Dekor Bajet Kediaman PPA1M Berkeluasan 850sqf, Hasilnya Menarik. Jika dahulu ramai antara kita yang suka memenuhi setiap sudut dan ruang dalam rumah dengan pelbagai perabot serta aksesori sehinggakan kalau tidak dikawal kediaman akan nampak sesak dan penuh dengan perabot.
Kini ramai yang lebih gemarkan dekorasi sederhana tetapi sedap mata memandang. Ditambah dengan saiz kediaman kini yang tidak sebesar dan seluas kediaman 20 atau 30 tahun dahulu, maka pemilik kediaman perlu bijak menghias.
Kali ini, IMPIANA ingin memaparkan kediaman PPA1M milik seorang wanita ini yang baru mendapat sentuhan sebuah syarikat dekorasi dalaman bajet, milik Pn Anis Syuhada. Menurut Anis beliau mendapat panggilan untuk menatarias rumah yang baharu dimiliki oleh seorang kakitangan Imigresen dengan pilihan tema Modern Minimalist di dalam kediaman berkeluasan 850 kaki persegi berkapasiti 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Kediaman sederhana ini terletak di Kepong dan baharu didiami oleh pemilik sebaik sahaja segala proses dekor siap sepenuhnya dalam masa sebulan. Dengan bantuan Anis dan juga idea pemilik yang inginkan dekorasi sederhana tetapi menarik maka siapa sangka rumah ini kelihatan menarik walaupun tanpa dekorasi berlebihan.
Dibawah ini IMPIANA buat kompilasi gambar untuk tatapan pembaca yang lain, simple dan moden, tak banyak perabot dalam rumah, hanya yang penting sahaja.
Gaya Scandinavia merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Ia kelihatan ringan, tetapi dengan selitan beberapa elemen semula jadi, dekorasi gaya Scandinavia memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan. Begitulah dekorasi kediaman pilihan Fatin Fatina Nazlan yang terletak di pinggir ibu kota.
Apartment yang didiaminya berkeluasan 960 kaki persegi berkapasiti sebuah ruang tamu, tiga bilik tidur, 3 bilik air, sebuah dapur basah dan kering serta balkoni dan memilih konsep skandinavia sebagai tema utama dekorasi.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sememangnya begitu gemar mengemas dan sentiasa mahu kediamannya kelihatan indah dan selesa untuk diduduki mereka sekeluarga. Menurut Fatin, suaminya Syed Azmil Syed Zainul Abidin, merupakan insan yang memberi semangat dalam meneruskan minatnya dalam mendekorasi kediaman. Pasti ramai yang menyangka Fatin mempunyai masa lebih kerana dia tidak bekerja, namun itu adalah silap kerana Fatin merupakan seorang peniaga online yang berjaya.
“Saya memang minat mengemas rumah. Sejak zaman remaja saya jenis yang suka kekemasan pada kediaman Malah ibu juga cukup seronok bila melihat saya menghias kediaman. Apatah lagi apabila sudah berkahwin dan punya kediaman sendiri. Perasaan saya bertambah teruja untuk menjadikan rumah saya syurga buat saya sekeluarga.
“Anak saya Qaira, 6 tahun dan Qayla, 3 tahun sememangnya sejak dari kecil biasa dengan keadaan rumah yang teratur dan bersih. Jadi bila mereka sepahkan mainan secara automatik mereka akan kemaskan kembali. Sifat mereka ini mungkin kerana sudah terbiasa melihat bagaimana saya menguruskan rumah.
DIY SCANDINAVIAN
“Walaupun sibuk dengan perniagaan online namun hobi saya dalam menata rias rumah tidak pernah luput,” terang Fatin yang sering merujuk majalah Impiana dan mengambil idea dekorasi rumah dari sudut minatnya yang tersendiri.
Ringkas & Moden
Bercerita tentang konsep Scandinavian yang diterapkan di kediamannya, Fatin menjelaskan dia sukakan kepada konsep ini yang tampak ringkas namun moden.
“Saya minat dengan konsep ini kerana ringkas dan ada sedikit unsur-unsur kayu. Apabila ada unsur kayu tampak rumah lebih berseri. Selain itu saya juga suka warnakan kediaman dengan pelbagai warna cat. Setahun dua atau tiga kali saya akan tukar cat dinding. Cuma kali ini saya terapkan rona putih, hitam dan kuning agar rumah saya tampak lebih cerah dan ceria.
