Seperti yang sudah kita sedia maklum, saiz bukanlah penentu kecantikan dan keselesaan sesebuah kediaman. Jika kena gaya, rumah yang kecil pun terasa cukup selesa dan menarik. Seperti yang dilakukan pemilik akaun fb Ron Rivaldy, rumahnya yang berukuran 850 kaki persegi berjaya diubah menjadi sangat menarik. Dengan berpandukan konsep practical minimalist, ruang tamu tuan rumah tampak begitu moden dan sesuai dengan keluarga kecilnya yang baru sahaja mendapat cahaya mata berusia 5 bulan. Katanya,

Saya dan isteri beli perabot yang perlu sahaja sebab rumah tak besar dan sekarang ada anak yang baru berusia 5 bulan. (Barulah) ada ruang untuk dia bermain di samping nak anak kami belajar untuk berada dalam keadaan rumah yang teratur.

Katanyanya lagi, pengalaman bekerja di hotel telah banyak memberi idea pada beliau selain kenangan isterinya semasa belajar di Brisbane juga dapat diterapkan dengan sempurna ketika mendeko rumah ini. Lebih selesa membiarkan lantai kediaman raw, menggunakan simen render kerana jika titutup dengan tikar getah potensi untuk berbau dan tidak tahan lama adalah sangat tinggi. Pasangan ini juga menggantikan langsir dengan wooden blind untuk pengudaraan yang lancar dan pada waktu malam dapat merasa dingin angin kerana rumah mengadap kawasan bukit tempat laluan angin. Warna Sky Blue dan Ivory White dipilih sebagai warna utama kediaman sesuai dengan minat pasangan ini terhadap alam semulajadi kemudian diolah dengan bijak dalam bentuk yang lebih moden supaya nampak kemas.

Apartment Sri Harmonis di Jalan Gombak milik Encik Ron ini mengambil masa lebih kurang setahun untuk disempurnakan sejak berpindah masuk pada Januari 2017. Pemilihan bahan dan aksesori yang teliti oleh pemilik juga telah menyumbang kepada keindahan rumah ini. Ada antara hiasan yang digunakan telah dikumpul lama sejak dari 2013 dan ada antaranya yang dibeli baru. Inilah yang dinamakan bijak berbelanja dan kreatif kerana tidak semestinya perlu membeli baru segala perhiasan, jika terdapat barang sedia ada yang sesuai juga boleh diletakkan sekali dalam ruang yang serba baru.

Pasangan Ini Pilih Konsep Moden Minimalis Jadikan Apartmen Kecil Lebih Praktikal

IKLAN

Pasangan Ini Pilih Konsep Moden Minimalis Jadikan Apartmen Kecil Lebih Praktikal

Pasangan Ini Pilih Konsep Moden Minimalis Jadikan Apartmen Kecil Lebih Praktikal

IKLAN

Pasangan Ini Pilih Konsep Moden Minimalis Jadikan Apartmen Kecil Lebih Praktikal

IKLAN

Pasangan Ini Pilih Konsep Moden Minimalis Jadikan Apartmen Kecil Lebih Praktikal

Pasangan Ini Pilih Konsep Moden Minimalis Jadikan Apartmen Kecil Lebih Praktikal

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI