DIY Langsir Eyelet Guna Kain Jersey RM 2.50, Jimat Dan Cantik. Tahun ni raya lebih meriah selepas 2 tahun kita berada dalam tempoh pandemik. Peralihan negara ke endemik membolehkan lebih banyak industri di buka dan dari beratus-ratus SOP bagi setiap bidang, sekarang hanya tinggal 1 je. Ini bermakna, kita boleh pulang ke kampung dan menjemput ahli keluarga dan sahabat handai untuk beraya ke rumah.
Apa lagi, ayuh kita bersiap. Sudah pasti, elemen penting selepas 2 tahun tidak ditukar adalah langsir. Apa kata nak jimat berganda, anda DIY sendiri je langsir eye lete. Tak susah pun. Nurul Shahida tunjuk caranya.
1. Selepas jahit tape pada langsir, buat ukuran untuk pastikan kedudukan ring sama antara satu sama lain.
Ukuran saya 60 inci jadi boleh dapat 10 ring. 60 ÷ 10 = 6 inci. Jadi jarak antara lubang ring 6 inci.
2. Selepas itu buat ukuran ring, bulatkan ring ikut dari bahagian dalam. Kemudian gunting bulatan.
3. Dah siap ada bulatan, pasang ring. Letak atas bawah lepas tu tekan saja. Senang kan.
Jarak hujung kiri dan kanan langsing pula 6 ÷ 2 = 3 inci. Jadi jarak antara kiri kanan hujung tu 3 inci. Dah siap langsir eyelet.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rimas walaupun seekor je lalat berterbangan. Inikan lagi kalau banyak. Betul tak? boleh spoil mood nak menjamu kalau kehadiran si serangga yang menjijikan ni kelihatan di meja saat menjamu selera. DI halau-halau tetap tak nak pergi.
Bila juadah berbuka terhidang, ni lah waktu terbaik si lalat menyerang. Khuatir sangat lalat bertelur pada makanan. Adakalanya, dah ditutup rapi pun, boleh terlepas masuk juga si lalat ni. Jadi, apa penyelesaiannya? takkan nak dibiarkan bebas berterbangan.
Sebenarnya, banyak petua dan cara untuk atasi masalah ni. Sama ada secara alami atau menggunakan bahan kimia. Tapi, sebaiknya anda gunakanlah kaedah yang lebih mesra alam dan mujarab seperti yang dilakukan oleh Marina Mar Mawar
Bahan-bahan:
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Cara Buat :
Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecil. Letakkan sedikit air. Letakkan di atas meja makan.
“Dah ada yang mencuba petua ini..memang terbukti lalat menjauhi kawasan yang ada mangkuk tersebut….alhamdulillah
Petua ini dapat tahu waktu lepak di Cafe The Train kepunyaan Hilal Azman (pelakon) berdekatan KTM Taiping.”–Marina Mar Mawar
Selain petua yang dikongsikan ini, terdapat beberapa lagic ara yang boleh diamalkan untuk halau lalat ini tanpa menggunakan racun serangga. Nak tahu bagaimana jom semak.
Nyalakan sebatang lilin di atas meja makan dan dengan cara ini lalat tidak akan hinggap pada makanan yang dihidang.
Ambil sebiji cili merah dan dihiris dua. Letakkan di dalam bekas, aroma cili yang pedas tidak digemari oleh lalat dan ini akan memberi kesan efektif untuk menghalau lalat.
Ambil beberapa helai daun kari dan letakkan di dalam bekas berisi air. Biarkan terdedah di atas meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat kerana aroma daun kari yang kuat tidak disukai oleh lalat.
Cara yang sering digunakan oleh peniaga untuk menghalau lalat dan boleh kita praktiskan di rumah juga. Sangat mudah, isikan plastik jernih dengan air dan kemudian masukkan beberapa keping syiling dan diikat kemas sebelum digantung. Dikatakan biasan air jernih itu akan mempengaruhi penglihatan lalat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tak Perlu Guna Racun Kimia, Berkesan Kawal Bena Pada Pokok Cili Guna Syampu Bayi! Pokok cili antara yang banyak ditanam di rumah, baik dalam pasu atau di tanah. Senang nak makan, ambil saja.
Tapi masalah biasa bila tanam pokok cili adalah kena serangan bena/ulat putih. Sampai buat pokok mati.
Tak perlu guna racun kimia untuk pulihkan pokok cili yang kena masalah ini. Boleh buat sendiri semburan kawalan serangga seperti dilakukan oleh Lebai Kudin. Cuma guna dua bahan dapur saja.
Selain pokok cili boleh juga sembur pada sayuran yang alami masalah sama.
Dalam diam, sudah dua tahun kita berada dalam belenggu pandemik COVID-19. Kini kita sudah ke fasa endemik masih ada yang mengalami masalah kemurungan akan kesan lalu. Tahukah anda warna dalam kehidupan harian kita mampu memberi sedikit sebanyak perubahan dalam kehidupan harian.
IMPIANA kupaskan tentang tip bagaimana warna mampu mempengaruhi kesihatan mental.
Kajian menunjukkan bahawa warna adalah faktor yang penting ketika mempertimbangkan bagaimana persekitaran boleh mempengaruhi kesihatan mental kita. Pada dasarnya, kita perlu memerhatikan bagaimana pelbagai warna boleh mempengaruhi keadaan minda – termasuklah emosi dan tingkah laku kita. Apabila berhadapan dengan pandemik sejagat yang berlarutan ini, perhatian perlu diberikan kepada kesihatan dan kesejahteraan. Ini digambarkan dalam Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), di mana salah satu fokusnya adalah untuk memastikan kehidupan yang lebih sihat sambil meningkatkan kesejahteraan pada semua peringkat umur (SDG 3) sebagai sebahagian daripada kerangka pembangunan lestarinya.
Kajian warna menunjukkan bahawa biru dan hijau boleh menghasilkan suasana yang menenangkan, jingga dan kuning sebagai perangsang selera, merah dan merah jambu sebagai pembangkit semangat dan tenaga dan ungu untuk meningkatkan kreativiti dan produktivitii. Namun, perasaan setiap orang terhadap warna adalah unik kerana ia biasanya berlandaskan pengalaman peribadi atau budayaii. Memandangkan warna mempunyai impak yang besar pada emosi, perasaan dan tingkah laku, maka ada baiknya kita menyelidik warna-warna yang boleh mempengaruhi kesihatan mental kita secara positif sepanjang tempoh PKP ini.
Dulux, jenama cat hiasan terkemuka dari AkzoNobel, menawarkan lebih daripada 2,000 pilihan warna. Kaleidoskop warna dan rona ini boleh membantu mengubah ruang kediaman untuk memenuhi keperluan peribadi setiap orang. Pelbagai produk juga menawarkan fungsi yang dipertingkatkan, seperti ciri antibakteria dan kalis noda dalam Dulux EasyCleanTM. Apabila disapukan dengan betul, satu lapisan perlindungan akan terbentuk yang menghalang pertumbuhan bakteria dan boleh menangkis noda secara berkesan. Kedua-dua ciri antibakteria dan kalis noda ini sangat berguna dalam kediaman yang mempunyai anak-anak kecil.
Apabila warna menjadi penting
Dalam soal pemilihan warna, memilih rona hijau bumi dan menggandingkannya dengan rona biru boleh memberikan suasana yang santai dan menyegarkan untuk minda dan tubuh. Kita lihat bilik tidur, contohnya. Di sinilah tempat untuk kita tidur dan mencergaskan kembali tubuh. Inilah ruang yang sepatutnya mewujudkan ketenangan untuk memboleh kita mendapat tidur yang lebih berkualiti. Contohnya, bilik tidur yang menggunakan nada warna biru redup yang menenangkan seperti Brooding Storm (87BG 27/077) yang digandingkan dengan warna hijau cerah seperti Grey Jeans (45GY 55/052) boleh mewujudkan suasana yang tenang dan damai untuk badan berehat selain mengurangkan tekanan dan kegelisahan.
Gambar 1: Bilik tidur yang tenang dicat dengan Brooding Storm (87BG 27/077) dan Grey Jeans (45GY 55/052)
Ruang lain di mana ramai daripada kita menghabiskan banyak masa dan tenaga ialah bilik belajar atau pejabat di rumah. Inilah ruang di mana kita biasanya berada pada tahap paling produktif, maka penting untuk menjadikan ruang ini sebagai persekitaran yang merangsang kreativiti. Padanan ungu lembut dan warna-warna pudar atau keputihan seperti Timescape (70YR 50/086) sebagai latar dinding utama dan After the Rain (10YR 73/038) untuk siling adalah paling sesuai dalam mewujudkan persekitaran yang menenangkan dan produktif di mana orang dewasa dan kanak-kanak boleh bekerja dan belajar. Keanggunan warna putih melengkapi ungu lembut dan memberikan ruang ini nilai estetika yang tidak lapuk dek zaman, di samping turut mendorong kreativiti dan produktiviti.
Foto 2: Ruang belajar yang menenangkan dicat dengan Timescape (70YR 50/086) dan After the Rain (10YR 73/038)
Sekarang mari kita beralih ke ruang tamu pula. Ia sepatutnya mempunyai persekitaran yang meriah dan menarik, kerana ruang tamu adalah tempat untuk kita bersosial dan menghabiskan banyak masa bersama. Menggunakan rona tanah seperti Warna Pilihan Tahunan (Colour of the Year) Dulux, Brave Ground (juga dikenali sebagai Wright Stone 10YY 30/106) boleh mewujudkan suasana yang diinginkan.
Gambar 3: Ruang tamu yang terbuka di latari warna Brave Ground atau Wright Stone (10YY 30/106)
“Apapun warna yang anda putuskan, penting untuk diingatkan bahawa warna yang kita pilih sebagai latar dinding memainkan peranan utama dalam mengekalkan kesejahteraan mental kita secara keseluruhan. Dan AkzoNobel berbesar hati membantu para pelanggan mencipta ruang kediaman yang sempurna untuk mereka,” kata Heleen van Gent, Pengarah Kreatif Pusat Aestetika Global AkzoNobel. “Inilah sebabnya AkzoNobel melancarkan Warna Pilihan Tahunan (Colour of the Year) setiap tahun, untuk membolehkan pelanggan mengecat rumah mereka dengan warna yang relevan dan benar-benar menggambarkan suasananya,” tambahnya.
Malah, kajian warna berkenaan selari dengan pendekatan syarikat terhadap kelestarian. Dikenali sebagai ‘People. Planet. Paint.’ ia direka bagi memastikan produk AkzoNobel mempunyai impak yang positif. Ini termasuklah menjaga dan mengutamakan kesihatan serta kesejahteraan manusia di mana sahaja, di samping menyediakan penyelesaian lestari melalui inovasi berterusan. Sementara itu, inisiatif global syarikat ‘Let’s Colour’, telah mengubah dan meningkatkan kehidupan masyarakat selama lebih daripada 10 tahun, menggunakan kuasa cat untuk menjadikan ruang kediaman lebih ceria, sesuai didiami dan menyenangkan.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.