Selain baju raya atau hiasan dekorasi rumah, antara aksesori penting di hari raya untuk kediaman adalah balang kuih raya. Bukan sahaja isinya yang sentiasa menjadi perhatian para tetamu yang datang, tetapi reka bentuknya juga turut diteliti.
Oleh itu, sudah pasti balang kuih raya yang cantik dan bergaya akan sentiasa menjadi pilihan dek rekaannya yang menarik. Terdapat bermacam-macam jenis balang kuih raya, ada yang diperbuat daripada kaca, ada juga yang diperbuat dari plastik.
Namun begitu, kebiasaannya balang kuih raya yang diperbuat daripada kaca ada dijual dipasaran rekaanya sangat terhad dan kalau yang cantik pun harganya mahal. Bagi balang kuih raya plastik pula ini kebiasaanya menjadi pilihan mereka yang mempunyai anak atau cucu ramai. Almaklum lah takut pecah kan?!
Mari IMPIANA nak kongsikan serta ajar anda cara bagaimana untuk menghasilkan balang kuih raya yang cantik dari bekas plastik sahaja. Kalau bekas plastik kuih raya seperti ini anda boleh mendapatkannya dengan harga sekitar RM2 kebawah. Murah kan?
Selain itu, bekas ini juga kebiasaanya digunakan penjual kuih raya. Jadi kalau dah ada balang plastik macam ni, tak perlu beli dah. JIMAT! Anda boleh melihat senarai bahan-bahan yang diperlukan serta cara-caranya menerusi pautan video di bawah;
Ads
Bahan-Bahan:
Balang plastik Tisu bercorak Gam Kraf Gunting
Cara-caranya:
Ads
Jika anda mahu mendapatkan balang kuih raya plastik seperti ini, anda boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Tahukah anda, asam jawa mengandungi pelbagai nutrisi seperti vitamin B, kalium, magnesium, zat besi, kalsium, fosfor, serat dan karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh serta berpotensi melindungi diri daripada pelbagai penyakit.
Kandungan karbohidrat dalam asam jawa tersimpan dalam bentuk gula yang banyaknya hampir sama dengan 17 sudu teh. Wow!
Meskipun begitu, asam jawa bukan hanya boleh digunakan untuk menyedapkan masakan tetapi ia juga mempunyai banyak kegunaan dan manfaat lain untuk kita. Jom baca perkongsian Puan Shahila ini.
NAK TAU MANFAAT ASAM JAWA?
Sebelum ni kita tau asam jawa kita tambah dalam masakan kan, sebagai penyedap rasa. Ada jugak yang suka buat minuman, lagi lagi yang selalu sakit tekak tu.
Tapi, rupanya asam jawa bukan setakat yang cikla nyatakan dekat atas tu, banyak lagi kebaikan dia terutama dalam kesihatan seisi keluarga.
Kegunaan yang paling popular adalah untuk menurunkan suhu badan anak yang demam.
Kalau yang ni memang betul, sebab cikla memang apply dekat anak cikla kalau diaorang demam.
Memang habis satu badan, start dari kepala, celah ketiak, pelipat kaki, badan semua cikla sapu dengan asam jawa yang dah dibancuh dengan sedikit air.
Serius, memang cepat kebah panas badan dia.
Ada jugak yang buat cara ni untuk baby, iaitu ambil segenggam asam jawa lepas tu ramas dalam semangkuk air sebelum air tu dilumurkan atas kepala baby sambil berselawat.
Sama juga cara cikla tadi kan, cumanya cikla tala satu badan. Hihi. Biar cepat sikit turun panasnya.
Dalam masyarakat Melayu pulak, ada yang kata asam jawa boleh bantu melegakan rasa sakit akibat sengatan lipan atau lebah. Caranya, ambil 3 hingga 5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Tumbuk biji asam jawa tu sampai halus.
First, sapukan minyak kayu putih tu pada tempat yang bengkak. Tapi, sebelum sapu tu bersihkan dulu kawasan bengkak dengan kain. Lepas dah sapu tu, baru taburkan atau tepekkan biji asam jawa yang dah ditumbuk tu pada tempat yang sama. InshaAllah, rasa sakit akan semakin berkurang.
