Meski pelbagai cara telah dilakukan, namun masalah karat pada pintu besi di rumah anda tidak dapat diatasi dan masih belum menemui jalan penyelesaiannya.
Malah, mungkin ada juga segelintir di kalangan anda yang masih menggunakan kertas pasir sebagai jalan penyelesaian masalah tersebut. Namun, penggunaan kertas pasir ini boleh memberikan dan meninggalkan kesar calar pada pintu besi rumah anda.
Selain menggunakan kertas pasir sebagai jalan pilihan untuk menyelesaikan masalah tersebut, jangan ada yang tidak tahu sebenarnya ada langkah yang mudah untuk menghilangkan karat pada pintu besi tanpa meninggalkan sebarang kesan calar.
Menerusi satu perkongsian seorang individu di laman media sosial Instagram, Jason Jezi ada berkongsi satu tip mudah untuk menghilangkan karat pada pintu besi rumah dengan hanya menggunakan satu produk pencuci Good Maid Wiz.
Ads
Caranya memang senang sahaja, sapukan sedikit cecair pencuci Good Maid Wiz pada satu kain yang telah dibasahkan dengan air, kemudian gosokkan terus di permukaan karat pada pintu anda selama beberapa minit.
Hasilnya, anda dapat lihat masalah karat pada pintu rumah anda berjaya dihilangkan dan diatasi dengan begitu mudah sekali. Menarik bukan?
Ads
Sumber: Instagram Jason Jezi
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sebuah syarikat kelengkapan bilik tidur jenama terkenal, Sonno buat julung kalinya secara secara rasmi telah membuka pintu butik flagship yang pertama di Publika kepada orang ramai. Butik baharu Sonno ini bakal memberikan pengalaman menakjubkan buat para pelanggan setianya untuk merasai membeli-belah secara omnisaluran dengan lancar dan selesa.
Flagship Sonno yang pertama ini juga dikenali sebagai ‘Sonno Sleep House’ yang bakal memberikan peluang kepada para pelanggan untuk merasai sendiri pengalaman koleksi kelengkapan tidur yang ditawarkan syarikat ini.
Menariknya lagi, ruang flagship juga telah direka dengan sangat teliti ini dengan meliputi tiga buah bilik tidur yang luas dalam sebuah rumah bagi memberikan keselesaan kepada para pelanggan untuk menguji tahap kualiti tilam. Selain itu, para pakar tip kelengkapan bilik tidur akan bertugas sebagai wakil jualan Sonno akan menyambut pelanggan dengan menggayakan pijama bagi membantu proses pembelian dan memberikan pengalaman membeli yang menyeronokkan.
“Kami amat berbangga dengan pencapaian yang signifikan ini menerusi pembukaan butik flagship Sonno yang pertama di Publika. Butik ini menjadi satu langkah penting kepada usaha kami dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang lancar menerusi pelbagai saluran yang berbeza. Pengalaman ini boleh dinikmati pelanggan-pelanggan kami tanpa mengira sama ada mereka membeli secara dalam talian di laman web, menerusi platform pemesejan, atau menerusi kedai fizikal kami,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sonno, Fabio Miceli.
“Sebagai sebuah jenama yang lahir secara digital, pembukaan butik fizikal ini membantu syarikat untuk memenuhi evolusi selera pengguna di samping mencipta sebuah pengalaman membeli tilam yang mengasyikkan dan menjadi memori yang indah buat pelanggan,” katanya lagi.
Serentak dengan pelancaran butik flagship pertama ini, Sonno turut memperkenalkan koleksi tilam yang terbaharunya iaitu ‘Sonno Signature Bed Frame’. Diinspirasikan daripada reka bentuk Japandi yang menjadi trend masa kini, reka bentuk rangka katil Sonno ini diperbuat daripada 100 peratus daripada kayu getah asli Malaysia tanpa menggunakan sebarang kompanen logam.
Katil ini juga direka khas bertujuan bagi memberikan para pelanggan untuk merasai pengalaman memasang tanpa menggunakan sebarang peralatan. Di samping itu, rangka katilnya juga dilengkapi dengan slot peranti khusus yang akan menarik minat generasi anak muda hari ini.
Menurut pengasasnya, “Kami adalah sebuah syarikat yang sentiasa berpandukan pengumpulan data maklum balas para pelanggan terhadap produk kami. Oleh itu, kami amat teruja apabila kami akhirnya berjaya memperkenalkan satu produk yang sering mendapat permintaan tinggi daripada para pengguna kami dengan memperkenalkan sebuah rangka katil yang cantik dan terbaharu dengan tiga kategori iaitu kualiti tinggi, kesederhanaan dan reka bentuk yang luar biasa”.
Pada masa hadapan, Sonno akan terus komited untuk memanfaatkan data maklum balas tersebut untuk meningkatkan lagi mutu kualiti pengalaman membeli-belah pelanggan, dengan harapan akan dapat memperkenalkan lebih banyak produk-produk baharu yang menarik dalam katalognya dalam suku keempat 2022 bagi membantu orang ramai mendapat tidur yang berkualiti dan meningkatkan gaya hidup mereka.
