Dapur yang sempurna mengikut keperluan dan kegunaan masing-masing sudah tentunya menjadi idaman setiap pemilik rumah. Selain kelengkapan serta perkakas lengkap, sesebuah dapur juga akan lebih menarik dengan adanya sebuah kaunter pulau ataupun dalam bahasa inggerisnya, kitchen island.
Bukan sahaja cantik semata, kaunter pulau juga dapat menjadi ruang tambahan bagi membuat kerja penyediaan hidangan. Praktikal dan mempunyai nilai estetik yang tersendiri, kini lebih ramai orang ingin memiliki kaunter pulau didapur mereka. Tetapi malangnya, tidak semua keluasan dapur dapat menampung kaunter built-in atau tempah khas (custom-made). Selaini tu, bajet yang terhad juga menjadi salah satu punca ramai yang terpaksa menguburkan niat untuk membina kaunter pulau sebagai aksesori tambahan di dapur mereka.
Lain pula bagi pasangan ini yang telah menggunakan kreativiti mereka bagi merealisasikan impian sang isteri. Dengan hanya 4 barang yang dibeli dari IKEA, dapur mereka telah tersergam indah dengan kehadiran kaunter pulau mini ini. Menurut Puan Yatt, kos yang dianggarkan sekitar RM300 itu dianggap amat berbaloi memandangkan dimensi kaunter tersebut hanyalah 86cm (t) x 92cm (p) x 53cm (l). Jom kita lihat transformasi dapur beliau!
Teringin nak ada kitchen island tapi dapur tak besar? Bajet pun tak banyak? Takpe, DIY sajee
Semua ni I buat sendiri and beli from Ikea. Total dalam RM300 jer. Murah kan?? Tinggi 86cm x panjang 92cm x lebar 53cm
IKLAN
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN DARI IKEA ;
Kitchen island ni impian setiap perempuan or isteri kot. So korang yg suami tu kalau tak tau nak bg hadiah ape untuk isteri, sediakan lah dia kitchen island ni. Makin rajin lah si isteri tu masak nnt. Tiap hari ada je resepi baru dia buat nnt
IKLAN
Bagi memastikan kaunter top kukuh dan tidak tertanggal, Puan Yatt menggunakan L Bracket kemudian di skru kan saja. Boleh dibeli di hardware berhampiran.
IKLAN
P/S ; Since island ni kita akan gunakan chopping board, sangatlah penting ya utk kita ada treatment oil tu
tujuan dia untuk elakkan board tu cepat rosak or patah. Cara dia lap saje oil tu guna kain or tisu atleast sebulan sekali. Kalau hari2 guna so buat lah 2 minggu skali
Mari kita kenali dengan lebih dekat salah satu bangunan bersejarah di selatan tanah air iaitu Istana Lama Seri Menanti yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Bangunan yang diperbuat daripada kayu ini mula dibina sekitar tahun 1902 dan siap sepenuhnya pada 1908 telah menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertua Besar Negeri Sembilan.
Istana Lama Seri Menanti ini juga dibangunkan ekoran selepas peristiwa hitam yang berlaku di Istana Pulih yang telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah sewaktu peperangan Bukit Putus.
Masih tersergam indah sehingga ke hari ini, Istana Lama Seri Menanti ini telah menjadi sebuah bangunan yang terkenal di serata negeri dengan keunikan struktur bangunan yang dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebatang paku.
Bagi anda yang masih belum menjejakkan kaki di Istana Lama Seri Menanti ini, untuk maklumat anda struktur bangunan bersejarah ini mempunyai ketinggian empat tingkat dan pelan asalnya dipercayai telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib.
Namun begitu, sehingga kini tidak dapat dibuktikan bahawa kedua-dua figura ini yang menjadi tukang pembinaan Istana Lama Seri Menanti.
Istana Lama Seri Menantu ini berjaya dibangunkan dengan menggunakan paku diperbuat daripada kayu yang dipanggil Pasak. Bukan seperti kayu biasa yang lain, Pasak ini mempunyai struktur yang keras dan kukuh untuk pembinaan sebuah bangunan.
