Seorang ibu kepada dua cahaya mata ini berjaya mendeko kediamannya menggunakan gabungan rona putih dan hijau. Pemilik servis apartmen ini Pn Nazziatul Nahira mengakui amat mencintai warna hijau dan memilihnya kerana ingin menghilangkan tekanan selepas pulang dari bekerja malahan warna putih pula bertindak sebagai tona yang akan membuatkan kediamannya yang berkeluasan 1004 kaki persegi nampak lebih luas dari sebelumnya.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, untuk memastikan kelangsungan dekorasi ini kekal sepertimana asal, dia ada menyimpan lebihan cat untuk menutup semula ilham seni anaknya yang dicurahkan ke atas dinding rumah malahan dia memilih untuk tidak berbelanja besar dalam membeli set sofa berikutan anaknya yang masih dalam proses untuk membesar.
Tidak sepertimana peminat dekorasi dalaman yang lain, dia tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyiapkan dekorasi ini dalam satu masa berikutan tuntutan tugasnya sebagai seorang kakitangan kerajaan dengan melakukannya secara berperingkat bermula dari dapur, bilik tidur, dan ruang tamu. Pada masa yang sama, dia juga turut menanam beberapa pokok bunga serta daun yang sesuai untuk masakan di balkoni kediamannya.
Berikut adalah gambar hasil dekorasi yang dikongsikan oleh Pn Nazziatul Nahira kepada IMPIANA, semoga menjadi inspirasi kepada pembaca di luar sana. Selamat mendeko!
Sebelum
Ads
Selepas
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bilik laundry merupakan satu ruang yang semakin popular di kalangan pemilik rumah. Sebuah rumah yang ideal sudah tentu memiliki bilik khas untuk kerja mencuci dan melipat baju.
Jika anda tertanya-tanya manakah bahagian yang paling sesuai untuk kita letakkan bilik laundry ini, perkara pertama yang perlu anda titik beratkan adalah kemudahan. Mudah atau tidak untuk bawa pakaian kotor ke bilik laundry? Serta mudah atau tidak untuk membawa pakaian bersih yang telah dilipat masuk ke almari di dalam bilik? Ada juga yang meletakkan ruangan ini berdekatan dengan dapur atau bilik air mengikut kesesuaian.
Selain itu, point lain yang perlu kita ambil kisah ialah bunyi mesin basuh yang bising. Perkara ini nampak remeh tapi bila keadaan rumah tidak tenang, kita nak buat kerja pun tak boleh fokus. Bagi megelakkan bunyi yang terlalu kuat, boleh lapikkan mesin basuh anda dengan alas anti-vibrasi. Perlu juga kita ingat, kadangkala bilik ini boleh ‘banjir’ tanpa disengajakan. Oleh itu kita perlu lebih peka dan berhati-hati ya.
Mari kita lihat 10 idea menarik untuk bilik laundry anda.
2. Laundry room bertemakan scandinavian moden serba putih dengan kemasan kayu sebagai counter top ini nampak segar dengan simbahan pencahayaan semulajadi iaitu cahaya matahari.
3. Warna mint green yang dipadankan dengan jubin bercorak geometri nampak lembut dan kemas. Kabinet built-in pula dibina untuk memastikan setiap inci ruang dapat digunakan.
4. Lantai gelap tampak menonjol apabila dipadankan dengan all white interior. Kabinet ceiling to floor di pasang untuk memberi lebih ruang penstoran agar anda dapat meletakkan pelbagai barangan yang berkaitan. Lebih nampak kemas dan tersusun.
5. Tingkap dua daun sebagai focal point ruang memberikan ilusi bilik yang luas. Warna kelabu kabinet sangat cantik digandingkan dengan warna hijau jubin backsplash. Membina laundry room sebenarnya tidak memerlukan ruang yang luas, ia boleh juga kelihatan seperti ruang rahsia yang disembunyikan.
6. Ruang kecil tidak menjadi penghalang untuk anda menyusun atur bilik cucian agar nampak kemas. Gunakan setiap penjuru yang ada dengan bijak agar dapat bergerak dengan selesa ketika melakukan kerja di bilik laundry.
7. Baju, tuala dan bahan cucian tersusun rapi di atas rak yang dipasang cermat. Jubin dinding dipasang agar ruang nampak menarik selain mudah untuk dibersihkan.
8. Rak dinding diisikan dengan bakul untuk baju yang telah dilipat atau barang keperluan di bilik cucian. Penyangkut juga boleh dipasang pada dinding untuk alatan seperti penyapu, penyodok dan berus.
