lama malah kekal cantik. Biar pun anda memiliki kemasan atau material dapur yang bagus, namun itu tidak bermakna anda bebas mengabaikan dapur anda. Jika permukaan dapur anda sudah kusam, tidak mengapa jika anda menghabiskan masa sekitar dua hari hanya untuk mencanai permukaannya agar kembali bersinar.
Bila mereka bentuk sebuah kabinet , kita boleh merancang rekaan kabinet yang kita mahu. Apakah perkakas dapur yang banyak dalam koleksi. Adakah periuk besar atau koleksi set teh mahu pun spatula yang banyak. Jadi anda boleh menempatkan segala perkakas ini dengan kemas dan tersusun rapi.
Ada kabinet dapur yang direka sehingga aras 7’ tinggi sahaja , tetapi ada juga tuan rumah yang mahu kabinetnya tinggi sampai mencecah aras siling. Jadi ia lebih kemas menutupi keseluruhan dinding. Malah kini pereka juga berkongsi idea dengan rekaan dapur terselindung terutama di kediaman ruang terhad. Dapur dilengkapkan dengan pintu berpangsi dan boleh ditutup jika tidak digunakan. Jadi ruang yang sempit ini nampak cantik, kemas dan tidak mengganggu aktiviti lain.
4. Fungsi dan Fantasi
Kita acap kali mengimpikan sebuah dapur yang sempurna, sama seperti di dalam iklan. Namun realitinya kita terpaksa berhadapan dengan ruang yang ada di kediaman sendiri dan fitrah diri kita sendiri. Ragam kita apabila di sebuah dapur. Gerak kerja kita dan bagaimana boleh kita memanipulasi sebuah dapur.
Ada di antara kita lebih senang memasak sahaja di dapur dan mempunyai kamar membasuh sendiri atau pun ruang membasuh. Ada juga yang suka menggabung semua aktiviti yang memasak, menggosok baju dan membasuh baju di ruang dapur. Jadi anda perlu tahu bagaimana susunan semua peralatan ini agar memudahkan kerja anda di dapur dengan fitrah diri anda terutama jika anda seorang kidal atau kurang upaya.
5. Pilihan Kemasan Yang Sesuai
Sesebuah rekaan dapur. Ini merupakan antara langkah yang penting. Anda perlu tahu kemasan yang paling sesuai dengan dapur anda. Baik dari segi harga mahu pun gaya hidup anda. Adakah anda suka memasak atau tidak. Begitu juga adakah anda jenis yang agak comot bekerja atau seorang yang cermat.
Kemasan memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi nilai estetika kepada sesebuah konsep dapur. Sama ada legap, high gloss, matte, berkaca kabut dan lain-lain, kemasan ini membentuk karakter yang tersendiri. Ada di antara kemasan ini mudah dibersihkan atau juga yang akan meninggalkan kesan jika tidak dicuci berkali-kali. Anda malas atau rajin, tepuk dada tanya selera.
6. Pemilihan Penyendal
Ia bagaikan aksesori kepada rekaan dapur. Malah ia juga membentuk sesebuah karakter dapur. Daripada klasik ke moden, ia memberi nilai estetika yang berbeza dan harganya juga berbeza. Jadi fahamkan dengan betul apakah konsep dapur anda dan keserasiannya dengan tombol pintu kabinet anda. Ada juga pintu yang tidak memerlukan tombol dan direka begitu sofistikated dengan menggunakan tekanan jari.
Jadi jangan terlalu taksub hanya dengan melihat rekaan tombol yang pelbagai. Fikirkan juga rekaan pintu kabinet anda juga adakah ia dapat dijodohkan dengan baik dan cantik. Ia hanya sekadar pelengkap rekaan pintu kabinet dapur anda bukannya material utama yang perlu dilihat setiap masa.
7. Pencahayaan
Fahami pelan lantai dapur anda. Adakah ia gelap atau terang? Adakah anda memerlukan langsir nipis atau langsir senteng atau lebih sesuai bidai? Adakah anda memerlukan pencahayaan di bawah kabinet atas ? Adakah anda memerlukan pencahayaan lebih kerana warna kabinetnya gelap? Adakah kabinet anda juga memerlukan pencahayaan struktur yang ditempatkan di dalam kerana menggunakan kaca kabut?
Jika anda mahu melaram dapur kering anda, mungkin boleh ditambah down light atau halogen . Jadi rekaan istimewa dapur kering anda lebih menarik dan menyerlahkan ruang utama kediaman. Namun jika sekadar untuk membuat kerja-kerja dapur, pencahayaan asas sudah memadai.