Hurmm, kadang-kadang, petua orang lama ni memang berkesan kan, terutama untuk jenis yang ringan ringan. So, tak salah kalau kita nak mencubanya. Tapi, kalau sakit berlarutan elok jumpa doktorlah ye dapatkan rawatan lanjut.
Penggunaan plastik di Malaysia ini, sangat kerap digunakan kerana kita boleh lihat sekarang ini, sekecil-kecil barang yang dibeli pun, mahukan plastik. Tapi, itu bukan apa yang saya ingin cakapkan pada hari ini. Tahukah anda? Di dunia ini ada bermacam-macam jenis plastik yang anda tidak tahu. Plastik dibahagikan kepada 7. Iaitu:
Jadi, mari saya terangkan, apa fungsi-fungsi 7 jenis plastik ini.
Polyethylene Terepthalate,
ialah salah satu polimer yang paling banyak digunakan di dunia. Walaupun 96 peratus botol plastik yang dikeluarkan di Amerika Syarikat adalah daripada jenis PETE, hanya 25 peratus telah dikitar semula. Plastik gred SPI 1 ini menyerap bau dan perisa daripada makanan dan minuman yang disimpan di dalamnya sekali-sekala. Plastik PETE sering digunakan dalam botol air mineral, botol minyak, dan botol jernih. Plastik jenis ini tidak boleh digunakan lebih daripada sekali.
Plastik yang paling kerap dikitar semula ialah polietilena berketumpatan tinggi (HDPE). Ia tahan kepada suhu panas dan sejuk kerana sifatnya yang keras dan kukuh. EPA menganggarkan bahawa 12 peratus daripada HDPE akan dikitar semula setiap tahun. Bahan HDPE asal telah digunakan dalam sistem paip.
Plastik kategori SPI 2 ini diperbuat daripada polietilena berketumpatan tinggi. Walaupun plastik ini boleh diterima untuk digunakan, ia tidak boleh digunakan semula untuk mengisi makanan atau minuman. Kebanyakan plastik HDPE digunakan dalam pembuatan botol detergen, syampu, gel mandian dan barangan kosmetik lain.
PVC ialah bentuk plastik yang paling kurang dikitar semula, menyumbang kira-kira 1% daripada jumlah kitar semula tahunan. PVC dikelaskan sebagai bahan toksik kerana ia mengandungi sejumlah bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Plastik PVC digunakan untuk membuat paip plastik, lantai, dan produk lain.
Polietilena Ketumpatan Rendah (LDPE) menyumbang 56% daripada jumlah pengeluaran plastik. Plastik LDPE digunakan untuk membuat beg membeli-belah, beg plastik, bekas makanan dan bekas pakai buang. Plastik jenis ini tidak boleh digunakan untuk mengisi makanan atau minuman.
Polipropilena (PP) Hanya 3% daripada plastik PP dikitar semula di Amerika Syarikat. PP ialah bentuk plastik kedua paling biasa digunakan di seluruh dunia. Ia adalah salah satu termoplastik paling lentur yang ada. Walaupun PP lebih kuat daripada PE, ia mungkin masih fleksibel. Plastik PP adalah berpatutan, fleksibel, tahan haba dan tahan asid.
Plastik PP digunakan dalam pelbagai barangan, termasuk peralatan makmal, bekas makanan, dan alat ganti kereta. Kerana ketahanannya, plastik jenis PP boleh digunakan semula berkali-kali dan merupakan bentuk plastik yang sesuai untuk mengisi makanan dan cecair lebih daripada sekali, sama seperti Tupperware.
PS (Polystyrene atau Styrofoam) PS adalah bahan ringan yang mudah dibentuk. PS mempunyai pengaruh yang berbahaya kepada alam sekitar dan menjejaskan lebih banyak hidupan marin kerana ia mudah larut dan ditemui di lokasi pantai. Bahan kimia ini telah terbukti memberi kesan kepada kesihatan otak, sistem pembiakan, dan penyakit sistem saraf, antara lain. Plastik PS digunakan secara meluas dalam bekas makanan Styrofoam, bekas makanan pakai buang dan aplikasi lain. Kerana kesan yang mungkin terhasil daripada tindak balas plastik, penggunaan berulang harus dielakkan.