Sebelum ini, Sonno mula menjadi terkenal sebagai jenama pengeluar tilam berkualiti tinggi selepas strategi pemasaran menghantar tilam di dalam kotak kepada pembeli mendapat perhatian ramai selain tawaran harga yang berpatutan, percubaan selama 100 malam, dan penghantaran secara percuma.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi di laman sesawang www.sleepsonno.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sudah menjadi kewajipan untuk menikmati kek bulan yang comel, padat dengan inti manis dan rasa yang enak setiap kali perayaan pertengahan musim luruh (The Mid Autumn Festival) menjelang tiba.
Bersempena sambutan perayaan ini, foodpanda Malaysia telah memperkenalkan kek bulan Pau Pau tersendiri yang disediakan secara eksklusif ole Tai Thong dengan harga permulaan hanya RM14.90.
Kek bulan tersebut boleh didapati dalam tiga pilihan perisa iaitu Pure Lotus, Lotus Single Yolk dan Pure Red Bean.
Umum mengetahui, kek bulan yang enak dan sedap untuk dinikmati ini dipercayai untuk menggambarkan keberuntungan yang sering bersilih ganti lalu dinikmati bersama keluarga serta rakan-rakan.
Kek bulan ini kebiasaannya memiliki inti kuning telur masin sebagai simbolik kepada bulan. Menurut kefahaman kepercayaan masyarakat kaum Cina, lebih banyak kuning telur yang terdapat di dalam kek, maka lebih banyak keberuntungan yang bakal diperoleh.
Walaupun ada pelbagai lagi pilihan di luar sana, pilihan klasik pandamart pastinya tidak akan menghampakan anda. Tambahan pula, terdapat diskaun sehingga 20% untuk kek bulan jenama lain yang dijual di pandamart.
Bukan itu sahaja! Anda juga boleh membeli barangan Pau Pau lain seperti tanglung dan banyak lagi di pandamart bagi memeriahkan lagi sambutan in. Nantikan jualan kilat untuk perayaan ini yang diadakan setiap Jumaat mulai jam 6 petang hingga 9 malam untuk menikmati diskaun sehingga 25% bagi semua kategori barangan. Tawaran mingguan lain termasuklah:
Nikmati diskaun istimewa untuk kek bulan Pau Pau dan kek bulan lain yang terdapat di pandamart.
• 19 – 25 Ogos 2022: Istimewa Pertengahan Musim Luruh (Mid-Autumn Specials)
Menawarkan pelbagai set hadiah kek bulan dan minuman serta lilin.
• 26 Ogos – 1 September 2022: Parti Minum Petang (Tea Party)
Tawaran istimewa untuk barangan parti seperti teh dan lain-lain minuman
• 2 – 8 September 2022: Mania Kek Bulan (Mooncake Mania)
Dapatkan diskaun istimewa untuk kek bulan Pau Pau dan kek bulan lain yang terdapat di pandamart.
• 9 – 15 September 2022: BBQ Bonanza
Dapatkan keperluan anda seperti makanan beku termasuk makanan laut dan daqing dan juga perasa makanan seperti sos sera lain-lain keperluan masakan.
Tunggu apa lagi? Rasai kenikmatan dan bergembira dengan pelbagai jenis kek bulan yang terdapat di pandamart bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.
Buat pesanan dalam talian melalui aplikasi foodpanda dan pakej istimewa ini akan tiba di depan rumah anda secepat mungkin!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Syarikat minuman, Coca-Cola Malaysia dan QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemilik francais serta pengendali restoran KFC dan Pizza Hut mengumumkan kerjasama yang menyaksikan minuman jenama Coca-Cola akan menjadi pembekal minuman kepada cawangan makanan segera itu di Malaysia.
Hasil kerjasama ini akan melibatkan sebanyak 1,180 cawangan restoran KFC dan Pizza Hut di seluruh negara dijangka beralih sepenuhnya untuk menghidangkan minuman jenama Coca-Cola menjelang awal September depan.
“Bermula Ogos (2022), Coca-Cola Malaysia adalah pembekal minuman KFC dan Pizza Hut, menghidangkan pelbagai minuman Coca-Cola menyegarkan di restoran KFC dan Pizza Hut.
“Semua 1,180 restoran KFC dan Pizza Hut di seluruh negara dijangka beralih sepenuhnya untuk menghidangkan produk Coca-Cola menjelang awal September,” kata Coca-Cola Malaysia dan QSR dalam satu kenyataan.
Sebelum kerjasama Coca-Cola Malaysia dan QSR, restoran KFC dan Pizza Hut di seluruh Malaysia menghidangkan minuman jenama Pepsi kepada pelanggan.
Sumber: Berita Harian Online
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.