Dekorasi rumah kecil 800 Kaki Persegi, simple dan tak banyak perabot. Jika kediaman anda mempunyai keluasan terhad, dekorasi kediaman perlulah serba ringkas. Tidak perlu letak banyak perabot dan perhiasan.
Tidak dapat dinafikan kediaman dengan keluasan terhad memerlukan kreativiti pemilik kediaman untuk menghias kediaman agar tidak nampak sempit. Elakkan daripada memilih perabotyang bersaiz besar.
Berikut dikongsikan idea menghias kediaman yang memiliki keluasan terhad seperti yang dikongsikan oleh Hafifi Damanhuri
“Berkongsi sedikit hasil deko saya dan isteri di rumah kecil. Apa yang ditunjukkan dalam gambar adalah hasil dari tangan orang yang memang tak berseni. Kami main bedal je dan hanya menggunakan socmed sebagai rujukan.
“Most of the perabot kami beli dari IKEA dan Shopee sebab design pintu rumah ni ganjil sikit, so hanya perabot yang jenis DIY je boleh lepas masuk. Rumah ni kecil je. Hanya 800 kaki persegi so tak boleh nak sumbat macam-macam nanti jadi serabut. Insha Allah bila ada rezeki kami akan extend lagi rumah ni untuk tambah bilik lagi satu.”
Yatie Kamarzaman (Sendayu Tinggi) kongsi tip bina rumah atas tanah ‘kosong.’ Noor Hayati Kamarzaman atau lebih mesra disapa Yatie sedang ‘berdebar-debar’ menantikan kediaman barunya siap terbina. Lokasi rumah baru Yatie terletak di Seksyen 9, Kota Damansara.
Aktif berkongsi aktiviti harian dan produk niaga di media sosial, Yatie tidak hanya dikagumi kerana keupayaannya mengurus empayar perniagaan namun wanita ini juga memiliki cita rasa yang mengkagumkan dalam menghias kediaman.
Daripada perkongsian Yatie di Instagram, rata-rata followers rasa teruja setiap kali anak kepada usahawan ternama Bonda Rozita ini memuat naik foto mahupun video kediaman miliknya yang sedia ada juga kediaman barunya yang masih dalam pembinaan.
Berikut perkongsian terbaru Yatie tentang perkembangan pembinaan rumah barunya yang kini dalam proses perlaksanaan.
“Lagi 10 tahun gambar ni jadi memori untuk Kak Yatie dengan anak-anak. Masa tu meraka dah dewasa pun. Usia Kak Yatie waktu tu dah 50 tahun.
“Sedikit yang Kak Yatie nak share dengan mereka yang planning untuk ada rumah di atas tanah kosong. Maybe korang dah tau, tapi saje share dengan yang lain.”
📌 Sekiranya planning untuk buat ASET, pastikan tanah dibeli di kawasan yang ada value. Dekat dengan fasiliti. Elakkan jenis high rise building (unless plan untuk disewakan) dan tanah pertanian. If memang itu je budget yang ada dan planning untuk rumah persaraan ok je. Sebab, rumah yang kita diami adalah liabiliti selagi belum cash. Kalau revalue untuk refinance in future, semua ini diambil kira untuk memastikan tanah tersebut bernilai atau sebaliknya.
📌 Ambil MLTT atau MRTT semasa apply loan ( ada beza yg dua benda ni ). If anything happen pada owner, rumah atau tanah auto cash. Kalau korang ambil MLTT, kelebihannya ada return waktu maturity nanti. Cuma kena bayar lebih sikit lah. Sbb MLTT ada hibah, saving dan coverage dalam insuran tu.
📌Masa nak beli tanah, minta copy geran. Pastikan bukan geran kongsi dan tiada sekatan. Sebab nanti tak boleh pindah milik. Kan dah susah.
📌 Kalau nak build up rumah atas tanah kosong, hirelah archictect. Mereka akan buat drawing, settle kan dokumen dgn PBT untuk dapatkan semua kelulusan sampai CCC. So bila nak jual rumah atau refinance, semua ni ada value. Baru bank akan nilai aset tu selayaknya.
📌 Hire lawyer sendiri dari awal start proses beli sampai siap buat rumah. Kena ada kontrak official dan due date bila projek akan handover. Agreements antara kita dan architect ( PAM agreement) serta kita dgn main contractor ( tender agreement ) adalah berbeza tau. Kita kena ada back up spy mengelakkan isu tak diingini.
📌 Kalau nak jimat interest dengan loan, kita kena planning untuk bayar cash selepas beberapa tahun. Makesure tanya dulu bank, berapa tahun kita boleh cash kan. Kalau tak, ada penalties. Dan bank tetap akan kira interest seperit 30 tahun berhutang. Sebab tu kena dapatkan info selengkapnya.