Dari segi reka bentuk bangunannya pula, Istana Lama Seri Menanti ini direka daripada simbolik tanduk Kerbau yang melambangkan keamanan.
Kemudian, atas kesedaran DYMM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini secara rasminya diwartakan sebagai ‘Muzium Diraja’ dan perasmiannya telah dilakukan pada tanggal 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah.
Kini, Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Manakala setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
20 April 2022, tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pemilik akaun KWSP yang telah memohon pengeluaran khas. Jumlah kelayakkan bagi setiap pemegang akaun KWSP adalah sejumlah RM 10,000.
Menurut KWSP, seramai 5.3 juta pemegang akaun telah membuat permohonan dengan kos keseluruhan adalah Rm 40.1 bilion. Walaupun baru sahaja pembayaran dilakukan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sudah mula menerima aduan dari penerima caruman yang diganggu oleh kumpulan sendikit “scamer”
Mencari mangsa dalam talian
Menurut Datuk Nadzim Johan selaku ketua Aktivis Persatuan Pegguna Islam Malaysia (PPIM), berdasarkan laporan sendikit tersebut dipercayai mencari mangsa secara dalam talian
Walaupun tiada data rasmi, pihak penerima pengeluran khas KWSP disarankan supaya tidak berkongsi cerita atau gambar bahawa anda telah memohon atau menerima bayaran di mana-mana media sosial.
Raya ni mesti ramai merancang nak tukar langsir. Tapi, pening kepala nak pilih langsir yang sesaui dengan dekorasi kediaman. Sebenarnya, memilih langsir yang sepadan lebih daripada melihat coraknya sahaja. Nak mudah, cuba ikut 8 tip yang Impiana kongsikan ni
1. PASTIKAN UKURAN LANGSIR DIAMBIL DENGAN BETUL.
Apabila ingin membeli langsir , pastikan ukuran diambil dengan cara yang betul. Masih ramai yang tidak tahu ukuran yang paling tepat agar langsir yang digantung terletak cantik dan kemas. Langsir yang dipilih tidak sepatutnya terlalu senteng sehingga mewujudkan ‘gap’ yang sangat ketara antara lantai dengan kaki langsir.
Rekaan terbaik adalah labuhnya cukup-cukup di atas permukaan lantai serta tidak terlalu labuh sampai menyapu lantai.
Pemilihan warna langsir dipengaruhi oleh tona dinding serta keluasan kediaman. Bagi ruang tamu, pilihlah warna pastel yang selamat untuk digayakan dengan apa jua jenis hiasan, perabot dan perincian lain di kediaman anda. Warna pastel juga boleh menaikkan seri agar nampak lebih harmoni, eksklusif serta elegan.
Elakkan penggunaan warna gelap seperti coklat dan hitam sekiranya menghuni rumah yang sederhana atau kecil. Hal ini akan menjadikan ruangan kediaman anda tampak lebih sempit dan serabut. Sebaliknya, warna langsir yang gelap sangat sesuai untuk rumah yang besar.
Namun begitu penggunaan warna yang terang boleh memberi daya tarikan yang berbeza sekiranya anda bijak dalam memilih warna yang bersesuaian dengan hiasan dalaman serta perabot.
3. KETEBALAN LANGSIR SESUAI DENGAN SUASANA RUMAH.
Setiap ketebalan langsir yang terdapat di pasaran direka mengikut kesesuaian kediaman. Jenis ketebalan fabrik langsir bukan hanya direka bergantung pada keketapan konsep hiasan dalaman rumah malah anda harus mengenal pasti adakah ruang kediaman menerima cahaya matahari yang cukup atau tidak. Jika kedudukan rumah anda tidak dapat menerima cahaya matahari yang mencukupi, maka pemilihan langsir yang nipis seperti langsir sheer atau langsir berwarna terang.
Warna gelap atau langsir jenis blackout pula sesuai bagi rumah yang lebih luas dan menerima cahaya luar yang banyak.
