Sebuah meja kopi merupakan fokus utama yang dapat membentuk ataupun memecahkan rekaan konsep sesebuah ruang. Pada awalnya, perabot ini hanya dilihat sebagai tempat meletak kopi dan hidangan ringan apabila ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah tapi kini tidak lagi. Meja kopi moden boleh dijadikan ruang simpanan tambahan, ruang kerja pop-up, malah menjadi tempat untuk menyimpan buku atau majalah kegemaran anda. Dari pelbagai fungsi mahupun hanya untuk bergaya, mari kita sama sama lihat koleksi meja kopi moden yang IMPIANA kumpulkan khas untuk para pembaca.
Sekali pandang, nampak macam kerusi tapi jangan terpedaya kerana ini adalah sebuah meja kopi ottoman yang mana bahagian kayu itu boleh dilaras ke kiri dan kanan. Sesuai buat mereka yang sukakan gaya kontemporari unik.
IKLAN
Hanya dengan satu pergerakan, meja kopi yang diperbuat daripada kayu dan besi ini boleh bertukar menjadi meja kerja bagi memudahkan pemilik menyelesaikan tugasan pejabat dirumah dengan selesa. Meja dwi fungsi sebegini kini sudah banyak terdapat di pasaran.
Set meja kopi berpermukaan ala marble dengan reka bentuk yang sama tetapi berbeza saiz dipadankan dengan karpet ‘black and white’ kelihatan begitu sempurna dan menawan.
IKLAN
Meja kopi bulat yang diperrbuat daripada kayu ‘solid’ ini juga mempunyai bahagian khusus untuk kita letakkan buku atau majalah. Nampak sempurna hasil gabungan earth tone dengan padanan warna krim dengan coklat.
IKLAN
Dengan rekabentuk organik dan minimalis, meja kopi walnut ini bukan saja menyediakan permukaan yang luas malah mempunyai tempat susun majalah yang lain dari yang lain. Rekabentuk sleek menambah seri ruang.
Meja kopi ini menyediakan ruang khas untuk menyusun majalah, buku atau surat khabar dibawah permukaan kacanya. Kelebihan kaca ialah ia mampu membuatkan sesuatu rekaan nampak lebih elegant dan menarik.
Tidak tahu dimana ingin menyimpan barangan anda? Usah risau kerana meja kopi ini mempunyai empat ruangan menyimpan apabila dibuka. Rekabentuk menarik dengan ciri penjimatan ruang.
Jika sebelum ini Puan Mastura Mohd Yusoff viral dengan make over kerusi meja makan yang telah patah menjadi sofa Cleopatra [klik sini untuk artikel lengkap], kali ni kita tengok pula DIY stool dari tong cat yang dikongsikan.
Bahan-bahan:
1 biji Tong cat 5 liter
4 batang kayu sebagai kaki
Span
Skru
Fabrik untuk membalut
Gam lilin
Cara-cara:
Berishkan tong cat dan keringkan sepenuhnya
Lekatkan kaki kayu dari dalam tong dengan menggunkan skru yang diterbuk dari luar tong seperti dalam gambar
Tampalkan span pada sekeliling tong cat mengikut ketebalan yang diinginkan.
Untuk bahagian atas tempat duduk, potong span berbentuk bulat mengikut saiz tong cat yang telah di balut.
Balutkan fabrik pada alas tempat duduk sebelum di gamkan pada tong cat
Sementara itu, balutkan dinding stool dan lipatkan bahagian atas dan bawah ke dalam dan kemaskan dengan menggunkan gam lilin.
Bila dah kemas balutan dinding stool barulah ditamplkan lasa tempat duduk yang telah di balut fabrik tadi. Dah siap!
Dinding accent ataupun lebih sinonim dengan terma feature wall umumnya merupakan perkara pertama yang kita lihat apabila masuk ke sesuatu ruang dalam kediaman. Ia mempunyai ciri-ciri istimewa tersendiri yang dapat membezakannya daripada dinding yang lain. Dinding accent merupakan satu penyelesaian mudah buat mereka yang mahukan kelainan pada kediaman dengan mewujudkan satu titik fokus yang menarik dan lebih menonjolkan keunikan ruang. Dengan menumpukan perhatian pada dinding accent ini, ruang kediaman yang hambar akan serta-merta kelihatan lebih segar dan berwajah baharu.
Tetapi awas, dinding pertama yang anda lihat ketika memasuki ruang tidak semestinya sesuai dijadikan dinding accent. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum memilih dinding yang ingin di highlight kerana jika tersalah pilih, ia hanya akan membuatkan ruangan tampak ganjil dan mengelirukan! Jadi bagi mengelakkan anda melakukan kesilapan ini, IMPIANA telah sediakan tip dan panduan memilih dinding accent serta cara menghias sesuai mengikut ruangan yang ada.
PERTAMA
Dinding yang bertingkap atau pintu adalah perkara pertama yang patut anda elakkan ketika memilih dinding accent. Ia seharusnya menjadi titik fokus ruangan, jadi objek atau bukaan seperti tingkap hanya akan mengambil alih tumpuan pada dinding utama.
KEDUA
Berani bermain dengan warna. Untuk kesan yang lebih dramatik dan mendalam, padankan warna gelap pada dinding accent dengan warna yang lebih neutral dan ‘ringan’. Ini akan mewujudkan kontras yang amat menarik. Pasti tetamu tidak akan terlepas pandang pada feature wall yang anda cipta.
KETIGA
Sebelum memilih warna cat pada dinding accent, pastikan anda mengambil kira tentang perabot yang mungkin akan diletakkan dihadapannya. Pilih warna yang akan menonjolkan, bukan menenggelamkan hiasan anda.
KEEMPAT
Susunan perabot yang starategik juga amat penting bagi membantu menonjolkan lagi dinding accent yang telah anda pilih. Pencahayaan juga patut dititik beratkan supaya mendapat kesan yang maksima.
KELIMA
Terdapat juga alternatif lain selain mengecat dinding accent. Anda boleh pasangkan wallpaper ataupun binakan rak buku custom bagi menambah nilai estetik pada dinding. Apa saja yang anda rasakan dapat mencuri tumpuan pengunjung boleh digunapakai.
Jangan takut untuk bereksperimentasi, ikuti naluri kreatif anda dan yang paling penting, have fun! Selamat mencuba ya.
Bukan semua material fabrik sesuai dijadikan sebagai langsir dapur. Jenis fabrik yang mudah memerangkap minyak dan habuk perlu kerap dicuci untuk memastikan ia sentiasa bersih, Faham-faham je lah, kalau dah kerap dicuci fabrik mudah reput. Pakai fabrik mahal macam mana pun tak dapat elak masalah ini kalau fabrik yang digunakan tidak bersesuaian.
Namun perkongsian oleh Sherry Al Edruce melalui Facebook. Wanita ini berjaya menghasilkan langsir dapur dengan menggunakan tuala dapur yang dibelinya dari kedai eco pada harga RM 2.12 sekeping. untuk buat langsir dapur yang ada 2 keping daun tingkap, hanya 4 keping tuala diperlukan. Jadi, keseluruhan bajet yang digunakan tak sampai RM 10.00 pun.
1. Jahit jelujur dengan dengan tangan untuk cantumkan 4 keping tuala tadi. Kalau ada mesin lebih bagus
2. Seleaps cantumkan ke empat-empat langsir tadi, lepat sedikit di bahagian atas dan dijahit untuk membentuk poket rod langsir nanti
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...