8. Permukaan kaunter
Permukaan yang dimaksudkan adalah permukaan kaunter dapur anda. Adakah ia diperbuat daripada bahan padu, tahan lasak atau sekadar kayu mampat yang lebih murah. Kini terdapat beberapa permukaan yang lebih tahan lasak, mudah dibersihkan dan menyenangkan apabila disentuh. Ia merupakan satu permainan psikologi pada deria sentuhan kita.
Malah anda sendiri perlu bijak memilih warna material permukaan kaunter dapur anda agar lebih hidup dan menyenangkan. Jangan pula hanya kerana dapur anda hitam , habis sampai permukaan kaunter anda dihias dengan rona hitam. Tidakkah ia bahaya semasa memasak? Padanan seumpama ini juga perlu anda belek berkali-kali dengan kabinet dan kelengkapan lain agar tidak nampak asing dan canggung apabila siap kelak.
9. Aksesori
Tiada lain yang cukup indah pada sebuah dapur selain aksesori yang menarik. Bekas gila, garam, segala rempah ratus. Begitu juga pengisar makanan , ketuhar dan lain-lain lagi. Bukan sekadar pelengkap gaya tetapi menyerikan dapur anda. Pengeluar perkakas dapur juga banyak yang menyediakan rekaan ranggi untuk menghidupkan dapur para pengguna. Malah kebanyakan kelengkapan elektronik dan manual disempurnakan dengan rekaan kreatif pelbagai warna agar serasi dengan pilihan warna dapur idaman anda.
Jadi ada konsep yang memerlukan aksesori yang banyak dan pelbagai ragam. Ada juga yang memerlukan aksesori yang ringkas seragam seperti hitam, jernih mahu pun putih. Malah ada yang memerlukan aksesori yang minimal. Awas, jangan tersalah beli aksesori. Hiasan klasik di tempatkan pada dapur moden?
Bercakap soal kemasan, sekali lagi anda perlu bijak memilih corak dan warna. Kini pereka suka menemukan dua budaya atau dua zaman di dalam sebuah ruang. Bayangkan kabinet moden ringkas bebas corak aksesori kecil, diserlahkan dengan jubin Belanda yang popular di kediaman kolonial.
Belek juga permukaannya. Adakah sesuai dengan diri anda. Berkilau mungkin cantik namun jika anda gemar memasak menggunakan minyak yang banyak, ia mungkin memberi pengaruh kepada kesan lantai dapur anda. Mungkin jubin seperti slate atau granit matte mahu pun terracota sesuai untuk mereka yang cemerkap dan berusia. Apa pun biarlah ia sepadan dengan tema rekaan anda dan mudah dibersihkan.
Ramai yang beranggapan pokok anggur hanya boleh ditanam dan hidup subur di negara beriklim sejuk. Sebenarnya cuaca di Malaysia pun sesuai juga. Hafiz Husin antara yang berjaya menanamnya. Ada lebih 30 pokok anggur pelbagai jenis di tanam di laman rumahnya. Anak pokok anggur pelbagai jenis boleh je beli di sini.
Menariknya, pokok anggur yang ditanam di dalam pasu je, tak perlukan kawasan yang luas pun. Ikut cara yang dikongsikan ini memang menjadi, dalam masa setahun dah boleh berbuah lebat dan petik sendiri di laman rumah.
1.Mula-mula korek lubang kira-kira dua kaki.
2. Sediakan tinja kambing yang dah reput dalam satu bekas kemudian campak tinja kambing tersebut ke dalam lubang.
3.Gaulkan kesemua bahan-bahan ini. Nisbah 1:1 kesemuanya kecuali kapur pertanian agak-agak saja. Tujuan penggunaan kapur untuk neutralkan keasidan tanah.
4. Seterusnya masukkan kesemua adunan yang telah digaul ke dalam lubang.
5. Beginilah rupanya adunan tadi. Biarkan dulu tanah ni dalam 7-14 hari untuk “menyejuk’. Tujuannya supaya media terkompos dgn sempurna. Atau jika nampak anak-anak rumput mulai tumbuh di atas permukaan media, itu membawa petanda anak pokok anggur sedia utk dipindahkan.
6. Setelah cukup tempoh 1-2 minggu, korek semula lubang dan gunting bahagian belakang polibeg anak pokok anggur.
7. Masukkan anak pokok sekali dengan polibeg ke dalam lubang.
8. Kambus tanah di celah-celah luar polibeg yang berongga dan siram. Dah siap.
Selamat Mencuba!
IMPIANA: Nak cuba tanam sendiri pokok anggur dalam pasu boleh cuba cara yang dikongsikan ini, memang mudah dan tak perlukan laman yang luas pun.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!