Moga perkongsian ini dapat membantu anda yanf bercadang untuk membina sendiri kediaman di atas tanah milik sendiri.
Tip pasang sendiri lampu di laman rumah, kena tahu langkah-langkah perlu dibuat. Pencahayaan di laman amat penting. Ia bukan sekadar menghidupkan laman diwaktu malam malah sebagai salah satu tujuan keselamatan.
Terdapat pelbagai rekaan dan jenis lampu laman. Namun yang menjadi kebiasaan dan kerap digunakan adalah jenis lampu suar (spotlight), lampu limpah (flood light).
Terdapat beberapa jenis lampu landskap atau lampu taman yang lain iaitu seperti wall light dan sebagainya. Namun, untuk melakukan pemasangan lampu di laman sedikit ilmu diperlukan untuk memastikan lampu yang dipasang dapat berfungsi dengan baik.
Berikut antara langkah-langkah yang perlu dilakukan:
1. PILIH LAMPU
Di pasaran, terdapat dua jenis lampu laman iaitu pencahayaan yang menggunakan GCFI outlet atau tenaga solar. Jika pemilihan lampu solar, pemasanagan dan pendawaian tidak perlu dilakukan. Namun jika sebaliknya, anda perlu merancang lebih awal berapa panjang wayar yang diperlukan untuk menyambungkan lampu-lampu dengan outlet dan jenis penyambung.
2. OUTLET BERHAMPIRAN
Sediakan pembekal atau outlet elektrik di luar kediaman. Ia bagi memudahkan tugas-tugas penyambungan dan penyelenggaraan yang akan dilakukan.
3. LETAK POWER PACK BERHAMPIRAN OUTLET
Kotak kawalan dan sambungan lampu perlu diletakkan berhampiran dengan outlet. Ia memudahkan anda untuk mengawal aliran tenaga yang perlu disalurkan pada keseluruhan lampu
4. PASANG LAMPU
Pasangkan lampu di lokasi yang telah dipilih mengikut arahan pengilang. Untuk pemasangan lampu pada lantai laman, gunkan trowel untuk memudahkan anda menanam tiang atau kaki lampu.
5. PENDAWAIAN
Selesai pemasangan lampu, lakukan pendawaian dari outlet terus ke bahagian yang telah disasarkan.
6. CABLE CONNECTOR
Sambungkan setiap lampu dengan pendawaian yang telah siap dengan menggunakan cabble connector.
7. TANAM KABEL
Untuk tanam kabel tak perlu menggali, cukup sekadar buat satu longkang kecil saiz kabel dengan menggunakan trowel. Posisikan cable di dalam longkang kecil yang telah disediakan dan tanam atau tutup semula lubang tersebut.
8. SAMBUNGAN PENDAWAIAN KE OUTLET
Selesai pemasangan lampu pada aliran pendawaian, sambungkan pula pada power pack untuk tujuan kawalan dan terus ke outlet.
Makeover tandas rumah lama, modal RM500 je, terus dapat tandas ‘lawa.’ Mungkin anda sudah bosan dengan keadaan tandas yang kurang menarik pandangan mata. Ini tandanya anda perlu melakukan sedikit perubahan pada ruang tandas. Tak perlu modal banyak pun. Hasilnya anda boleh dapat cantik yang ‘elok.’
Menurut pemilik kediaman, sudah lama dia berhajat untuk melakukan renovasi untuk tandaskecil di rumahnya. Walaupun rumah lama namun pemilik kediaman mahukan sesuatu yang baru untuk tandasnya yang berkeluasan terhad.
Dalam masa yang sama, pemilik kediaman hanya memperuntukkan sejumlah kecil wang untuk proses renovasi tersebut.
Berikut dikongsikan proses renovasi tandas kecil (jenis tandas cangkung). Moga dapat membantu mereka yang ingin membuat renovasi ruang tandas.
Total kos RM5++ sekali hiasan bagai tapi kalau takat nak cat sahaja dalam RM3++ pun sudah cukup.
KOS BARANG LEBIH KURANG:
⚒️Cat tile RM237
⚒️Cat dinding biasa putih RM26
⚒️Cat dinding biasa hitam RM25
⚒️Kayu wainscoating RM40
⚒️Kertas pasir RM2
⚒️Simen putih RM2.5 x 2= RM5
⚒️Peralatan Cat RM15
⚒️Gam wainscoating RM8.90
⚒️Shower dispenser RM29.49
⚒️Stencil RM16.46
⚒️Toilet brush RM19.88
⚒️Cermin Kaison RM3+ tak ingat
⚒️Sangkut baju DIY RM2+ tak ingat
⚒️Barang kedai eco RM10
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.