9. Kombinasi warna biru, soft pink dan marble amat sesuai untuk jiwa yang lebih muda. Terdapat juga artwork yang digantung pada dinding untuk menaikkan mood ruang.
10. Layout yang memanjang mungkin membuatkan bilik nampak sempit tetapi dengan penggunaan warna putih dan siling gelap, ruang dapat ditransform menjadi lebih selesa dan tersusun.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bukan mudah nak membina kediaman idaman yang menepati citarasa kita. Perkara ini biasanya memerlukan perancangan yang teliti dan tidak boleh terburu-buru. Pemilik perlu membuat kajian yang menyeluruh bermula dari kontraktor yang diupah, bahan-bahan yang ingin digunakan, hinggalah ke detailing untuk rekabentuk dalaman bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Pemilik tidak sepatutnya lepas tangan dan menyerahkan bulat-bulat kepada kontraktor. Bukan apa, takut menyesal di kemudian hari.
Cantik, menarik tetapi praktikal adalah ungkapan yang sesuai tatkala melihat kediaman Puan Mahwiza Nahrowi di Senaling, Negeri Sembilan ini. Kediaman yang mula dibina pada awal Ramadhan lalu telah pun siap dibina sepenuhnya selepas 5 minggu. Hebat kan? pemilik dan suami disertai seorang anak perempuan comel baru sahaja pindah masuk ke rumah berukuran 824 kaki persegi ini pada minggu kedua raya.
Menurutnya, rumah ini dibina di atas tanah pusaka ibu mertuanya yang tinggal tidak jauh dari situ. Puan Mahwiza merancang untuk bertukar angin dari Shah Alam ke Negeri Sembilan selepas suaminya mendapat kerja di Nilai selain ingin tinggal dekat dengan ibu serta neneknya di kampung. Dengan kos RM65k, rumah yang mengandungi 2 bilik tidur dan 2 bilik air ini dibina menggunakan besi hollow sebagai rangka dan papan fashia sebagai dinding. Ruang di bahagian dalam pula diasingkan mengguna kan papan gipsum. Sungguh jimat dan kos efektif! Jadi sudah terbukti, tidak perlu berbelanja lebih dari bajet jika kita bijak merancang dan mengawal perbelanjaan.
Berikut merupakan gambar yang telah Puan Mahwiza kongsikan dengan IMPIANA. Selamat mendeko pembaca semua!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dekorasi dalaman tidak terhad kepada rumah baharu sahaja, tetapi rumah pusaka juga mampu untuk mengubah persepsi jika hiasannya tepat dan kena dengan tema warna yang dipilih. Pujian wajar diberikan kepada Pn Diela Sali kerana berani mencuba gabungan warna yang jarang kita temui iaitu dengan menggabungkan warna pink serta putih sebagai tema utama hiasan rumahnya.
Mahligai indah ini terletak di Rinching Hilir, Bangi. Menurutnya, rumah ini sudah berusia lebih daripada 40 tahun dan pada asalnya merupakan rumah separa kayu dan batu serta berpendapat bahawa menjadi tanggungjawabnya untuk mengekalkan keindahan yang diwarisinya turun temurun dari ibu bapanya.
Dia menghabiskan masa selama tiga bulan untuk menyiapkan segala renovasi dalaman rumahnya bermula dari ruang tamu, bilik tidur serta membahagikan dapur kering dan basah. Selain itu, dia juga akan memastikan tema dekorasi rumahnya berubah setiap tahun.
Tambahnya lagi, pada tahun ini pemilihan tema rona putih dan pink adalah kerana dia mahukan ketenangan serta kelembutan setiap kali melangkah masuk ke dalam rumah dan mementingkan penampilan agar ianya sedap mata memandang.
Jika diteliti, setiap inci rumahnya dipenuhi dengan aksesori tambahan dan disusun rapi untuk mengelakkan ianya nampak serabut sekaligus menenggelamkan tema asal pilihannya. “Saya banyak merujuk serta membeli beberapa produk keluaran jenama terkenal seperti IKEA, Kaison dan Mr DIY mengikut bajet serta kemampuan dan terapkannya dalam idea dekorasi saya”, ujar pengusaha katering yang berpangkalan di Nilai ini.
Berikut adalah gambar beberapa idea yang dikongsikan oleh Pn Diela Sali kepada IMPIANA mengikut urutan sebelum dan selepas proses dekorasi dijalankan, Semoga memberi manfaat kepada pembaca IMPIANA diluar sana.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!