Bentuk plastik pelbagai (Miscellaneous Plastics) termasuk polikarbonat, polilaktida, akrilik, akrilonitril butadiena, stirena, gentian kaca dan nilon. Kebanyakan jenis plastik ini digunakan dalam produk rumah dan peralatan teknologi setiap hari.
Plastik boleh berguna, tetapi penggunaannya yang meluas mesti diselia dan diurus dengan berhemat dan betul. Pengguna harus dimaklumkan tentang plastik dan kegunaannya supaya mereka boleh membuat keputusan termaklum tentang mencari alternatif lain atau mengitar semula plastik untuk mengehadkan penggunaannya. Untuk mengekalkan dan melindungi kelestarian alam sekitar, semua orang harus lebih peka dan mengambil pendekatan termaklum terhadap pengurusan plastik.
Jadi, anda itu adalah jenis-jenis plastik yang anda perlu tahu. Selepas ini, kalau beli plastik, pasti anda akan tahu jenis-jenis nya dengan mudah. Baiklah itu sahaja daripada saya dalam menerangkan tentang plastik-plastik. Terima kasih.
Terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira dalam proses pengubahsuaian yang pastinya memeningkan kepala. Jika anda seorang profesional sekali pun, setiap projek adalah berbeza-beza bergantung kepada kehendak pemilik, bajet dan macam-macam faktor lagi.
Artikel kali ini membincangkan tentang perkara yang patut anda tahu sebelum memulakan sebarang renovasi pada bilik air di kediaman. Dengan kajian yang mencukupi dan pengetahuan yang diperoleh, diharap proses ini akan lebih lancar dan berakhir dengan sebuah bilik air baru yang cantik dan menarik.
1. Jangkaan kos renovasi Sebelum memulakan apa-apa projek, adalah penting untuk anda tahu apa yang anda mahukan dan apa yang anda boleh dapat dengan jumlah wang yang sanggup dilaburkan. Saiz bilik mandi, kualiti bahan dan upah pekerja – semua ini merupakan faktor yang akan memberi impak secara langsung terhadap kos renovasi anda.
2. Susun atur dan pelan Rancang dan bincang dengan teliti bagaimana susunan bilik air yang anda inginkan dengan kontraktor. Jangan takut untuk meminta pendapat dan idea dari pihak ketiga.
Buat umat Islam adalah lebih baik jika tandas anda tidak mengadap ke kiblat. Selain itu, elakkan meletak tandas berhadapan dengan pintu masuk kerana ia bukanlah perkara paling menyenangkan untuk dilihat dan mungkin terlihat tidak sopan.
3. Fahami dimensi bilik air Ambil tahu dan buat sedikit research tentang ukuran beberapa alatan utama yang diperlukan didalam sesebuah bilik mandi agar mudah untuk anda memperuntukkan ruangan buat sinki, tandas mahupun tab mandi dengan lebih efisyen.
4. Ketinggian yang tepat untuk sinki Kebiasaannya tinggi sinki adalah 32 ke 34 inci dari permukaan lantai bilik air. Tetapi anda perlu mengambil kira tentang ketebalan material kaunter yang ingin digunakan sekali agar penggunaan bilik air lebih selesa.
5. Semak saiz jubin yang dipilih Jangan terperanjat jika jubin 300×300 yang anda beli tidak menepati spesifikasi sebenar. Ini mungkin terjadi atas faktor sendi grouting dan ia boleh mempengaruhi susun atur dan perletakan jubin akan jadi tidak cantik.
6. Pasang sendiri (DIY) Kos memasang juga akan memaksa anda menambah bajet keseluruhan renovasi. Sebenarnya tuan rumah boleh mengurangkan kos dengan melakukan sendiri kerja-kerja pemasangan yang mudah.
7. Beri perhatian pada transisi lantai Bilik air yang dipasang jubin perlu dipadankan dengan kemasan lantai diluarnya. Ramai pemilik yang terlepas pandang hal ini tetapi pemilihan jubin yang berpadanan adalah penting kerana ia dapat mempengaruhi transisi dari satu ruang ke ruang yanng lain. Seperti dalam kebanyakan kes, perancangan awal akan memberikan hasil yang memenuhi kehendak anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.