Ruang Tamu Hambar? Transformasi Kediaman Tampil Moden Kontemporari. Bagi mendapatkan kediaman yang sempurna dan menepati kehendak kita bukanlah sesuatu yang boleh dicapai dalam masa yang singkat dan terburu-buru.
Nama Pemilik : Pn. Anisah Ahmad Lokasi : Puncak Alam Jenis Kediaman : Teres Dua Tingkat Konsep : Moden Kontemporari
Segalanya memerlukan perancangan yang rapi dan setiap langkah akan memakan masa, tenaga dan sudah tentunya wang ringgit. Bergantung pada pemilik, setiap satunya adalah berbeza-beza mengikut keperluan, keluasan kawasan dan juga bajet tuan rumah.
Buat Puan Anis, kediaman yang sudah didiami selama 3 tahun bersama suami dan seorang anak kecil ini adalah tempat beliau menghabiskan masa jika tidak ke sekolah untuk mengajar. Rumah dua tingkat tersebut kelihatan lebih dari cukup buat keluarga kecil ini menjalankan aktiviti seharian dengan lancar. Tetapi, memandangkan pasangan ini sibuk bekerja dari Isnin ke Jumaat, mereka masih belum sempat untuk mengemas dan mendeko rumah mengikut kehendak dan keperluan.
Ads
Jadi, kini sudah tiba masanya untuk pasangan ini melakukan renovasi secara berperingkat dimulakan dengan ruang tamu dan ruang bawah tangga kediaman. Walaupun pada mulanya ruang tamu kelihatan kosong dan tidak menarik, dengan sedikit sentuhan dari pakar yang berkaliber, ruang tamu Cikgu Anis telah berubah menjadi lebih menarik dan nampak lebih teratur dengan konsep dan susun atur yang baru ini. Setiap ruang digunapakai sebaik nya dan tidak dibiarkan kosong.
Konsep moden Kontemporari yang dibawakan ini amat sesuai dengan kediaman Cikgu Anis yang luas dan masih baru ini. Dinding dicat biru tua dengan kemasan wainscoting warna keemasan sebagai feature wall telah menaikkan seri ruang tamu yang terdahulunya nampak hambar dan tidak bermaya. Pantulan cahaya dari barisan spotlight serta gantungan accent light juga telah menjadikan ruang lebih ‘hidup’.
Selain itu, ruangan bawah tangga yang sebelum ini hanya diletakkan peti sejuk kini telah berubah fungsi sepenuhnya apabila pereka membina rak buku dan mainan untuk anak tuan rumah. Terdapat juga papan putih dan tempat duduk yang ditempatkan ditengah-tengah rak.
Ads
Ads
Seperti yang dikatakan tadi, segenap ruang dan setiap inci dimanfaatkan dengan baik. Jadi ruang berhadapan tangga yang kosong telah di deko dan di ubah menjadi ruang rehat ataupun ruang santai sambil membaca.
Ruang rehat ini dihiasi wall cladding bertekstur batu bata berwarna putih, cukup untuk menampakkan lagi kenaggunan kediaman ini.
Dinding selari dengan pintu masuk utama juga tidak dibiarkan kosong. Malah, diberikan sentuhan yang penuh teliti dan menarik. Cermin panjang melintang yang berbingkai putih digantung bagi memberikan ilusi ruang lapang selain mudah untuk pemilik bercermin dan melihat penampilan sejurus sebelum keluar rumah. Penempatan cermin yang strategik dilengkapi lagi dengan meja konsol yang dihiasi lampu meja accent dan tumbuhan hijau untuk menambah seri ruang.
Bagaikan satu kejutan, fantasi kisah adi wira atau kisah jejaka penggoda dalam komik terkenal dunia dilampiaskan pada dekorasi kediaman pula. Umpama budaya pop yang semakin rancak berputar daru dunia komik ke layar lebar. Kini meneroka pula dunia dekorasi buat tuan rumah yang menghargai seni dan juga fantasi.
Kegilaan dekorasi seumpama ini sebenarnya agak lama berputik sekitar era 90an lagi. Kebebasan pereka menghasilkan perabot di loar kotak sememangnya menjadi satu berita baik buat penggemarnya . Apatah lagi mereka yang mahukan sesuatu yang berbeza. Bagi anak bujang misalnya atau pejabat seni reka, ilham ini merupakan satu identiti yang cukup berani.
Jika dahulu pop art banyak diadaptasi pada perabot moden yang ringkas. Hanya menyerlahkan hasil karya pereka dan warna-warna terang inilah yang memberi perisa kepada tata hias ruang. Kini tidak lagi kerana ada juga yang mula berani menerjah dekorasi klasik. Berbalas dengan kemasan lembut seumpama ini ibarat sebuah karya luar biasa dan ada yang mengatakan ia kerja gila. Ibarat pertembungan antara baru dan lama dalam selera seni yang mencabar diri, lari daripada kebiasaannya. Jadi perabot klasik lama ibu anda jangan dibuang. Baiki dan berikan nafas baru kerana ada di antara bingkai perabot lama ini sudah payah untuk kita jumpai malah tahan lama.
Karakternya terlalu kuat. Pilihlah antara ruang makan atau ruang tamu yang mahu dijamu dengan persembahan seumpama ini. Terlalu banyak juga buat kita sakit mata. Mana satu yang hendak dituju sedangkan ruang yang ada tidaklah seluas mana. Begitu tema dan karakternya. Visual dan karakter adalah satu penceritaan. Jangan sampai tersasar ceritanya dan berkecamuk pula kita yang melihatnya. Kepada si anak bujang, ini adalah tema menarik untuk dicuba. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cantik Tiny House ‘Pondok Selesa’ 730kps, Rumah Hujung Minggu Dijadikan Homestay. Jika ada tanah sendiri, walaupun keluasan tidak besar boleh bina rumah jenis ‘Tiny House’ sebegini. Memang comel saiznya namun cukup selesa. Sesuai dijadikan rumah rehat pada hujung minggu atau dijadikan rumah ‘homestay’ untuk mendapat pendapatan sampingan.
IMPIANA tertarik dengan ‘tiny house’ milik Puan Nana Ahmad ini. Reka bentuk rumah dan pemilihan konsep, perabot dan rona dalam rumah saling melengkapi. Cukup cantik dan indah boleh dijadikan rujukan dan inspirasi bagi yang ingin membina ‘tiny house’ sebegini.
Tiny House di Kg Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam, Selangor yang saya namakan Pondok Selesa.
Asalnya dibina untuk tujuan istirehat di hujung minggu tetapi tak rajin pula nak ke sini selalu. Saya jadikan homestay secara sambilan.
Kos binaan rumah dalam RM80k. Guna tukang kampung dan barang cari sendiri. Anggaran kos keseluruhan dalam RM120k. Katil queen & sofa saya guna yang terpakai dari rumah sendiri.
Keluasan 730 kps termasuk porch.
Spesifikasi ruang:
2 bilik tidur
2 bilik air
Ruang Tamu
Ruang Makan
Dapur
IMPIANA: Ada sebidang tanah yang tak berapa luas, boleh buat ‘tiny house’ dengan dekorasi simple begini. Selain dijadikan rumah rehat hujung minggu boleh juga dijadikan ‘homestay’ untuk pendapatan sampingan.
Membeli perabot rumah dengan menggunakan pemilihan yang kreatif, amatlah bagus. Tetapi lebih bagus jikalau kita dapat melakukannya sendiri atau menciptanya sendiri perabot tersebut untuk mencatikkan dalaman rumah kita. Pada zaman sekarang ini, tidak semua mempunyai wang yang banyak untuk membeli barang-barang rumah demi memeriahkan rumah mereka. Jadi, disebabkan itu, DIY atau Do It Yourself, adalah cara yang kedua untuk selamatkan rumah anda. Orang yang bijak dan kreatif sahaja akan memikir seberapa banyak yang mungkin untuk mereka menciptakan sesuatu yang mereka inginkan demi melawakan rumah mereka. Selain dari mencipta menggunakan kepandaian atau kreatif dalam diri, teknologi juga boleh digunakan seperti media sosial dan selepas itu, anda hanya perlu mengikutnya sahaja dan SSUP! Terus setel dan rumah pun jadi lawa.
BARANG ANTIK DIJADIKAN HIASAN RUMAH
KITAR SEMULA BARANG
Sesetangah orang, mereka suka menyimpan barang-barang antik di rumah. Ini kerana mereka merasa rasa kesian atau emosi untuk membuangnya. Contoh-contoh barang antik yang selalu ada, bingkai lama, kerusi malas, pasu-pasu atau mangkuk yang lama tetapi corak yang cantik, dan banyak lagi. Jikalau di rumah anda mempunyai barang-barang antik yang ditinggalkan oleh bapa atau datuk anda, kita boleh ambilnya dan bersihkan barang antik tersebut. Kemudian, susun mengikut kesedapan mata anda memandang.
Selain daripada itu, mengkitar semula peralatan lama juga boleh digunakan untuk fungsi lain di dalam rumah kita. Kebiasaannya, orang yang berfikiran kreatif atau Iq yang tinggi, akan selalu ambil initiatif ini untuk mengdekorasi kan dalaman rumah mereka. Sebagai contoh, mereka akan mengambil botol, kotak atau kayu untuk digunakan sebagai alatan mereka mencipta barang hiasan rumah mereka. Contoh-contoh yang boleh dicipta menggunakan barang kitar semula adalah, botol kosong yang digunakan sebagai tempat letak sudu, kayu yang terbiar di cuci dengan elok, kemudian diciptakan menjadi meja makan atau bangku, atau kain lama yang bersih dan tidak digunakan, dijadikan pelapik kaki untuk depan pintu masuk rumah dan tandas.
Kesimpulannya, perkara-perkara sepeti DIY ini, kadang-kadang ia lebih cantik dan jimat lagi daripada kita membeli di kedai. Dahlah mahal, tak lawa pulak tu. Hahahaha. Itu sahaja yang dapat saya kongsikan bagaimana hendak DIY menghias dalam rumah anda.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.