Mesti ada di segelintir di kalangan anda yang masih belum mengetahui atau mengenali dengan lebih dekat dengan hotel Courtyard by Marriot yang telah dibangunkan di sekitar bandar Setia Alam, Selangor.
Bagi yang tertanya-tanya dan ingin tahu, untuk maklumat anda Courtyard by Marriot ini adalah sebuah hotel terbaharu yang telah dibangunkan di lokasi betul-betul bersebelahan dengan pusat membeli-belah Setia City Mall.
Courtyard by Marriot Hotel ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada tanggal 8 Disember yang lalu. Tempat penginapan bertaraf 4 bintang ini telah mempunyai sebanyak 225 buah bilik yang dilengkapi dengan rekaan dekorasi hiasan dalaman yang serba cantik dan moden.
Bukan itu sahaja, kesemua bilik tempat penginapan ini dilengkapi dengan sistem teknologi terkini seperti televisyen pintar, meja kerja pelbagai fungsi, pengecasan wayarles dan berbilang soket pengecas USB serta akses internet berkelajuan tinggi.
Baru-baru ini, IMPIANA telah berkesempatan untuk singgah dan merasai sendiri pengalaman penginapan di Courtyard by Marriot Hotel yang begitu mengujakan dan menyeronokan.
Ketika kunjungan IMPIANA di sini telah berpeluang untuk menginap dua jenis bilik iaitu Executive Suites dan Deluxe Room yang memperlihatkan dekorasi hiasan dalaman yang berkonsepkan moden kontemporari. Tetapi sebelum itu, jom kita lihat dahulu ruang menunggu atau Lobby di Courtyard by Marriot Hotel, Setia Alam ini yang sememangnya begitu mewah sekali!
Lobby
Executive Suite
Untuk maklumat anda, bagi kategori bilik penginapan Executive Suite adalah merupakan bilik penginapan yang terbesar di sini. Setelah anda masuk di pintu utama bilik, anda akan melihat satu sudut ruang tamu yang tersergam indah dengan kelengkapan perabot sofa dan langsir tingkap yang sangat cantik bersama televisyen pintar paparan skrin bersaiz 65″.
Ads
Di sebelah ruang tamu, terdapat lagi satu bilik yang merupakan bilik tidur yang dilengkapi dengan sebuah katil bertilam empuk saiz King serta sofa berbentuk ‘L’. Apa yang menariknya lagi, bilik tidur ini juga dilengkapi dengan sebuah lagi televisyen pintar paparan skrin bersaiz 55″.
Tak lengkap rasanya bilik penginapan jika tiada kamar mandi yang cantik dan mewah, betul tak? Executive Suite mempunyai sebuah bilik air yang sangat besar dan dilengkapi dengan tab mandi dan ruang singki berkembar sangat cantik. Ini kerana, bilik mandi ini telah mengenakan tema konsep jubin batu marmar bercorak kelabu gelap.
Deluxe Room
Ads
Jom kita lihat pula kemudahan yang disediakan di Courtyard by Marriot Hotel ini, memandangkan ia merupakan sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang, ia dilengkapi dengan kemudahan seperti Grand Ballroom, bar, bilik mesyuarat, kolam renang, bilik sauna, gimnasium dan restoran.
Dalam banyak-banyak peralatan memasak, stainless steel adalah yang paling tahan lasak. Tapi, kalau anda pandai menjaga dan menguruskan peralatan meamsak stainles steel, bukan sahaja ia tahan lama, malah cantik sampai ke anak cucu.
Angeline tyy berkongsi tip penjagaan perkakas memasak stainless steel paling mudah.
Jangan sekali-kali menggunakan berus besi atau sebarang cecair kimia/ berasid seperti asam, jus nenas/ lemon, cuka, baking soda, coke mahupun garam utk membasuh periuk stainless steel kamu, nescaya rosak permukaan berkilatnya. Ini semua musuh ketat stainless steel. Kotoran akan mudah melekat bila permukaan berkilat menjadi kasar.
Beli peralatan meamsak stainless steel secara onlini di sini https://invol.co/cloqny pun murah juga
Cara yang betul adalah merendam periuk itu dengan air selepas siap memasak. Kemudian buang air tersebut dan lap segala minyak & kotoran/ makanan yang melekat dengan tuala dapur kertas (paper kitchen towels). Selepas itu baru basuh menggunakan Scotch Brite 3M green pad yang basah dengan Axion/ Swif detergent paste. Lihat gambar ke-3. Tidak payah membuang masa untuk menggosok dengan kuat. Hanya membasuh dengan biasa. Tersangat mudah utk dibasuh. Lap dengan tuala dapur kertas untuk mengeringkannya sebelum disimpan. Periuk itu akan senantiasa kekal berkilat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mengekalkan kesegaran sayuran dan ikan yang dibeli adalah sesuatu yang agak mencabar. Adakalanya teknik yang sama telah digunakan sekejap menjadi dan sekejap tidak. Lebih-lebih dalam keadaan negara yang dilanda musibah ini, orang ramai digesa untuk kurangkan keluar dari rumah sekiranya tiada hal penting. Jadi sudah tentulah mak-mak risau kalau sayur yang dibeli tidak boleh tahan lama.
Namun, ada teknik yang dikongsikan oleh Maslina Misnan di dalam group masak mungkin belum atau jarang di praktikan. Cara ini boleh buat sayur dan bahan mentah kekal segar walaupun selepas dua minggu! Selamat mencuba semua.
CARA-CARANYA :
1.Rendam sayur di dalam air bersih selama 5-10 minit. Pastikan sayur di rendam sepenuhnya dalam air
2. Tambahkan garam di dalam air rendaman sayur untuk memastikan sisa kimia dapat dicuci sepenuhnya termasuklah serangga perosak. Sambil-sambil tu, bersihkan sayur
3. Tapis air dari sayur untuk tempoh 5 minit. Bagi sayuran yang jenis berkelopak terbalikkan untuk memastikan air dapat dikeringkan
4. Susun sayuran yang telah kering di dalam bekas kedap udara
5. Untuk makanan laut. Cuci bersih sotong seperti biasa. Buangkan, tulang serta dakwat sotong sehingga bersih
6. Letakkan satu sudu gula di dalam sotong dan gaul hingga sebati. Teknik ini membuatkan sotong sentiasa segar dan sebelum masak, cuci bersih. Gula tadi tidak akan menjejaskan rasa sotong malah ia tidak liat apabila dimasak
7. Bersihkan udang sama seperti yang dilakukan untuk sotong.
8. Siang ikan dan buang semua isi perutnya. Susun terus di dalam bekas simpanan tanpa perlu dibasuh
p/s : Kulit udang tadi jangan di buang. Boleh dijadikan stok udang untuk buat merebus dan lain-lain. Caranya adalah:
1. Rebus kulit udang dengan kuantiti air janji ia tenggelam sahaja. Tak perlu banyak sangat air
2. Biarkan sampai ia mendidih dan kulit udang jadi lembut
3. Tapiskan stock udang tadi dan dibiarkan sejuk
4. Bila dah sejuk boleh masukkan dalam bekas untuk disimpan
Ni Stock saya. Yang atas adalah air stock ayam, daging, udang dan pes sambal. Bila nak masak tinggal dipanaskan sahaja. di bahagian bawah adalah bahan mentah seperti daging, ikan, sotong dan pelbagai lagi
Ini stock sayur yang telah di simpan 2 minggu. Masih segar.
Siapa je yang tidak geli dengan tikus? Haiwan perosak yang kotor dan membiak dengan cepat ini dikatakan boleh mendatangkan pelbagai penyakit merbahaya. Kehadiran tikus dalam sesebuah kediaman dianggap sebagai bala kerana haiwan ini amat sukar untuk dibasmi, memandangkan jangka hayat tikus adalah lebih panjang berbanding mana-mana haiwan perosak yang lain. Jadi tak hairanlah jika anda lihat tikus dirumah makin hari makin banyak dan makin ligat buat onar.
Dan disebabkan itu jugalah kita perlu cari jalan yang lebih efektif untuk menghapuskan terus haiwan menggelikan ini dari kediaman kita. Ada beberapa cara tradisional yang boleh anda lakukan untuk menghalau tikus seperti menggunakan racun tikus dan perangkap tikus. Tetapi tahukah anda, kita juga boleh menggunakan bahan semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus-tikus ini?
Berikut ada beberapa bahan yang boleh anda cuba :
Daun Pandan
Daun ini bukan sahaja berkesan menghalau serangga malah anda juga boleh gunakan daun pandan untuk menghalau tikus. Bau wangi daun pandan mengandungi bahan kimia beracun buat haiwan perosak ini. Untuk bau yang lebih kuat menyengat, tumbuk daun pandan separa hancur atau letakkan sahaja pada sarang tikus di kediaman anda.
Serai Wangi
Serai mengandungi zat penyembuhan antiseptik yang mampu menghapus kuman dan bakteria selain dapat menghapuskan bau busuk. Bagi anda yang ingin menghalau tikus, semburkan sahaja serai wangi ke tempat yang disyaki menjadi markas mereka dengan kerap. Lama-lama tikus pun tak tahan dengan dan akan terus keluar dari rumah anda.
Kulit Durian
Selain bau durian yang kuat dan menusuk hidung, kulit berduri Raja Buah ini juga akan membuatkan tikus ‘taubat’ nak masuk ke rumah. Anda hanya perlu letakkan potongan kulit durian di tempat yang selalu terlihat tikus. Letak kulit nya saja ya, isi buah anda boleh makan sepuasnya.
Buah Mengkudu
Sifat buah noni atau buah mengkudu yang antimikrobia, antibakteria dan anti-inflamasi menjadikannya sesuai untuk bertindak sebagai racun haiwan. Satu kajian telah dibuat dan didapati serangga seperti ulat yang telah termakan daun yang diaplikasikan dengan zat inseptik mengkudu menjadi pucat dan tidak lalu makan. Mengkudu sangat berkesan melemahkan serangga dan haiwan-haiwan perosak seperti tikus.
Minyak Daun Pudina
Bau pudina yang seakan ‘berangin’ dan kuat tidak digemari tikus. Jadi salah satu cara lagi untuk anda cuba adalah dengan menyapukan minyak daun pudina pada kawasan tikus berkeliar.
Kapur Barus
Pecahkan kapur barus kemudian letakkan pada tempat persembunyian tikus. Bila dah habis, tambahkan lagi sehingga akhirnya tikus mati dan terhapus. Tetapi anda perlu lebih cermat dengan penggunaan kapur barus kerana ia bukan sahaja bahaya untuk tikus malah, bahan ini juga bahaya untuk manusia jika terdedah dalam jangka masa yang lama.
Jadi inilah antara bahan semulajadi yang berkesan menghalau dan membasmi tikus dirumah. Selamat mencuba!
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.