Rak kasut, semua ada rak kasut kan di rumah? Tapi apa jadi kalau kasut yang ada dalam rumah tu terlampau banyak dan tidak ada ruang? Mula lah kita akan letak di lantai berselerak macam itu sahaja. Bila berselerak, ia akan nampak kurang dan tidak sedap mata dipandang oleh orang. Tapi jangan risau. Saya akan bagi idea untuk anda membina sendiri rak kasut dan dari bahan yang bagus dan mantap. Jom kita mulakan!
MEMBINA DENGAN MENGGUNAKAN PAIP PVC.
Bahan-bahan yang anda perlukan hanyalah: Paip PVC yang paling besar dan juga paku.
Kemudian, jika anda sudah mendapat kedua-dua bahan ini, maka bermulalah kita ya untuk membina rak kasut. Pertama sekali, potong paip PVC itu bagi macam ia muat untuk semua saiz kasut masuk dan pakunya ke dinding. Pastikan sebelum anda pakukan paip PVC ke dinding, anda sudah ada corak dan design kreativiti yang anda mahu.
MEMBINA DENGAN MENGGUNAKAN BAKUL
Ads
Bahan-bahan yang diperlukan: Bakul yang sama saiz dan berbeza warna dan mampu disusun bertingkat-tingkat, cable tie.
Cara-cara untuk membinanya adalah, susun bakul yang anda ada itu mengikut cara anda dan ketinggian yang sesuai. Selepas itu, ikat cable tie dengan kemas dan potong hujung cable yang terkeluar. Dan dengan itu, siaplah.
Ads
Dan yang terakhir ini, dia unik sikit.
MEMBINA DENGAN MENGGUNAKAN TIN MILO
Bahan-bahan yang diperlukan, senang dan ringkas sahaja: Tin Milo dan Paku Dinding.
Ads
Dah dapat dua bahan ini, kita pun mulakanlah proses membinanya. Mula-mula, pastikan tin milo itu sudah dicuci dan bersih sepenuhnya. Tandakan dahulu di dinding bagaimana anda mahu corakan bentuk rak kasut anda itu mengikut kreativiti. Selepas itu pakukan tin milo itu di dinding. Pastikan pakukan itu di tengah dasar tin tersebut. Dan akhirnya siaplah rak kasut dari tin milo.
Jadi, itu lah cara-cara anda membina sendiri rak kasut dari bahan-bahan yang telah disebut tadi. Anda tidak semestinya mengikut 100 peratus bahan di atas. Jika ada idea lain, boleh cuba membinanya sendiri mengikut kreativiti anda.
Miliki rumah mampu milik dengan kemudahan dan fasad seperti kondo
Ingin membeli hartanah masa kini bukanlah satu perkara yang mudah untuk yang baru memulakan hidup mereka. Apatah lagi yang baru dua tiga tahun berkerja, gaji tidaklah seperti yang diidamkan, bila buat pinjaman bank belum tentu lepas tedapat banyak kengkangan dalam ingin membeli aset atau hartanah ini. Harga rumah pun bukannya murah seperti 10 tahun lepas, saat itu yang bijak bermain dengan hartanah, jual beli rumah sememangnya menguntungkan.
Tetapi bukan masa kini lagi, ramai yang tidak dapat menjual rumah dan yang paling merunsingkan tidak dapat membeli kediaman idaman.
Terbitnya rumah mampu milik yang dapat meringgankan beban yang baru ingin membeli rumah membuatkan ramai mampu untuk memiliki kediaman masa kini.
Harga rumah yang berpatutan tetapi yang menjadi ada sesetengah individu yang kurang suka dengan ciri fasad kediaman serta fasiliti yang semestinya serba kekurangan. Bila sebut sahaja rumah mampu milik pasti ramai yang membayangkan rumah yang seperti rumah flat murah. Tanggapan ini meleset sama sekali dengan adanya pemaju masa kini yang telah tahu permintaan pembeli masa kini. Binaan fasad dan fasiliti yang lebih baik dan menarik menjadi tarikan ramai pemilik masa kini.
Rumah mampu milik merupakan rumah yang terletak di kawasan berkepadatan tinggi, hanya mempunyai ciri-ciri asas, rumah yang kurang menarik dan kemudahan yang terhad. Kualiti kehidupan merupakan perkara yang sering kali dipersoalkan memandangkan kebanyakan rumah mampu milik agak kecil dengan koridor yang sempit dan kurang pencahayaan, lebih banyak menggunakan tangga berbanding lif dan tiada ruang untuk kanak-kanak bermain atau untuk komuniti setempat berkumpul.
Myra Putra, sebuah pembangunan oleh OIB Group, di bawah Skim MyHome KPKT memaparkan konsep rumah mampu milik yang lain dari kebiasaan. Sambil menikmati rebat RM30,000 di bawah skim ini, pembeli boleh menjangkakan kehidupan yang berkualiti dengan adanya rekaan fasad yang menarik, koridor yang terang dan luas serta kemudahan bertaraf kondo hanya dengan harga RM299,800 untuk apartment berkeluasan 920 kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Myra Putra terletak di Desa Pinggiran Putra di atas lot tanah pegangan pajakan Rizab Melayu. Kawasan ini menjadi lokasi pilihan bagi kebanyakan pembeli golongan muda memandangkan ia berdekatan dengan Putrajaya, mempunyai jalan hubungan ke jalan raya yang baik dan kawasan hijau yang agak luas.
“Terdapat tiga kualiti yang dicari oleh pemilik rumah dari golongan muda hari ini iaitu, harga yang berpatutan, ruang kehidupan yang menarik di lokasi yang baik. Walaupun terletak tidak jauh dari pusat bandar Putrajaya, harga Myra Putra adalah 15% lebih rendah berbanding harga rumah yang sering ditawarkan dalam kawasan Putrajaya untuk satu kaki persegi. Justeru merupakan pilihan yang terbaik untuk golongan muda yang berkeluarga mahupun bujang.
Mengikut Wendy Lim, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran, Oriental Interest Berhad (OIB), “Selain harga, terdapat banyak sebab mengapa anda perlu teruja dengan Myra Putra. Matlamat kami adalah untuk memberikan yang terbaik untuk kehidupan penghuni di sini dan menunjukkan kepada mereka bahawa kami amat menitik beratkan nilai pelaburan yang dibuat oleh mereka. Sehingga kini, kami memberikan perhatian dan menumpukan pelaburan kami untuk rekaan fasad, kemudahan dan ruang awam yang kebiasaanya tidak dapat diperoleh di rumah mampu milik yang lain.”
Untuk menarik minat pembeli rumah pertama, pangsapuri kos sederhana ini dilengkapi dengan pagar dan pengawal keselamatan, ruang orang ramai dengan reka bentuk yang unik dan warna yang menarik serta kemudahan kelab untuk berkumpul dan untuk kanak-kanak bermain dengan selamat. Kemudahan bertaraf kondo ini termasuk ruang untuk aktiviti luar seperti dinding memanjat dan ruang teater, taman permainan dengan trampolin, platform persembahan, ruang sambutan, bilik permainan dan gym yang terletak di dalam rumah kelab.
Selain itu, Myra Putra turut membawakan cita rasa eksklusif kerana ia terletak di kawasan berkepadatan rendah dengan hanya 200 unit pangsapuri melibatkan dua blok, yang mempunyai lima aras setiap satu, dan hanya 20 unit rumah untuk setiap aras. Ia juga dilengkapi dengan dua lif.