“Ruang makan juga saya selitkan dengan unsur ini. Walaupun tampak ringkas dengan meja makan berunsur kayu dan kerusi makan berkaki kayu dengan perhiasan pasu bunga yang minimalis. Secara keseluruhan tampak lebih menarik apabila saya gandingkan dengan cermin. Agar cermin ini lebih menyerlah, saya gunakan pita pelekat murah untuk membuat bingkai.
DIY SCANDINAVIAN
Apabila memfokuskan setiap ruang di kediamannya, untuk ruang makan, dia memilih meja makan berkonsepkan Scandinavia, walaupun ringkas namun nampak menarik.Pada masa yang sama, ruang tamunya cukup selesa, walaupun hanya menempatkan satu sofa panjang namun tetap menarik malah mereka sekeluarga sangat seronok menonton TV di sudut ini. Akhir sekali, bilik tidurnya ditekap dengan rona ungu agar tampak ceria ditambah dengan bingkai gambar anak-anak pemilik menambahkan keunikan ruangan ini.
Dia mengakhiri perbicaraan dengan berkongsi beberapa tip dekorasi untuk kemudahan pembaca IMPIANA di luar sana.
-Pilihan perabot biarlah bersesuaian dengan saiz kediaman dan ia perlu disusun mengikut peranan ruang.
-Pentingkan keselesaan, jangan terlalu ikutkan trend sehingga lari dari tema asal.
-Tidak perlu berbelanja dengan banyak, anda boleh hasilkan apa jua produk hiasan dengan teknik diy.
7 coffee table Moden Buat Ruang Tamu Anda Nampak “Wow”. Sebuah meja kopi merupakan fokus utama yang dapat membentuk ataupun memecahkan rekaan konsep sesebuah ruang. Pada awalnya,coffee table ini hanya dilihat sebagai tempat meletak kopi dan hidangan ringan apabila ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah tapi kini tidak lagi. Meja kopi moden boleh dijadikan ruang simpanan tambahan, ruang kerja pop-up, malah menjadi tempat untuk menyimpan buku atau majalah kegemaran anda. Dari pelbagai fungsi mahupun hanya untuk bergaya, mari kita sama sama lihat koleksi meja kopi moden yang IMPIANA kumpulkan khas untuk para pembaca.
Peminat barang vintage ni kebiasaanya berjiwa sentimental dan kreatif. Almaklumlah, tututan diperlukan untuk memastikan perabot lama atau antik sentiasa kelihatan cantik. Namun, berlainan pulak dengan cerita pasangan suami isteri ini. Minat terhadap barangan lama memang tidak dapat dipisahkan. Namun, kebiasaanya, peminta barang lama ni lebih cenderung menjadikan kediaman mereka macam muzium.
Koleksi barang antik yang padat dan terlalu sarat menyebabkan kediaman dah macam ruang pameran pula. Elak perkara ini berlaku, pemilik menggabungkan konsep moden dan kelasik untuk menghias kediaman miliknya. Mereka sepakat dan lehatlah hasilnya.
Dari segi pemilihan perabut, kita kena pandai2 cari & kalau rajin cari, boleh dapat yang berkualiti dengan harga yg cukup murah. Kami juga guna cara kreatif untuk hias rumah dengan menggunakan barangan recycle dan barang lama diubahsuai jadi sesuatu yang nampak baru dan cantik
Yang paling menarik corak yang dihasilkan pada dinding. Bukan sekadar kombinasi warna yang dipilih menyebabkan kediman ini kelihatan segar, malah kayu yang di jadikan sebagai garisan membentuk demensi berbeza jika dibandingkan dengan kediaman lain ang turut menggunakan konsep atau corak hiasan dinding seperti ini. Nak tambah klasik, kayu yang di tampal dicat emas.
Barang Antik:
Walaupun tinggal di apartmen, Pemilik gemarkan suasana yang segar, maka anjung yang diberi walaupun sekangkang kera tetap diusahakan.
Barang lama haruslah dijaga dengan baik, tambahan pula barang tersebut mempunyai nilai yang tersendiri. Ramai yang gemar dengan barang antik tetapi tidak pandai untuk menjaganya dan menghias agar ia sentiasa nampak sempurna dan tidak out dated. Kalau salah menghias silap hari bulan memang nampak macam masuk muzium.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.