4. PEMILIHAN LANGSIR BERCORAK ATAU POLOS?
Langsir yang bercorak pada masa kini mempunyai pelbagai rekaan yang menarik bermula dari cetakan bunga yang paling klasik hingga cetakan bergaya yang dilihamkan oleh bentuk geometri, jalur atau polka dot. Pemilihan langsir yang bercorak tentunya lebih menonjol namun dapat memberi pandangan yang mempersona sekiranya anda bijak dalam memilih hiasan yang sederhana. Elakkan penggunaan kertas dinding yang bercorak atau hiasan yang terlalu sarat agar keadaan ruang tersebut lebih tenang dan seimbang.
Sekiranya sofa atau kertas dinding sudah mempunyai corak yang sarat, langsirnya biarlah polos atau corak yang samar-samar sahaja.
5. KENALI ROD LANGSIR
Penggantung atau rod langsir diperlukan untuk menggantung langsir. Pemilihan rod langsir yang sesuai dengan rekaan langsir sangat penting bagi memastikan langsir terletak cantik. Terdapat pelbagai pilihan material rod langsir di pasaran. Pemilihan bahan yang disukai ramai adalah jenis aluminium alloy untuk kelihatan lebih moden, dan jenis kayu bagi menambah sedikit banyak rasa keaslian ke ruangan rumah. Untuk warna rod langsir pula, warna-warna yang rekomen adalah warna hitam, emas, putih dan warna kayu di mana warna-warna tersebut amat mudah memadan dengan kebanyakan warna langsir dan perabot-perabot di rumah agar dapat mewujudkan suasana yang lebih harmoni. Oleh itu, penggunaan rod langsir yang bersesuaian dengan langsir dapat memberi impak kepada ruangan anda.
Setiap rumah mempunyai ukuran yang tersendiri. Ada rumah yang mempunyai jendela yang besar namun ada juga yang mempunyai jendela bersaiz sederhana. Kediaman seperti unit apartmen atau kondominium selalunya mempunyai sepasang jendela di tengah dinding sekitar lebar 8’. Oleh itu, anda boleh memenuhi dinding yang kecil itu dengan langsir polos dan bahagian jendela dihias lapisan sheer curtain atau bidai jika mahukan kelainan. Jadi teknik simple sebegini mampu mewujudkan ruang yang biasa tampak lebih grand dan elegan. Simple but nice 🙂
7. PASTIKAN REKAAN BERPADANAN
Pastikan langsir yang dipilih bersesuaian dengan jendela kediaman anda. Terdapat pelbagai rekaan langsir yang berada di pasaran. Rekaan yang sarat dan dramatik selalunya sesuai untuk jendela besar dan tinggi sekitar 8 – 10 kaki. Pastinya tampak elegan andai rumahnya besar, luas serta mempunyai perabot dan juga hiasan dalaman yang mewah.
Tetapi jika rumah anda bersaiz sederhana atau kecil, penggunaan langsir yang sarat boleh membantutkan pemandangan dan kelihatan ‘semak’. Sebaliknya, pilihlah langsir yang simple dan sesuai dengan situasi kediaman anda.
8. LANGSIR YANG DIPILIH HARUSLAH BERSESUAIAN DENGAN REKAAN DAN HIASAN DALAMAN RUMAH.
Penampilan keseluruhan bilik bergantung pada kesesuaian langsir. Ketinggian langsir juga mempengaruhi pandangan.
Linen pendek, dihadkan oleh tepi bawah tingkap membolehkan anda melihat pemandangan langit dengan jelas dan memberikan ketenangan sepanjang berada di bilik. Langsir seperti ini sesuai untuk apartmen. Condominium atau bilik yang kecil.
Bagi kediaman yang mempunyai hiasan dalaman yang standard, langsir yang digantung mestilah tidak menyentuh lantai. Hal ini boleh membuatkan tingkap tampak lebih ekspresif terhadap latar belakang dinding.
Bagi kediaman reka bentuk moden pula, labuh langsir boleh ditambah sebanyak 10-15cm. Rekaan ini boleh mewujudkan suasana yang selesa di dalam bilik.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.