“Mengapa anda ingin menyewa, kalau anda boleh mempunyai rumah sendiri? Inilah persoalan utama yang ingin kami ajukan kepada semua pembeli rumah pertama. Dengan Myra Putra, anda kini boleh memiliki sebuah pangsapuri mampu milik yang dilengkapi dengan kemudahan bertaraf kondo dengan harga 15% lebih rendah untuk satu kaki persegi di kawasan ini dan ansuran bulanan yang tidak lebih daripada RM1,500, berbanding harga sewaan RM1,200 yang merupakan antara yang terendah di kawasan ini. Jadi, mengapa menyewa kalau anda boleh memiliki sebuah pangsapuri di Myra Putra dengan harga yang sangat berpatutan?” tambah Wendy.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Seni penataan berasaskan konkrit atau simen mempunyai tafsiran dan keindahan tersendiri yang mampu mewujudkan persekitaran segar dekorasi. Secara asasnya digunakan untuk menggantikan kayu untuk mendirikan kediaman, namun kini fungsi dan rekaannya dipelbagaikan dari binaan, rekaan perabot sehinggalah aksesori perhiasan kediaman.
Konkrit yang diadun daripada simen bersama air dan kemudian digaul menjadi seperti doh kini digunakan bahan elternatif bagi proses pembuatan perabot serta perkakasan kreatif. Kelebihan yang terdapat pada konkrit terletak pada ketahanan. Ia juga mampu mengekalakan imej moden klasik yang boleh digayakan bagi penataan formal dan tidak formal dalam sesebuah dekorasi. Jika dulu kita dapat lihat bahawa simen konkrit ini banyak digunakan untuk menghasilkan bangku mahupun taman mini di luar kediaman. Ada juga yang membentuk menjadi tumbuhan seperti cendawan, titi kecil serta kolam ikan.
Penggunaannya kini lebih meluas apabila ada pereka seni dekorasi yang menghasilkan pasu kecil untuk pokok kaktus, lampu perhiasan, kabinet, sinki dan macam-macam lagi. Anda tidak perlu berbelanja besar, luangkan sedikit masa dan gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan aksesori daripada bahan binaan ini. Hasilnya bukan sahaja berbeza, unik tetapi juga dapat menyerlahkan konsep dekorasi rustik dan industrial yang ingin anda tonjolakan di dalam kediaman.
TIP IMPIANA
Usah gentar untuk mengekalkan warna asa konkrit pada kediaman anda kerana ia akan menyerlahkan keunikkan serta mempunyai tarikan tersendiri. Gabungan elemen konkrit dan tumbuhan hijau apada sesebuah kediaman mampu memberi impak natural dan segar.
Produk yang berasaskan konkrit init sememangnya mempunyai isipadu sangat berat dan kedudukan kekal. Maka anda perlu merancang dahulu sebelum mengenakan elemen ini pada dekorasi kediaman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Menu ayam goreng memang menjadi kegemaran ramai tidak kira peringkat usia dan bangsa. Baru-baru ini, seorang jejaka yang dikenali dengan nama Yayar B. Awang Nohyang merupakan penjual nasi lemak terkenal berkongsi resepi ayam goreng sedap kalah Kepci. Perkongsian resepi tersebut turut viral. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara hasilkan ayam goreng viral Abang Yaya
Ayam goreng sudah pasti menu utama di gerai nasi lemak saya. Kebiasaanya saya akan gunakan tapung segera jenama PUAS. Namun, bagi mengurangkan kos beli tepung ayam goreng, saya buat sendiri bancuhan tepung ayam goreng tersebut.
Bahan-bahan:
700g tepung gandum
1kg tepung beras
300g tepung ubi kayu
3sudu serbuk lada putih(sudu teh)
7sudu stok ayam serbuk(sudu makan)
7sudu Ajinomoto (sudu makan)
7sudu garam(sudu makan)
(Ajinomoto dan garam campur dan blander gunakan blander kering kasi halus)
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan di atas sehingga rata.
2. Apabila nak guna, campurkan tepung homeade dengan tepung segera
3. Cuci bersih ayam, masa ayam masih basah gaulkan bersama 1-2 biji telur (telur bergantung kepada kuantiti ayam)
4. Masukkan sedikit campuran tepung ayam tadi untuk memekatkan salutan ayam
5. Dalam bekas lain yang kering, letakkan tepung ayam campuran tadi untuk salut ayam
6. Ambil ayam yang dah di salut telur tadi dan salut dengan tepung goreng. Jangan terlalu nipis, jangan terlalu tebal.
7. Terus goreng dengan api sedarhana.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.